CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya keturunan Afrika, saudara mara semua besar-besar’ - As’ad Motawh

3-3-2026 01:27 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1423| Komen: 28

 


Penyanyi As’ad Motawh mendedahkan dirinya memiliki darah Afrika daripada sebelah keluarga bapanya, sekali gus menjawab persoalan ramai mengenai fizikalnya yang kelihatan gagah dan berbeza.

Ujar As’ad atau nama sebenarnya Asad Ahmad Muhammad Motawh, 25, latar belakang keluarganya di Libya banyak mempengaruhi faktor genetik terutama warna kulit dan struktur tubuh.

“Sebenarnya saya ada keturunan Afrika kerana Libya sebahagian daripada benua itu.

“Atuk dan saudara-mara saya di sana kebanyakannya berkulit gelap. Di kampung, hampir semua sepupu dan pak cik saya tinggi serta berbadan besar.

“Tetapi ayah seorang sahaja agak rendah, mungkin kerana tidak menjaga pemakanan Sepatutnya saya pun mewarisi genetik sama,” katanya dalam TikTok.

Tambah pelantun lagu Percaya itu, gaya hidup keluarga di kampung halamannya jauh berbeza berbanding kebiasaan masyarakat di sini, terutama dari sudut pemakanan.

“Cara keluarga saya di sana menjaga diet memang berbeza.

“Semua sumber makanan datang daripada bahan semula jadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran ditanam sendiri.

“Susu pula diperah terus daripada lembu. Mungkin sebab itu kulit mereka cantik dan fizikal pun lebih tegap,” ujarnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, malah ramai memuji keunikan latar belakang penyanyi berkenaan.

“Patutlah fizikal dia nampak lain, rupanya ada darah Afrika,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Genetik memang beri kelebihan, tapi usaha jaga badan pun penting,” komen seorang lagi.

Sebelum ini, As’ad dilambung pujian kerana penampilan fizikalnya yang tampak sasa dan maskulin, sekali gus menjadi idaman peminat lelaki yang menginginkan badan sama. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apedehal 3-3-2026 01:56 PM
Oh baka afrika igtkn paki..tu la kurg dia ni rendah je kalau x boleh pergi jauh jugak
Quote prince_marhaen 3-3-2026 02:15 PM
Lahhhhhh bukan dulu kata kaum kerabat JahLop ke??? tiberrr Afrika Libya.... HAHAHAHAHAHAHA
Quote selipar_hijau 3-3-2026 02:16 PM
mcm kecik rendah je dia ni
muka mcm keturunan DKK je tiba2 afrika
Quote sukacactus 3-3-2026 02:42 PM
Gigih la bercerita even br brapa % je pun
Quote telracs 4-3-2026 06:05 AM
Edited by telracs at 4-3-2026 06:09 AM

Eh ..
Sekali pandang, ingatkan tadi Shah Reza kembali muda remaja...
Quote Shinichikudo 4-3-2026 06:46 AM
hampir terlupa kewujudan dia ni
Quote jambatannetizen 4-3-2026 07:02 AM
Aku ingat budak ni sbb heols pernah comment kt kendall jenner.. nak bagi anak satu kt kendall
Quote supernaturalee 4-3-2026 09:35 AM
telracs replied at 4-3-2026 06:05 AM
Eh ..
Sekali pandang, ingatkan tadi Shah Reza kembali muda remaja...

ya salammmmm



nk bg emoji tepuk dahi takde la pulak



Quote dewi_rina 4-3-2026 10:48 AM
Edited by dewi_rina at 4-3-2026 02:52 AM

Jarang org nak bgtau ada keturunan africa, biasa yg kita dengar mix paki, mix arab
Btw dia ni dulu halus je kan, dah knp tiber keluar citer pasal badan besar sbb keturunan africa ni?





Quote vender 4-3-2026 11:02 AM
Bibir terbelah ni mmg gene afrika eh..baru ku tahu..iols tgk dari gambar dia ni mcm kecik je.
Quote Freezies 4-3-2026 11:13 AM
Tehtap nyanyi hauk dek.
Quote SalenaGomez 4-3-2026 12:45 PM
telracs replied at 4-3-2026 06:05 AM
Eh ..
Sekali pandang, ingatkan tadi Shah Reza kembali muda remaja...

Yaaaa saleeeeeeeey

Quote SalenaGomez 4-3-2026 12:50 PM
dewi_rina replied at 4-3-2026 10:48 AM
Jarang org nak bgtau ada keturunan africa, biasa yg kita dengar mix paki, mix arab
Btw dia ni dulu h ...

Dulu memula dia muncul femes org panggil Justin bieber malaysia. Tapi bolehhhh laa kan. Drpd juatin bieber India tu…pengsan SG memikir kan taste org sana
Quote TomyamPuteh 4-3-2026 01:00 PM
Keturunan Kunta Kinte ke?ikut sejarah Kunta Kinte tu Islam dan tak pernah tukar agama.
Quote dewi_rina 4-3-2026 01:27 PM
SalenaGomez replied at 4-3-2026 04:50 AM
Dulu memula dia muncul femes org panggil Justin bieber malaysia. Tapi bolehhhh laa kan. Drpd juati ...

Zaman2 justin bieber femes tu mmg ramai JB dimana-mana, style rambut semua tiru dia

Jambu kan budak ni dulu, tiber skrg bina badan lps tu ada misai, i syak sbb taknak nampak jambu
Quote hart_attack 4-3-2026 04:11 PM
dewi_rina replied at 4-3-2026 10:48 AM
Jarang org nak bgtau ada keturunan africa, biasa yg kita dengar mix paki, mix arab
Btw dia ni dulu h ...

Masa ni masih bbdan kecik,kot la dia makan something utk bodybuilder ke,tp kalau tgk gmbr terkini makin matang dr gmbar yg mcm budak² sket.

Lagu apa ye dia nyanyi dulu?
Quote missbigrockstar 4-3-2026 05:31 PM
supernaturalee replied at 4-3-2026 09:35 AM
ya salammmmm



Ada ni ha
Quote apedehal 4-3-2026 05:42 PM
jambatannetizen replied at 4-3-2026 07:02 AM
Aku ingat budak ni sbb heols pernah comment kt kendall jenner.. nak bagi anak satu kt kendall

Tingginya keyakinan
Quote bottombikini 4-3-2026 06:34 PM
Edited by bottombikini at 4-3-2026 06:37 PM

dak ni sejenis jambu
lepas kena kecam nyanyi hauk kat indon terus senyap tak berkutik

eh tiber kambek terus ngaku baka Africa
apa yg kau nak 'bagitau' ekceli nok

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2026 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.055750 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top