CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Adakah mat rempit lumba malam, kemudian mati jadi malaikat?’ - PU Syed persoalkan tajuk filem terbaharu terbitan Skop Productions dan Astro Shaw

2-3-2026 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 927| Komen: 8

 



PETALING JAYA – Minta pencerahan daripada pihak berkaitan, pendakwah bebas PU Syed tampil mempersoalkan tajuk sensasi filem terbaharu terbitan Skop Productions dan Astro Shaw yang berjudul Malaikat Malam.

Menurut PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri bin Syed Ishak Al-Yahya, 44, tajuk filem tersebut tidak sesuai dengan jalan ceritanya yang berkisarkan tentang mat rempit.

“Saya nak tanya kepada pihak berkepentingan seperti mufti, sesuaikah filem tersebut diberikan judul Malaikat Malam sedangkan jalan ceritanya berkisarkan tentang rempit.

“Kita tahu para malaikat tidak pernah melakukan dosa walaupun sekelip mata. Kecuali ada kisah yang kita umpamakan seseorang itu seperti malaikat.

“Saya ada terbaca komen dalam YouTube, ada yang bertanya adakah mat rempit berlumba di waktu malam, kemudian mati dan menjadi malaikat.

“Jadi saya nak minta kepada pihak pengarah bolehkah beri jawapan yang tuntas. Sudahkah kalian rujuk kepada pihak autoriti agama tentang penggunaan nama malaikat dalam tajuk filem kalian?,” katanya dalam sebuah video.

Tambahnya lagi, dia menggesa agar pihak penerbit memberikan penjelasan yang sewajarnya agar tidak terbabit dengan isu akidah.

Filem Malaikat Malam arahan Nazifdin Nasrudin itu dibintangi pelakon terkenal Syafiq Kyle, Tracie Sinidol dan Que Haidar mula menjengah pawagam tempatan 26 Mac 2026. 


Sumber:– KOSMO! ONLINE

 
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissVixen 2-3-2026 04:45 PM
Skop production ni dah 2026 masih bawa tema rempit lagi. Dialog pun dah la ermmm
Quote Perawankota 2-3-2026 05:21 PM
Malaikat malam tu si capik tu kan… aku baca2 komen, kononnya dia polis undercover.
Quote Joysparta 2-3-2026 05:54 PM
Ahhh engkau time retis sume salah. Tang geng2 ko buat hal lgsg tak berkutik ko ek. Dasar!
Quote anggeriklatifah 2-3-2026 05:55 PM
Daie syed perogol tu dah komen dah
Quote arffa 2-3-2026 06:05 PM
anggeriklatifah replied at 2-3-2026 05:55 PM
Daie syed perogol tu dah komen dah

Salah salah ni bukan Daie Syed, ni PU syed
Quote Shayang 2-3-2026 10:58 PM
Joysparta replied at 2-3-2026 05:54 PM
Ahhh engkau time retis sume salah. Tang geng2 ko buat hal lgsg tak berkutik ko ek. Dasar!

Dia ni mmg selektif
Padahal dulu bermula melalui program lagha gak
Tp sbb dia taik politik
Jadi begitulahhh
Jgn harap nk dengar dia mengata sesama lebai ke piyu ke daie ke apa
Quote prince_marhaen 3-3-2026 09:12 AM
PU kaki hadap industri hiburan...
Quote harkktuih 3-3-2026 12:00 PM
maybe nk letak tajuk Night Angel tp ditranslatekan jd malaikat malam..nk letak tajuk Pari-pari malam dah mcm muvi cikcur plak..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2026 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.039474 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top