CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Jangan bawa masuk budaya kejut sahur beramai-ramai’ - Pendakwah, Profesor Dr. Muhamad Rozaimi Ramle

3-3-2026 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 868| Komen: 24

 



PETALING JAYA – Tindakan segelintir pihak yang membudayakan aktiviti mengejutkan orang ramai untuk bersahur secara beramai-ramai seperti di negara jiran berpotensi mengganggu ketenteraman awam.

Pendakwah, Profesor Dr. Muhamad Rozaimi Ramle terpanggil mengulas mengenai isu tersebut setelah terkesan satu video memaparkan orang ramai memukul gendang sambil berselawat dipercayai berlaku di Malaysia.

Kejadian tersebut yang dipercayai berlaku di Balakong, Kajang difahamkan berlaku untuk mengejutkan orang ramai yang tinggal di apartmen berkenaan untuk bangun sahur.

Bagaimanapun, Muhamad Rozaimi berkata, budaya sedemikian seharusnya tidak perlu dikembangkan ke negara ini.

Menurut beliau, tidak semua individu diwajibkan untuk bangun bersahur, termasuk wanita yang haid atau nifas, kanak-kanak kecil serta ibu bapa yang mempunyai bayi dan memerlukan rehat secukupnya.

“Kalau kita lakukan perkara ini, kita akan mengganggu mereka bahkan di dalam
negara kita juga ada orang-orang yang bukan Islam yang mungkin mereka akan tiba-tiba benci kepada Islam.

“Sedangkan Islam tak menyuruh perkara ini untuk dilakukan” katanya dalam satu video dimuat naik di Facebook.

Muhamad Rozaimi yang juga Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) berkata berkata, beliau tidak mempunyai masalah dengan azan yang dilaungkan sebanyak dua kali pada waktu subuh, iaitu azan pertama sebelum masuk waktu subuh sebagai peringatan dan azan kedua apabila masuk waktu sebenar.

“Tetapi jangan dibudayakan perkara yang tidak disuruh oleh agama,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau turut memetik pandangan ulama, Ibn Jawzi yang pernah mengkritik amalan membaca al-Quran di menara tinggi pada waktu malam kerana dikhuatiri mengganggu orang yang sedang tidur.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat agar bersatu hati menolak amalan yang boleh menimbulkan gangguan atau salah faham terhadap Islam, lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat majmuk di negara ini.

“Jadi, saya mengharapkan agar kita semua bersatu hati untuk kita membantah perkara ini dan tidak perlu untuk dilakukan dan dikembangkan,” katanya. 



Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 3-3-2026 12:49 PM
Budaya konoha tak payah la bawa masuk malaysia
Quote telracs 3-3-2026 12:52 PM
Macam setuju juga.

Jiran saya kiri kanan ada baby.

Diorang bangun sahur pun senyap² bimbang baby terjaga.

Dan majoriti penempatan di sini terdiri daripada pelbagai kaum yang berlainan agama.

Perlu ada rasa saling menghormati.

Wallahu'alam.
Quote bbalik 3-3-2026 12:53 PM
budaya kanoha
ada pros n cons
Quote Prickford 3-3-2026 01:09 PM
Tepuk dahi tengok video tu. Rata2 muka semua muka Konoha. Toksah la memekak terpekik menyanyi sana sini nak kejut sahur. Rakyat Malaysia ni tak bangang lagi untuk tak reti bangun sahur sendiri. Tolong hormat bangsa lain yg nak tidur, begitu juga bayi.
Quote Decaffeinated 3-3-2026 01:19 PM
alarm clock sudah berabad dicipta where have you been. mentaliti yang tak akan senang selagi tidak semua manusia macam dia termasuk lah bangun tidur. Itu sebab dikacaunya.
Quote sepiITUindah 3-3-2026 01:29 PM
buat depan rumah aku
memang kena lastik ler

Quote Minami2013 3-3-2026 01:40 PM
Boleh menaikkan kemarahan kalau ada baby kat rmh.
Quote Cyempaka 3-3-2026 01:48 PM
betul. jangan la merebak pulak. jadual kerja orang tak sama, ada yang baru masa tu la nak lelap mata.. kau pulak macam bagus nak berkompang bangunkan orang kononnya. pandai2 la orang atur hidup sendiri
nak melalaku balik negara kau
Quote IzzahF 3-3-2026 02:03 PM
motip la nk bawak budaya tu ke tempat orang? kalo best sgt budaya tu stay je la kat tempat asal
Quote hart_attack 3-3-2026 02:10 PM
Btul,kalau ada budak kecik kt umah skali dh terjaga apa kerja pun x leh buat. Lg la budak tu nk attention kita je.
Quote dekmieDandy 3-3-2026 02:12 PM
yang kat balakong tu memang ramai indon kan, tak silap aku diorang siap ada masjid sendiri lagi
Quote renko 3-3-2026 02:13 PM
yang beriya kejut sahur tu tah puasa tidak
beriya2 lak indon caprut ni semua
Quote sukacactus 3-3-2026 02:47 PM
Tak bingit bukan konoha lah
Ke mana2 dok bw perangai buruk depa
Quote kemaruk 3-3-2026 02:54 PM
ye tak sesuai buat kat malaysia

tapi bagi bangkem salah satu budaya ramadan dari indon yang boleh diamalkan ialah ngabuburit
Quote jelitayu 3-3-2026 02:55 PM
budaya2 yg tak tentu hala ni jangan nak diamalkan atau jangan nak mengada2 bawak masuk sini. semua ada hp, set je alarm masing2, kalau tak bangun jugak hempuk je hp tu kat kepala memasing.
Quote Blu3butter 3-3-2026 03:26 PM
Dah le skrg pun tgh panas dgn isu kuil, Quran... Ni nak tambah lg???? Saje je buat panas
Quote renko 3-3-2026 03:44 PM
anak2 ic merah kemain menyalak marah org kutuk benda bodoh ni
Quote ninja boy 3-3-2026 06:13 PM
Indon caprut tarak hormat jiran tetangga
Quote sayawifenikmie 3-3-2026 06:39 PM
menganggu jiran2 bukan Islam .. baby .. orang2 sakit ..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2026 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.385289 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top