CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes kumpulan bersenjata serang pusat hiburan KTV di Cheras: 43 suspek sudah ditahan sejak Isnin

8-4-2026 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 834| Komen: 8

 


KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur menahan sekurang-kurangnya 43 lelaki disyaki terbabit dalam insiden serangan ke atas sebuah pusat hiburan karaoke (KTV) di Taman Shamelin, Cheras, di sini, Ahad lalu.


Difahamkan, permohonan reman akan dibuat ke atas 35 daripada mereka yang kini berada di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, manakala seorang lagi suspek akan disambung reman selepas ditahan Isnin lalu. Tujuh lagi individu dilapor sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

Semua suspek berusia antara 20-an hingga 40-an itu, termasuk dalang utama ditahan di sekitar Lembah Klang sejak Isnin lalu hingga awal pagi tadi.


Polis merampas sebuah lori di Taman Orkid, Cheras, disyaki digunakan dalam kejadian serangan itu dan kemudian dipercayai membawa kepada tangkapan suspek lain. Turut dirampas senjata seperti batang besi dan batang kayu.

Dalam kejadian itu, lebih 50 individu bertopeng menyerang sebuah pusat hiburan KTV dan melakukan rusuhan di lokasi. Serangan ala kumpulan kongsi gelap Hong Kong itu tular di media sosial selepas dirakam oleh orang ramai yang berada di kawasan berhampiran.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dijadual mengadakan sidang media hari ini berhubung butiran terperinci, termasuk motif serangan berkenaan.

Sumber : - Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pejol 8-4-2026 11:30 AM
type c kan tuuuu
Quote piyek92 8-4-2026 11:38 AM
ingat pakai topeng ramai2 macam tu boleh lepas lah tu.hebatnya polis dapat cari kejap je...tapi ada juga kes yg sampai sudah tak dapat cari pelaku walaupun ada cctv
Quote borne 8-4-2026 01:23 PM
Fasle flag tak menjadi tak ni?  Instead of create fear, habis orang gelak je.  Pecah2kan perabot.  Pussies..
Quote PULANGKAN 8-4-2026 01:44 PM
kes tak bayar duit perlindungan ke
Quote tahanie 8-4-2026 08:17 PM
Diorang buat apa
Quote gigahertz 9-4-2026 01:04 AM
tengok kawasan shamelin ni tahu dah keje siapa.
Quote Decaffeinated 9-4-2026 08:45 AM
Bukan samseng sebenar ni, buat kerja memang minta kena tangkap. Ala2 rempit berjemaah.
Quote rikiruj 9-4-2026 09:17 AM
Depa ni terbawa2 tengok cerita gangster Syamsul Yusof.. dalam filem kan gangster main terejah je mana2, kereta polis pun diterbalikkan.. ingat real world pun boleh buat macam tu..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2026 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.030993 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top