|
Menurut Yusof atau Muhammad Yusuf Bahrin, 34, dia sendiri tidak faham bagaimana spekulasi itu boleh wujud. “Tidak ada apa saya nak terangkan di sini, kami okey (hubungan). Semua dalam keadaan yang baik, alhamdulillah. “Saya pun tak faham kenapa spekulasi itu timbul, mungkin orang tak nampak kami kongsi gambar bersama dalam media sosial. “Takkan kami nak kena ikut apa yang orang mahukan untuk kepuasan mereka. Saya okey, dia (Zizi) okey tak ada masalah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran iklan raya Bila Nak Kahwin? semalam. Tambah pelakon filem The Lord Musang King itu lagi, dia dan isteri sepakat untuk tidak terlalu berkongsi kisah rumah tangga mereka dalam media sosial untuk tatapan umum. “Kami memang sengaja tidak berkongsi apa-apa di media sosial buat masa ini. Masing-masing fokus pada kerja. Saya lebih selesa begini. “Awal-awal dulu bila timbul gosip macam ini kita terkejut juga tetapi lama-lama sudah terbiasa dan tidak menjadi masalah untuk saya. Biarlah orang nak buat spekulasi sendiri. Apa yang penting saya okey, tak perlu risau,” ujarnya. Yusuf bagaimanapun memberitahu dia menghargai keprihatinan orang ramai yang sentiasa mengambil berat tentang kisah mereka. “Saya tahu peminat mahukan yang terbaik untuk kami. Jadi sebab itu mereka ambil berat. Bagus juga begitu kerana kita juga perlukan doa mereka. Saya minta doakan yang baik-baik saja. “Kalau orang nak buat spekulasi sendiri itu hak masing-masing. Tapi lebih baik kita doakan kesejahteraan semua orang. Saya perlukan doa kalian kerana kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan,” luahnya. Sebelum ini, rumah tangga Yusuf dan Zizi atau Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 41, menjadi perhatian apabila mereka didakwa sudah tidak lagi mengikuti akaun media sosial masing-masing. Untuk rekod, Yusuf dan Zizi bernikah pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan All Together Now Malaysia. Sumber : Kosmo
|
annehuda replied at 5-3-2026 01:26 PM
tahun lepas pun couple tersohor pun mcm ni gak statement nye. skali tu naaahh bercerai
bedahmenjuyah replied at 5-3-2026 07:14 PM
Sapa chuols kaple tersohor? Blur plak ai di ambang senja.
sukanyanyi replied at 5-3-2026 09:28 PM
Jiji ni bleh je on off burqa (burqa kan name dia?) So lopah pun bolehla kalo nk on off niqob.
cempakaa replied at 6-3-2026 09:45 AM
Boleh sebab tak wajib.
missbigrockstar replied at 6-3-2026 08:07 AM
Ungka dan kemal? Kot.
sukanyanyi replied at 6-3-2026 12:48 PM
Tulah, tak wajib, so harap org mesia takdelah kecam kalo tetibe bukak kan. Cumanya jiji ni mmg dh ...

Perawankota replied at 5-3-2026 08:03 PM
Ari tu lalu dpt kt TT.. Cantik mak dia Walaupon dah berumur. Nampak lah jenis mak mak modern..
milera replied at 9-3-2026 09:37 AM
Tu bkn mak dia kan? Dia gurau je ckp mak sbb ada viewers tanya acik tu sape.
Perawankota replied at 9-3-2026 03:21 PM
Seriusla bukan mak dia. Tengok haha mcm Kat umah je
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-5-2026 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.035882 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.