|
Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau akan mengarahkan serangan besar-besaran ke atas loji jana kuasa awam dan jambatan di Iran pada malam Selasa (pagi Rabu waktu Malaysia), sekiranya Tehran gagal mencapai perjanjian bagi menamatkan perang lima minggu dengan negara itu.
Kenyataan Trump pada sidang media di Rumah Putih dibuat menjelang tarikh akhir 8 malam Selasa yang ditetapkannya untuk Iran mematuhi syarat AS. Trump menuntut Iran meninggalkan hasrat memiliki senjata nuklear serta membuka semula Selat Hormuz, laluan perairan penting bagi transit minyak. Katanya, "Seluruh negara boleh dilenyapkan dalam satu malam, dan malam itu mungkin malam esok." "Saya harap saya tidak perlu melakukannya," katanya. Beliau berkata, AS mempunyai pelan di mana setiap jambatan di Iran akan dimusnahkan sepenuhnya menjelang tengah malam dan setiap loji jana kuasa di Iran akan tidak lagi beroperasi, terbakar, meletup dan tidak akan digunakan lagi. "Maksud saya, pemusnahan sepenuhnya - menjelang jam 12 tengah malam, dan ia boleh berlaku dalam tempoh empat jam jika kami mahu. Kami tidak mahu perkara itu berlaku," katanya. Pengkritik menyatakan Trump berpotensi melakukan jenayah perang sekiranya AS menyerang loji jana kuasa awam, namun beliau menolak dakwaan itu pada Isnin. "Saya tidak bimbang mengenainya. Anda tahu apa itu jenayah perang? Memiliki senjata nuklear," katanya dalam acara untuk kanak-kanak di South Lawn, Rumah Putih. Ketua Pentagon, Pete Hegseth pada sidang media sama berkata, serangan paling berat sejak konflik Iran bermula akan berlaku pada Isnin dan memberi amaran Selasa akan menyaksikan tindakan lebih besar. Sumber : Harian Metro
|



Firenzza replied at 7-4-2026 04:24 PM
Dia punya bongkak hampir satu level dgn firaun, 1 mlm Iran blh lenyap ye?
kayujaras replied at 7-4-2026 03:07 AM
bila laa semua negara dalam dunia ni nak bangun lawan US. ke masing2 ada dalam file epstein tu?
Firenzza replied at 7-4-2026 08:24 AM
Dia punya bongkak hampir satu level dgn firaun, 1 mlm Iran blh lenyap ye?
clueless_gamer replied at 7-4-2026 04:48 AM
dia dah tak boleh menang perang ni..
lagi sebulan kalau terus kena bedil mmg dia pun pusing balik ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
21-4-2026 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.035402 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.