CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Penawarnya juga kau’ – Tom, Fuad kembali dilihat kembali berbaik

2-3-2026 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1603| Komen: 15

 



Hubungan kembali pulih, penyanyi Tom yang pernah memberi bayangan berhadapan kemelut rumah tangga dilihat sudah berbaik dengan suaminya, Fuad Rahman.

Tom atau nama lengkapnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 40, dipercayai pulang ke rumah apabila berpelukan dengan insan kesayangannya itu serta anak mereka di sebuah lokasi.

“Forever and one (selama-lamanya dan satu).

“Yang sakitkan hati aku, kau. Penawar sakit hatiku ini juga, kau,” katanya menerusi hantaran video yang dikongsikan di InstaStory.

Difahamkan, hantaran tersebut dibuat ketika dia dalam perjalanan untuk menemui belahan jiwanya.

Perkongsian tersebut menerima reaksi positif netizen yang gembira melihat pasangan terbabit kembali bersama.

Rata-rata turut mendoakan agar Tom dan Fuad juga penyanyi kembali berbahagia mempertahankan rumah tangga mereka.

“Awak tidak akan menghadapinya sendirian. Sayang awak kakakku,” kata seorang temannya dalam hantaran yang diulang semula.

Terdahulu, Tom menerusi satu hantaran Facebook mendakwa bakal bercerai dengan Fuad yang didakwa berpunca daripada kecurangannya sendiri.

Sebelum ini, pernah timbul desas-desus perkahwinan mereka dilanda kemelut tetapi dinafikan kedua-duanya.

Mereka disatukan pada 26 Februari 2023 selepas sama-sama terlibat dalam program Gegar Vaganza musim ke-9.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Anggun Lovellia yang kini berusia dua tahun.

Sebelum itu, Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali namun berakhir dengan perceraian dan memiliki tiga anak lelaki. 

Sumber:– KOSMO! ONLINE

 
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 2-3-2026 05:19 PM
Tak penat ke, gaduh je nak kena bagitau satu dunia, Pastu berbaik pon sama..
Quote sukanyanyi 2-3-2026 09:08 PM
Ahahaha kan metowl, gado2 manjah.. adeii.. hindustan tol la..
Quote Hoola 2-3-2026 09:14 PM
settle laki-bini sudahlahhh oiiiiiiii

donia tgh bz kisah peranggg
Quote red_velvet 2-3-2026 09:27 PM
Syukur lah kembali bersatu. Jangan cerai ya sebab korang berdua mmg sekufu, sama kepam, sama Padan..
Quote belilies 2-3-2026 09:52 PM
Berkerakkk dedua.
Quote makadek 2-3-2026 10:12 PM
kasar keras air muka tomtombak sama ng mat pet ..sajak mereka berdua
Quote chanteksekali 3-3-2026 02:28 AM
Toxicccc
Quote antaradua 3-3-2026 04:24 AM
The kepam couple
Quote selipar_hijau 3-3-2026 07:56 AM
anak raja negeri mana si tom ni? (bertanya dengan nada sopan dan sifat ingin tahu)
Quote ketambangkang 3-3-2026 08:16 AM
biase nye lepas gaduh ngandung
Quote fifie_olin 3-3-2026 08:43 AM
ntah apa2 jew
Quote prince_marhaen 3-3-2026 09:10 AM
dah balik, kongkek2, settle lah tu...
Quote miss_qasehs 3-3-2026 09:30 AM
kepam & toxic couple
Quote dewi_rina 3-3-2026 09:39 AM
Halah halah tom ni, dok kata baik2 saje tapi dekat fb tiktok semua dok post pasal sedih nau

Siap tengah menangis, bila reporter tanya cakap takde benda.. Nak perhatian betul
Quote epuepy 3-3-2026 11:01 PM
Nmpk busuk, lagi2 gambar first tu.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2026 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.288267 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top