CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Iran dakwa serang kapal serangan amfibia AS, USS Tripoli dan sebuah kapal kontena milik Israel

7-4-2026 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 741| Komen: 1

 



Tehran: Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran pada Isnin mendakwa menyasarkan sebuah kapal kontena milik Israel dan sebuah kapal serangan Amerika Syarikat (AS) dalam serangannya, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan menerusi saluran berita rasminya, Sepah News, IRGC memperincikan gelombang ke-98 serangannya terhadap sasaran Israel dan AS yang dilancarkan semalam.

IRGC mengenal pasti kapal kontena sebagai "SDN7" dan menyatakan yang ia terkena bedilan tepat peluru berpandu krus lalu terbakar.

Kapal serangan amfibia AS, USS Tripoli (LHA-7), yang membawa lebih 5,000 anggota tentera, terpaksa berundur ke selatan Lautan Hindi selepas menjadi sasaran, menurut kenyataan itu.

Menurut IRGC, pasukannya juga menyerang pusat strategik di Bandar Haifa, Israel, serta syarikat dan kilang petrokimia di Be'er Sheva dengan peluru berpandu balistik tepat. Selain itu, tempat perhimpunan tentera Israel di Petah Tikva, tengah Israel, turut menjadi sasaran.

Menurut IRGC, antara sasaran lain yang terkena serangan peluru berpandu dan dron termasuk sebuah pusat pengeluaran bersama pesawat tanpa pemandu (UAV) oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Israel, serta beberapa pesawat di Pangkalan Udara Ali Al Salem di negara Arab itu.

Pada 28 Februari, Israel dan AS melancarkan serangan bersama ke atas Tehran dan beberapa bandar Iran yang lain, mengakibatkan kematian Pemimpin Agung Iran ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei, bersama komander kanan tentera dan orang awam.

Iran bertindak balas dengan melancarkan gelombang serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan pangkalan serta aset Israel dan AS di Asia Barat, selain mengenakan kawalan ketat di Selat Hormuz.


Sumber : Harian Metro


 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manopBKK 7-4-2026 08:50 PM



[twitter]https://twitter.com/xagreat/status/2041132838372667525?s=61[/twitter]

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2026 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.041723 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top