CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sepasang kekasih berdepan detik cemas, ‘King cobra’ sembunyi bawah katil hotel

8-4-2026 10:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 889| Komen: 6

 



BANGKOK – Sepasang kekasih di wilayah Krabi, Thailand berdepan detik cemas apabila menemukan seekor ular tedung selar (king cobra) bersembunyi di bawah katil bilik hotel mereka, lapor portal berita Must Share News. 

Penemuan mengejutkan itu berlaku sekitar pukul 5 pagi (waktu tempatan) baru-baru ini. 

Rakaman video dikongsikan di platform Facebook menunjukkan dua anggota penyelamat menemukan reptilia sepanjang 40 sentimeter hingga 45 sentimeter dan berkelakuan agresif itu bersembunyi di bawah salah satu katil. 

Tetamu bilik tersebut berkata, teman wanitanya menjerit meminta bantuan selepas menyedari ular tedung selar itu melingkar di atas lehernya. 

Seorang anggota penyelamat, Suthee Naewhad mengesahkan bahawa reptilia tersebut berjaya ditangkap dan dilepaskan semula ke alam liar. 

“Ia dipercayai menaiki tangga lalu masuk ke dalam bilik melalui celahan antara pintu dan lantai,” kata Suthee. 

Dia menasihati kakitangan hotel dan tetamu untuk memeriksa bilik dengan teliti sebelum menginap, terutamanya ketika musim hujan. – AGENSI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 8-4-2026 10:55 AM
fuhh kenot brain weh ada ular tedung dlm hotel...
Quote pejol 8-4-2026 11:17 AM
jauh naik die yer
Quote venom1 8-4-2026 01:58 PM
Sesat tu. Waze ikut jalan shortcut
Quote PULANGKAN 8-4-2026 02:03 PM
me.. melingkar kat leher
Quote BungaKencana 8-4-2026 02:05 PM
serammmm
Quote telracs 8-4-2026 02:54 PM
Kalau dalam movie :
Saka penjaga tu...
Penjaga perempuan kot...
Dia tak bagi lelaki tu buat bukan² kat perempuan tu...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2026 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.371057 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top