CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Mama Boleh Je Transfer RM30,000” – Cik B Tak Kejar Hadiah Juara TTMM, Nak Banggakan Mama

7-4-2026 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1314| Komen: 21

 


Pempengaruh media sosial, Cik B berkata dia tidak melihat dirinya sebagai penyeri bagi program realiti Talk To My Manager (TTMM) musim kedua.

Memetik mStar Online, Cik B berkata dia menyertai program itu bukan mengejar untuk bergelar juara tetapi mahu menurunkan berat badan dengan aktiviti disediakan antaranya kelas menari dalam program berkenaan.

“Saya rasa diri saya adalah penyeri dan berbakat, kalau dah saya penyeri mungkin ada potensi untuk mara lebih jauh..

“Tapi asaran utama saya adalah untuk turun berat badan. Bila masuk TTMM, ada aktiviti harian macam kelas vokal dan menari. Saya nak turunkan sehingga 80 kilogram,” katanya.

Dalam pada itu, Cik B berkata bukan hadiah juara yang menjadi keutamaan untuk sertai program itu tetapi mahu melihat ibunya, Datuk Seri Vida bangga dengan dirinya.

“Pemenang dapat RM30,000? Saya tak peduli sangat tentang duit tu. Saya cuma nak mama bangga dengan saya. Sebab mama boleh je transfer duit sebanyak itu kalau nak,” katanya.


Sumber : mStar Online, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 7-4-2026 10:04 AM
penyeri2 ni aku menyampah sebenarnya.nyanyi tak seberapa atau hauk ,drama je lebih.tak adil  pada org yg  betul2 nak dengar atau melihat satu persembahan yg berkualiti.
Quote kelip2_07 7-4-2026 10:09 AM
bgs la nk trunkn bdn
Quote SisterHong 7-4-2026 10:14 AM
Hutang bank bangga ke idok?
Quote KamikuP 7-4-2026 10:25 AM
Anak beranak scammer.. dua2 dah jadi badut demi kelangsungan hidop yg penuh hutang sana sini.. ekekek

Tu le kifarah kene kat korang sbb pedajal Queen Aishah.. ekekeke
Quote Prickford 7-4-2026 11:51 AM
Toksah la sembang transfer duit, sembang baju berapa ribu, mainan berapa ribu. Mak kau tu hutang jota2.
Quote hannan_rayyan 7-4-2026 12:02 PM
lah main objective masuk bukan nak menang sebab tak heran 30k tu, lebih kepada nak turunkan berat badan melalui kelas tarian prog ttmmkalau dah banyak sangat duit masuk lah kelas menari kat luar ni mcm2 dance routine ada, boleh one to one coaching lagi
Quote aint 7-4-2026 12:09 PM
sembang vavi je...
aktiviti dlm ttmm tu bkn nya modul utk turun berat...

Quote prince_marhaen 7-4-2026 12:15 PM
Dah senang2 ada RM30k tu enroll je lah kelas weight management, gym, food dietician, kelas zumba ke hip hop dance ke.... sibukkk tercangak dengan baju gelobos kepam2 tu buat apa... rap pun autotune... macam la orang tak tau mak ko proksi cuci cuci dobi... hahaha
Quote siasia 7-4-2026 12:23 PM
Gituuu transfer 30k bak transfer 30 hinggit je. Betapa takde nilainya duit pada mereka.
Quote maharani_gebu 7-4-2026 12:36 PM
awal-awal dah bangga bakal jadi badut tuk tontonan rakyat jelata... Cukup kuatkah mentalmu nanti dik?

Israel pun koyak tau kena dgn netizen
Quote sleepandream 7-4-2026 01:57 PM
objektif utama rancangan tu pun nak rating je... opkos la akan ada drama nak bagi hangat.. yang pasti habis rancangan nanti semua jadi hangit.... takpayah la sembang bakat2 ni semua... geliii jahhh
Quote TomyamPuteh 7-4-2026 02:06 PM
Sekali CikB outstanding.Membuatkan aciks CARI tazabar menunggu Saban minggu untuk menonton CikB beraksi.Agitchewww.
Quote AWEKSAMURAI 7-4-2026 02:28 PM
Aku kalau banyak duit katanya lah kan .. aku dh jd miss Malaysia hahahahah.... X jd miss Malaysia pun aku jd nk model terhangat d pasaran...

Tara dlu arwah mak aku dgn arwah bapak aku x kaya pun aku jd ank tercantik dorang hahahaha

Aku xfahan kenapa cikb x cuba cantik .. jihan pun lawa bila berduit tak payah kaya
Quote HoneyManjer 7-4-2026 02:40 PM
diknon
akak jadik ko
terus amek cheatcode tuk kurus....

walaupun akak bukan kaya mcm ko pun akak amek cheatcode tuk kurus...
jaga lah kesihatan dik...akak percaya...ko rasa tak sihat bila berbadan besar....i was 125kgs...i know...

maka take action...terus pergi book doc dr nik ritza...dah pergi consultation kan...elok la tu...
Quote miss_perfect 7-4-2026 03:32 PM
KamikuP: Anak beranak scammer.. dua2 da ...
.

Dua kali I baca ni nak kasi confirm you tengah cakap pasal siapa.. Ingatkan Queen Aishah tu bekas permaisuri Selangor... Adoiiii laaaaa
Quote supernaturalee 7-4-2026 03:45 PM
hannan_rayyan replied at 7-4-2026 12:02 PM
lah main objective masuk bukan nak menang sebab tak heran 30k tu, lebih kepada nak turunkan berat ba ...

1 on 1 nanti org tak tau pulak






Quote syikin_akik 8-4-2026 09:40 AM
Sembang lebat. Bayar hutang bank dulu
Quote taji2906 8-4-2026 11:34 AM
dia nak turunkan berat dia ke 80kg.. so agaknya brapa berat dia sekarang?
off topic, aritu terlalu live tiktok orang buat repair phone. muka dia sama mcm cik b ni. tapi bermisai je. rambut sama, gemok pun sama. aku mula igt apsal la cik b da pasang misai hahha..
Quote talapia 8-4-2026 11:45 AM
syikin_akik replied at 8-4-2026 09:40 AM
Sembang lebat. Bayar hutang bank dulu

entahla orang kaya2 ni..

hutang berjuta tak berbayar..
tapi masih relax2 spend duit on luxury items..
berbelanja hebat..
kalau dikumpul2 harta dia.. korek saving sane sini.. jual saham ke apa..
bukan dia tak mampu bayar hutang tu? Entahkan cuma mengelak untuk bayar.

Cik B ni sekadar nak kutip pengalaman mungkin. Ye la.. bukan nak hadap hadiah 30k .. sedangkan barang2 kat badan dia pon entahkan harga lebih dari tu. Whateverla... cuma aku rasa lebih baikla ko spend duit masuk kelas grooming ke.. weight loss program ke.. kelas2 zumba ke apa.. duit banyak kepuk2 entah ke mana hala digunanya.. ruginya la hai

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2026 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.036162 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top