|
PETALING JAYA – “Pak cik nak tanya la, budak Gen Z suka bekerja dalam gelap ke?”
Itu persoalan yang dikemukakan seorang lelaki kepada golongan Gen Z yang menerusi pemerhatiannya, cenderung bekerja dalam pencahayaan ‘suram’. Menggunakan profil @Ariff89 di media sosial, lelaki itu menyifatkan suasana sedemikian diumpamakan seperti di dalam bilik tidur. “Staf semua rata-rata umur 25 tahun. Bila tanya dia orang cakap, ‘Okey je bos tak gelap pun… “Hairan lah saya. Macam bilik tidur,” katanya menerusi kumpulan media sosial yang dinamakan GenZ. Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang rata-rata cenderung memilih bekerja dalam pencahayaan sedemikian. “Lagi suka yang macam ni sebab dia bagi suasana cozy (selesa). Bila persekitaran tenang, otak mudah bekerja berbanding dengan lampu terang-benderang macam hospital, rasa stres,” ujar seorang pengguna. “Saya pergi jumpa doktor, dia cakap saya migrain sebab ‘terlalu banyak cahaya’,” komen @Anismrsy13. “Saya la Gen Z tu,” dedah @Azemaroslan. Sumber:– KOSMO! ONLINE
|

Zack8hunter replied at 2-3-2026 08:49 PM
ehh haah la.. aku pun perasan gak. GenZ suka suasana malap2 gitu..geng2 tua ni suka terang benderang ...


PULANGKAN replied at 2-3-2026 10:18 PM
same case bila buka phone acik-acik, brightness maksimum. cerah masa depan


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-3-2026 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.125221 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.