CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cristiano Ronaldo nyatakan minat main di SSI – Tunku Mahkota Ismail

11-12-2025 02:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 958| Komen: 22

 


KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mendedahkan menerima mesej daripada bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo yang menyatakan minat untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) jika kelabnya, Al-Nassr melakukan jelajah ke Asia.

Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menyifatkan perkara itu sebagai pengiktirafan yang tinggi terhadap gelanggang rasmi skuad Harimau Selatan itu.

“JDT ini sangat unik, sampai saya terima mesej daripada Cristiano Ronaldo, cakap kalau Al-Nassr ada jelajah di Asia, dia cakap kalau main dekat Malaysia, dia tak nak main tempat lain, dia nak main dekat Johor sahaja.

“Itu adalah satu pengiktirafan yang positif dan tinggi di mana orang puji stadium yang anda ada. Benda itu bagus dan banyak lagi yang akan saya bawa, bukan dalam bola sepak sahaja, tetapi untuk sukan-sukan lain.


“Alhamdulillah, sukan permotoran pun kita menang dan tahniah kepada Hafizh Syahrin (Abdullah). Orang semua cakap dia sudah habis, saya ambil dia bila tiada orang percayakan dia. Saya bagi dia kepercayaan dan sokongan, hari ini dia jadi juara.

“Johor tak pernah ada futsal (sebelum ini), tahun pertama tiada apa-apa, tahun kedua jadi juara. JDT, tak pernah ada JDT, tahun pertama kalah, tahun kedua juara. Alhamdulillah, apa yang saya buat ini ada hasilnya,” katanya pada sesi wawancara bersama penyokong JDT, hari ini.

Terdahulu, pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin melengkapkan hari gemilang arena sukan permotoran negara apabila mengesahkan gelaran ‘Raja Asia’ kelas elit ASB1000 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2025 di Buriram, Thailand, Ahad lalu.

Sumber – Buletin TV3
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 11-12-2025 02:24 PM
Ok nexttttt.
Quote Kitty_catz 11-12-2025 02:25 PM
delulu melulu selalu

Quote naina 11-12-2025 03:23 PM
Naikkan sukan combat plak. Mesti berduyun2 join. Sekarang tengah naik Muay Thai/boxing.
Quote Decaffeinated 11-12-2025 05:24 PM
Tah kenapa bila baca tajuk aku ingat Ronaldo kata dia berminat nak bersama JDT
Quote nusaraya 11-12-2025 06:33 PM
Decaffeinated replied at 11-12-2025 05:24 PM
Tah kenapa bila baca tajuk aku ingat Ronaldo kata dia berminat nak bersama JDT

Aneh jika orang MalayDesh masih percaya segala OMONGAN TMJ yang terbukti lebih banyak  BOHONG dan MENIPU itu ...



Quote Orix 11-12-2025 10:04 PM
Tu gambar latest ke eh ? Awat mcm da gemok balik ?
Quote allahkabanda 12-12-2025 09:18 AM
WELCOME...
Quote awanysss 12-12-2025 09:22 AM
tumpang bangga..
mesti jem nanti pada hari kejadian (saja concern walaupun meols bukan bermastatutin disitu kikiki)
Quote hart_attack 12-12-2025 09:23 AM
Jika kelab ada jelajah Asia,kalau x de x de la dek non
Quote BungaKencana 12-12-2025 09:56 AM
okay
Quote nusaraya 12-12-2025 10:04 AM
[youtube]kU_iLpAhGOI[/youtube]


Quote alieyrina 12-12-2025 11:57 AM
Hmm ok boleh la
Quote nusaraya 12-12-2025 10:59 PM
[youtube]_-pHG-RwXAQ[/youtube]


Quote sharlenetexas 12-12-2025 11:08 PM
Takyah cari pasal.


Quote sharlenetexas 12-12-2025 11:09 PM
naina replied at 11-12-2025 03:23 PM
Naikkan sukan combat plak. Mesti berduyun2 join. Sekarang tengah naik Muay Thai/boxing.

Tambah2 pulak ada ghazali brothers.


Quote B40tastePosh 12-12-2025 11:39 PM
Nik Aziz kata sukan bodoh
Quote nusaraya 13-12-2025 06:12 AM

Tahnia .. Idea GENIUS dan Phenomenal nama atau ID baru  MalayDesha  atau MalayDesh yang ahulu ditolak sekarangpun sudah diterima oleh majority rakyat MalayDesha sebagai ID yang betul-betul tepatan asli utuk mewakili Id neara MalayDesha di mata dunia...
Mudahan-mudahan impian besar MalayDesha nak menjadi KUASA DUNIA segera Terwujud dengan cepat dan mudah ...


[youtube]JwUIKddTRAc[/youtube]


Quote nusaraya 13-12-2025 06:27 AM
Edited by nusaraya at 13-12-2025 06:29 AM
nusaraya replied at 13-12-2025 06:12 AM
Tahnia .. Idea GENIUS dan Phenomenal nama atau ID baru  MalayDesha  atau MalayDesh yang ahulu dito ...

Kedah Tua betul-betul Maha Hebat karena dahulu menguasai seluruh Alam Melayu danAsia Tenggara ..


[youtube]Jl-BvD3lDB8[/youtube]


[youtube]rTffqphJa60[/youtube]


[youtube]I5xukn5gaKs[/youtube]




Quote nusaraya 13-12-2025 06:32 AM
[youtube]yUFbRTGyeN0[/youtube]


Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2026 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.049165 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top