CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 cedera akibat bedilan peluru berpandu Iran - Petugas perubatan Israel

2-3-2026 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 165| Komen: 0

 



Baitulmaqdis: Serangan peluru berpandu dari Iran mencederakan tiga orang di Baitulmaqdis lewat Ahad, menurut petugas perubatan Israel, manakala pihak polis melaporkan 'impak secara langsung' di sebuah lebuh raya bandar itu.

"Satu impak langsung daripada peluru dikenal pasti di salah satu jalan utama di Baitulmaqdis," kata polis dalam satu kenyataan, sambil berkongsi rakaman yang menunjukkan pegawai berada di bahagian lebuh raya yang dipenuhi runtuhan.

Perkhidmatan perubatan kecemasan Israel, Magen David Adom, menyatakan tiga orang cedera, termasuk seorang lelaki berusia 46 tahun yang mengalami luka sederhana akibat serpihan peluru.

Organisasi perubatan itu sebelum ini menyatakan beberapa individu lain telah dirawat kerana kecederaan ringan di lokasi kejadian.

Wartawan AFP mendengar siri letupan kuat di ruang udara bandar itu, selepas tentera Israel menyatakan ia mengesan peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran.

Televisyen awam Kan dan Channel 12 Israel menyiarkan rakaman yang menunjukkan pegawai polis dan penyelamat dikerahkan ke kawasan yang mengalami kerosakan jelas, satu 'di tengah negara' dan satu lagi di kawasan Baitulmaqdis. 

Rakaman menunjukkan jalan yang berterabur dengan serpihan dan batu.

Di tengah negara pula, kenderaan yang rosak dapat dilihat.

Pihak ketenteraan melarang pihak media daripada mendedahkan lokasi tepat tapak impak serangan itu.


Sumber: Harian Metro

 
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2026 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.056237 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top