CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Erma Fatima tiada 'kena-mengena' dengan Da'i Syed - "Mana ada! Tiada kena-mengena dengan dia pun"

2-3-2026 04:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1536| Komen: 13

 


“Mana ada! Tiada kena-mengena dengan dia (Da’i Syed) pun.”

Demikian kata penerbit dan pengarah, Erma Fatima sekali gus menafikan dakwaan sebilangan netizen yang mengatakan kononnya kisah drama terbaharu arahannya, Jangan Panggil Aku Gus adalah tentang pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful atau Da’i Syed.

Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmad Ali, 58, berkata, dia langsung tidak mengikuti perjalanan hidup individu terbabit yang dimaksudkan.


“Apa yang berlaku kepada dia (Da’i Syed) pun, saya sendiri tak tahu kebenarannya.

“Jadi, saya tak reti nak buat benda-benda yang saya tak tahu. Saya pun tak nak menyentuh isu orang yang kita tak tahu kebenaran yang sebenar-benarnya.

“Itulah maksud saya. Saya tidak menidakkan ataupun mengiyakan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Terdahulu, seorang netizen menyatakan karya terbaharunya itu diinspirasikan daripada kisah Da’i Syed yang kini berdepan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita tujuh tahun lalu.

Ditanya tentang bila tercetus idea untuk menghasilkan drama terbabit, kata Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia edisi ke-9 dan ke-11 itu berkata, penggambaran berjalan lancar sekitar bulan lepas (Februari).

“Alhamdulillah, drama ini gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia. Saya berharap selepas ini akan lebih banyak lagi drama atau filem yang menggabungkan artis Malaysia-Indonesia.

“Macam satu ketika dahulu filem Gadis Hitam Putih. Lama tak buat usahasama seperti ini,” katanya lagi.

Mengulas tentang keterbukaan dirinya untuk kembali ke kerusi pengarah selepas berehat selama 10 tahun, Erma memaklumkan, semuanya berlaku secara kebetulan selepas dua pengarah terpaksa ‘melepaskan’ projek ini.

“Masa saya minta Pali Yahya arahkan projek ini, dia tak habis shooting projek lain lagi.

“Pengarah kedua, Raja Mukhriz waktu saya minta arahkan mak dia di hospital sedang nazak. Itu dua orang calon saya.

“Bila dua-dua tak boleh, saya terpaksa turun dan lagipun, saya nak mengarah filem tak lama lagi (selepas raya). Jadi, ini macam pemanas badan buat saya,” katanya.

Selepas hampir 10 tahun tidak turun ke set sebagai pengarah sepenuhnya, Erma kembali ke lapangan dengan mengarahkan sendiri Jangan Panggil Aku Gus — sebuah karya yang disifatkan antara yang paling berani dalam perjalanan seninya.

Jangan Panggil Aku Gus turut menampilkan gabungan pelakon popular dari Malaysia dan Indonesia termasuklah Bara Valentino, Lukman Sardi, Elina Joerg, Bima Samudera, Anna Jobling, Puteri Sarah, Umie Aida dan Vanida Imran.

Projek rentas negara ini bakal disiarkan secara rasmi di aplikasi Karya Reels bermula 5 Mac ini. 

Sumber:– KOSMO! ONLINE

 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Duta lover 2-3-2026 08:12 PM
Uuu ada lukman sardi
Quote prince_marhaen 3-3-2026 09:15 AM
"...Apa yang berlaku kepada dia (Da’i Syed) pun, saya sendiri tak tahu kebenarannya..."

MUSTAHILLLLLLLLLL tak tahu....geng userah kau jugak yang kenen2 wukong dengan family banana tu...
Quote noorhairiahma 3-3-2026 09:48 AM
prince_marhaen replied at 3-3-2026 09:15 AM
"...Apa yang berlaku kepada dia (Da’i Syed) pun, saya sendiri tak tahu kebenarannya..."

MUSTAHILLL ...

Ooooooo bila kena dekat Syed Perogol tu, boleh pulak jawab tak tahu.

Bila kena dekat kakafaz, automatik satu famili tagteam belah zantan dan terung, boleh pulak. Yang ni automatik tahu luar dalam siap bagitahu satu dunia.

Zizik!
Quote BoongaKertas 3-3-2026 10:02 AM
“Jadi, saya tak reti nak buat benda-benda yang saya tak tahu. Saya pun tak nak menyentuh isu orang yang kita tak tahu kebenaran yang sebenar-benarnya."


setannya statement ko ni nek oiiii
Quote BoongaKertas 3-3-2026 10:03 AM
btw ada dlm thread smlm iols terbaca ada tea tumpah yg kata geng healing/camping diorang ni pun ada adik beradik ni membwg. serius ke?
Quote marchikobonzo 3-3-2026 11:02 AM
dan dan tak mengikuti, adik beradik dia kan yg kenen kan hana tu kat mamat tu? ambik belakon bagai
Quote misszazaz 3-3-2026 03:20 PM
hhhrmmmm
Quote emera 3-3-2026 03:25 PM
BoongaKertas replied at 3-3-2026 10:03 AM
btw ada dlm thread smlm iols terbaca ada tea tumpah yg kata geng healing/camping diorang ni pun ada  ...

Bagi link plisss.
Quote vender 3-3-2026 03:30 PM
Kalau aku jadi erma pun aku tak mengaku tu kisah daei syed. Kes tgh panas kang bergasak pulak dgn family syed. After 20 years baru aku
buat pengakuan panas itu kisah daei syed..ala2 mcm film ogy bercinta anak raja, kan lepas 30 thn baru dia mengaku. Eh 30 ka?
Quote BoongaKertas 3-3-2026 03:43 PM

ala iols x ingt username tu sbb tgh scroll jer smlm before tido
Quote Blu3butter 3-3-2026 04:50 PM
Ye le tu...
Quote rayray28 4-3-2026 07:36 PM
Kuat menangguk eh depa adik beradik???
Quote kakJOYah 5-3-2026 02:30 PM
korang adik beradik lerr yg beriya kenen banana tu kat perogol

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2026 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.040545 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top