CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Diserang ketika ‘live’, tergamak bodohkan saya di bulan Ramadan’ - Amira Othman

10-3-2026 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10956| Komen: 129

 



Penyanyi Amira Othman mendedahkan sebilangan netizen bertindak keterlaluan dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya setiap kali dia melakukan sesi ‘live’ dalam media sosial.

Lama bertahan, kata Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 33, dia mengambil pendekatan untuk tidak menghiraukan pembenci yang cuba merobohkan tembok kesabarannya.

“Sebenarnya banyak kali saya kena serang dengan netizen terutamanya ketika saya lakukan sesi ‘live’. Macam-macam perkataan mereka cakap. Sundal, bodoh dan macam-macam lagi yang nak sebut pun tak tergamak di bulan puasa ni.

“Tetapi saya tak pernah respons terhadap komen sebegitu. Kalau saya ternampak ‘moderator’ akan terus sekat,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran video muzik lagu Bincang Raya, di sini semalam.

Tambah bekas peserta Akademi Fantasia 2014 itu lagi, netizen terlalu bebas berkata-kata tetapi akan marah bila dia cuba mempertahankan diri sendiri.

“Pembenci ni kalau kita buat apa sekali pun dia tetap tak suka kita. Kadang-kadang saya bergurau balas balik ketika ‘live’ mereka marah saya. Mungkin yang marah tu yang bercakap tidak baik tentang saya.

    “Kadang-kadang mereka terlalu bebas untuk bercakap tentang kita. Tetapi bila kita cuba ‘defend’ diri kita, mereka pula yang marah.

“Jadi langkah terbaik adalah kita tak payah layan golongan pembenci ini kerana membuang masa. Kalau saya layan saya sendiri akan stres. Saya sentiasa ingat pesanan bapa dari awal lagi jangan layan pembenci,” jelasnya.

Ditanya sama ada terkilan kerana setiap gerak geri dan tindakannya pasti akan menjadi sasaran pembenci dan dihujani dengan kecaman, kata Amira dia tidak dapat mengawal tindakan orang lain.

“Bukanlah nak kata terkilan, tetapi bukan senang menjadi saya. Saya tak boleh kawal apa orang nak kata tentang saya. Selagi saya berada dalam industri inilah perkara yang perlu saya akur.

“Apa yang saya boleh katakan berhati-hatilah dalam percakapan kerana negara kita ada undang-undang tentang buli siber.

“Nak tegur boleh tak ada masalah, tetapi gunakanlah perkataan dan ayat yang baik yang paling berakhlak yang kita boleh. Kita sama-sama manusia yang sentiasa buat silap,” ujarnya

Terdahulu, tular video Amira membalas komen pembenci ketika melakukan sesi ‘live’ bersama suaminya baru-baru ini.

Sumber  – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 10-3-2026 03:52 PM
rehat jer laa dari socmed..
semak laa pose2 ni merentan.
Quote kakJOYah 10-3-2026 04:02 PM
sekali kena serang, 100 kali merentan
Quote MatDeghem 10-3-2026 04:02 PM
bila kena kecam tak minta tolong dgn acatimon.....Acatimon kan very protective terhadap couple sorga nya.

Quote MsIda 10-3-2026 04:07 PM
lasagna replied at 10-3-2026 03:52 PM
rehat jer laa dari socmed..
semak laa pose2 ni merentan.

Setuju sangat.
Quote aemon 10-3-2026 04:10 PM
Relax.mcm tu la mantan laki ko kena dulu malah lagi teruk.siap anak dibaruakan lg
Quote apedehal 10-3-2026 04:33 PM
Sian ao ni gambo selalu xbg justice kat dia... ni xnmpak cam anna jobless tp nmpak cam mak anna adelah..aku husnuzon real life dia cantik dr gambo
Quote Kancilkering 10-3-2026 04:35 PM
sian mirah tapi bole diam x
Quote kucingitam 10-3-2026 04:46 PM
yang korang pun sakit ati naw dgn dia dah kenapanya? anih2 aje
Quote nazriatie 10-3-2026 04:59 PM
kucingitam replied at 10-3-2026 04:46 PM
yang korang pun sakit ati naw dgn dia dah kenapanya? anih2 aje

Itulah. Iols pun pelik komen2 sini yg merempan marahkan dia. Iols x fanatic dia tp tertanya2 jgk why dia kena kecam
Quote HoneyManjer 10-3-2026 05:10 PM
kalau kite jadik die...tak main la socmed...
mcm wardina ke...wahida wassini ke
duk dendiam jer la...lebih aman konfem
Quote NuansaBiru 10-3-2026 05:16 PM
Dah dapat apa yg dikehendak hingga sanggup kejar sampai london pun masih tak tenang ke mighoh?
Betapa tenang hidup sebagai retis sendu dulu2 kan? 10 tahun dlm industri takde sapa peduli. Mesti rasa tak cukup tika itu kan? Tak popular. Tak disebut2 orang.
Now dah ada semua tu.
Termasuk haters sekali, it's a package deal.
Itulah harga yg perlu dibayar utk satu populariti (popular atas dasar apa...who knows)
Quote Hellogirls 10-3-2026 05:36 PM
Hihihi nk sangat kt FA kan kena la hadap segala kecaman tohmahan dan pujian. Dah kalau kahwin dgn artis yg pernah ada isu cerai 1Malaysia tahu, konpem2 laa awak pun kena tempias jugak. Haishhhhh.
Quote apedehal 10-3-2026 05:52 PM
Hellogirls replied at 10-3-2026 05:36 PM
Hihihi nk sangat kt FA kan kena la hadap segala kecaman tohmahan dan pujian. Dah kalau kahwin dgn ar ...

Itulah..ledek kata terpaling educated.. itu pun xboleh pikir ke, ko baik la camana pun selagi jd retis itu jelah kena hadap..tawen pulak dgn duda no syatu mmg la kena tempias. Hadap je la
Quote gekkou 10-3-2026 06:03 PM
esok2 kalau kamal tu menikah lagi
adakah bakalan kena macam couple ini?


yang pastinya, kaka faz cantik sunggu la
and suara fatima sangat comel
Quote ninja boy 10-3-2026 06:12 PM
Edited by ninja boy at 11-3-2026 01:11 AM

Kawen atas kontroversi org lain mmg le kena kecam cuba belajar dari retis lain how handle situation tapi dah terkawen atas kontroversi sudah x boleh gostan hadap je la kecaman seumur hidup sbb itu jalan yg dipilih, zaman dulu2 nd pasha tokti vida dll pun kena kecam dah jadi retis hadap je la
Quote chandrahusin 10-3-2026 06:19 PM
Sejak bila dia kena kecam?
Mcm baru baca komen² FB
Banding² kan AO lebih baik dr mantan
Sampai habis segala dosa mantan kena korek diulang²
Katanya Fattah paling bertuah dapat anak dara
Lagi pun kata tgh pregnant?
Baik la rehat
Update psl kata² hikmah je kat socmed
Mesti ramai sayang
Aku perasan pempuan² yg dgn FA
Dr Sherry Neelofa Mantan bini
Semua kena hina ye
FA je yg baik tak hingat
Quote MatDeghem 10-3-2026 06:30 PM
HoneyManjer replied at 10-3-2026 05:10 PM
kalau kite jadik die...tak main la socmed...
mcm wardina ke...wahida wassini ke
duk dendiam jer la.. ...

Nak sok dok diam2 ....kayu mampu ke tanggung binik tak keje?
Hello dia kena keje sampai masuk hospital....lagi nanti Kalau ada anak. Brape lama boleh kenyang tengok muka kayu...

Kayu Masih lagi ke jadi ketua pemasaran daging peram Pak mat?
asal boleh aje si kayu.
Quote Lampuled 10-3-2026 06:56 PM
Bertabah la amira. Ramai yg sakit jiwa kat luar sana tu.anggap je tu virus jadian..  kawin dgn patah amin yg marhaen tu pun ada org sakit hati. Kalau kawin dgn yg bertitle kerabat tak tahu la kan...
Quote DeLuna85 10-3-2026 07:01 PM
Bekas bini belum habis iddah korang dah bercinta memang la kena kecam. Tau la lelaki takda iddah. Tapi ada akal.

Lihat semua komen(129)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-4-2026 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.171378 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top