|
Tehran: Iran melancarkan gelombang serangan baharu terhadap Israel dan kepentingan Amerika Syarikat (AS) di Asia Barat, menurut laporan stesen penyiaran negara, IRIB. Menurut laporan memetik kenyataan Pengawal Revolusi Iran, gelombang serangan berkenaan adalah yang paling hebat serta bertubi-tubi, setakat ini sejak perang meletus 28 Februari lalu. "Ia dilancarkan berterusan selama tiga jam dengan menyasarkan bandar Israel, termasuk Tel Aviv, Baitulmaqdis dan Haifa," katanya. Menurut laporan itu, serangan peluru berpandu turut menyasarkan beberapa kepentingan AS di Erbil di Kurdistan Iraq, serta pangkalan tentera Armada Kelima AS di Bahrain. Arab Saudi turut memaklumkan pihaknya memintas tujuh peluru berpandu balistik dalam serangan berasingan yang menyasarkan pangkalan udara dan wilayah timurnya. "Enam peluru berpandu balistik yang dilancarkan ke arah Pangkalan Udara Prince Sultan dipintas serta dimusnahkan," menurut Kementerian Pertahanan Arab Saudi dalam hantaran melalui X. Pangkalan Udara Prince Sultan terletak di wilayah Al Kharj yang mana seorang tentera Amerika Syarikat (AS) dilaporkan cedera dalam serangan pada 1 Mac lalu sebelum meninggal dunia seminggu kemudian. Dalam satu hantaran berasingan kementerian itu memaklumkan, pihaknya memintas satu lagi peluru berpandu balistik yang dilancarkan ke arah wilayah timur. Selain itu, tentera Arab Saudi turut memintas gelombang serangan sembilan dron, termasuk lima yang dimusnahkan di wilayah Al Kharj yang terletak di timur negara ini, menurut kementerian berkenaan dalam ciapan berasingan. Sementara itu, UAE juga melaporkan serangan baharu membabitkan peluru berpandu dan dron dari Iran. Kementerian Pertahanan UAE berkata, pertahanan udaranya bertindak balas terhadap sejumlah peluru berpandu dan dron, tanpa memberikan butiran lanjut mengenai sasaran atau lokasi serangan terbabit. Sumber : Harian Metro
|

pengecatbintang replied at 11-3-2026 11:12 PM
mana Macai Bapok Tua x nak komen...
itu hari sindir2 bila aku forecast Iran akan menang

manopBKK replied at 11-3-2026 11:34 PM
Macai tersohor yg duduk rumah sewa tp pakai Bimmer recond tu ker?
tumpanglalu74 replied at 11-3-2026 11:55 PM
Finally aku jumpe futej yang Grok kata genuine:
pengecatbintang replied at 11-3-2026 11:43 PM
Saper lagi kalo bukan dia
X sangka dia menipu ya


tumpanglalu74 replied at 11-3-2026 11:55 PM
Finally aku jumpe futej yang Grok kata genuine:
Boommmmm!!manopBKK replied at 11-3-2026 11:34 PM
Macai tersohor yg duduk rumah sewa tp pakai Bimmer recond tu ker?
manopBKK replied at 12-3-2026 12:39 AM
Acah2.com.........gitchew!

slavehunter replied at 12-3-2026 12:44 AM
Legit ke ni? Dari footage camera nampak macam betul, tapi Dari segi api fireball macam lain macam, ...

pengecatbintang: saper lagi...la ni..Macai tu nak damage control kesilapan dia..pelan2 dia condong ke arah naratif Yisreal n U.S akan kalahdia sindir bila aku cakap Ir ...
tumpanglalu74 replied at 12-3-2026 02:01 AM
This guy tunjok kat satellite map US bases yang kene. Kalo Yesroel yang buad sebab nak tudoh Iran ...
tumpanglalu74 replied at 11-3-2026 11:55 PM
Finally aku jumpe futej yang Grok kata genuine:
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-5-2026 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.284271 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.