CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lima sekeluarga tunai umrah dari Segamat terkandas di Madinah

3-3-2026 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 327| Komen: 1

 



SEGAMAT – Lima sekeluarga dari Segamat yang menunaikan umrah terkandas di Madinah, Arab Saudi selepas penerbangan pulang ke tanah air dibatalkan pada saat akhir susulan konflik peperangan antara Iran, Israel dan Amerika Syarikat (AS) yang memuncak ketika ini.

Mohd. Qhairul Nazri Ridwan, 38, berkata, dia bersama isteri, anak, ibu mentua serta adik iparnya berlepas ke tanah suci pada 18 Februari lalu dan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 28 Februari menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abulaziz di Jeddah.

“Bagaimanapun, beberapa jam sebelum berlepas, kami dimaklumkan penerbangan pukul 1 pagi dibatalkan kira-kira pukul 8.30 malam ketika sedang menunggu untuk masuk ke lapangan terbang, kemudian ditunda antara 1 atau 2 Mac namun penerbangan turut dibatalkan menyebabkan pihak pengelola umrah membawa kami semula ke Madinah pada 2 Mac sementara menunggu jadual baharu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Qhairul berkata, setakat ini mereka dimaklumkan akan pulang pada 5 Mac, namun masih belum menerima pengesahan rasmi penerbangan.

“Alhamdulillah kami semua sihat, cuma ada batuk dan selesema ringan. Saya risaukan anak berusia empat tahun dan ibu mentua yang warga emas,” ujarnya.

Menurutnya, kos penginapan bagi 24 jam pertama selepas dua pembatalan ditanggung pihak penerbangan, manakala penginapan 3 dan 4 Mac ditanggung pengelola umrah, namun pada 5 Mac perlu ditanggung sendiri.

Sementara itu, abangnya, Mohd. Qhairul Nizam Ridwan, 40, mengakui bimbang apabila mengetahui adiknya sekeluarga terkandas, namun lega selepas dapat berhubung melalui panggilan video. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fattymah 3-3-2026 12:54 PM
Masuk ni dah 12 org terkandas

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2026 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.035817 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top