CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Terima kasih Ayah (Kamal) bawa Qeyaa jalan-jalan' - Uqasha Senrose

2-3-2026 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1559| Komen: 10

 



Pelakon, Uqasha Senrose, 34, menzahirkan ucapan terima kasih kepada bekas suaminya yang juga pelakon, Kamal Adli, 40, kerana sudi meluangkan masa membawa puteri mereka, Hawra Uqaira untuk bersiar-siar.

Menerusi hantaran di Instagram Story semalam, Uqasha memuat naik video yang memaparkan Hawra teruja melihat beberapa ekor ikan di dalam sebuah akuarium.

 


"Terima kasih Ayah (Kamal) bawa Qeyaa (Uqaira) jalan-jalan. Maaf anak ibu, (ibu) shoot (ada penggambaran dari) pagi ke pagi. Nanti Bubu (ibu) bawa Qeyaa (Uqaira) pula," tulisnya di Instagram Story.

Dalam hantaran lain, Uqasha turut memuat naik sebuah foto anak tunggalnya sedang duduk di sebuah meja. 

"Spend time (luangkan masa) atau bonding time (masa mengeratkan hubungan) ayah dan anak daranya," tulisnya lagi.

Terdahulu, Uqasha dan Kamal bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu. 

Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 20 bulan.


Sumber: Harian Metro

 
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote emera 2-3-2026 02:58 PM
Baguslah mcm ni.
Quote babelina 2-3-2026 03:40 PM
elok la.. muafakat.. jgn pula tiba shot wayar ko.. ckp yg bkn2 pula..
Quote telracs 2-3-2026 06:49 PM
babelina replied at 2-3-2026 03:40 PM
elok la.. muafakat.. jgn pula tiba shot wayar ko.. ckp yg bkn2 pula..

Err... hahaha... adehsssssss...

Apa pun, di bulan Ramadan yang mulia ini, saya juga turut mendoakan agar hubungan Kamal dan Uqasha kekal baik.. amein.
Tak ada faedah pun gaduh berpanjangan.
Kalau baik macam ni, semua dapat kebaikannya.
Hati pun tak sakit...
Anak pun gembira...
Orang di sekeliling pun kurang mengata...
Kurang dosa
Lebih pahala
InsyaAllah
Quote kucing_gebu 2-3-2026 06:56 PM
wayar baru bersambung ke, harap2 wayar tu kekal bersambung elok la ..kang wayar putus dia meroyan balik
Quote sukanyanyi 2-3-2026 09:10 PM
Aaaa meols nk bwk anak ke aquaria tak kesampaian lg.. tiber
Quote makadek 3-3-2026 02:03 AM
eh bukan ko tk suka ker berlakon balik ke set ...mcm dh malas nk kerja sblm cerai
Quote cm_vungtau 3-3-2026 07:03 AM
Dah tahu busy mengada pulak nak cerai. Tak memasal anak terbiar
Quote fifie_olin 3-3-2026 08:49 AM
qasha pggl qeeya
kamal pggl hawra
Quote babelina 3-3-2026 09:16 AM
telracs replied at 2-3-2026 06:49 PM
Err... hahaha... adehsssssss...

Apa pun, di bulan Ramadan yang mulia ini, saya juga turut mendoak ...

InsyaAllah.. amin yra..cerai tp still baik demi kepentingan masa depan ank tu..
contoh yg x ok dlm penceraian pn dh ada..mcm rita rud.. Raja Axura.. semua ada dh.. jadi kn la panduan..
Quote BungaKencana 3-3-2026 09:18 AM
bagus la mcm tu & harap kau tak meroyan lg update bebukan..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2026 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.163384 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top