CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Lagu AI memang 'power' tapi tak ada rasa' - Idayu

8-4-2026 02:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 256| Komen: 4

 



Penyanyi, Idayu mengakui menerima pelbagai tawaran untuk menyanyikan lagu yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Bagaimanapun, Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob, 41, berkata dia tetap menekankan sentuhan manusia kerana percaya bahawa AI tidak mampu menyalurkan emosi atau 'rasa' yang lahir secara semula jadi dari seorang penyanyi.

"Sebenarnya saya dapat banyak lagu AI, tapi sayangnya, lagu AI ini tak boleh masuk Anugerah Juara Lagu (AJL). Saya akui ada karya AI yang bagus dan boleh digunakan. Malah, ada idea daripada AI yang saya sendiri terkejut, sangat 'power' kerana boleh hasilkan karya yang komposer lama tak boleh lakukan.

"Cuma kekurangannya dari segi emosi dan rasa. AI takkan boleh berikan rasa itu tapi kalau kita mahu menggunakan bantuan AI, boleh. Cuma bezanya dari segi rasa," katanya pada sesi santai bersama Idayu dan Iskandar bagi mempromosikan lagu duet, Mahal, di sebuah pusat hiburan, di sini, semalam.

Idayu yang juga juara program AF Megastar pada 2017 berkata, kebanyakan komposer berpengalaman turut bersetuju bahawa AI tidak mampu meniru emosi manusia.

"Percayalah, bila saya tanya komposer lama, misalnya Helen Yap, semua cakap benda yang sama. Lain. Tapi, bila kita dah dapat demo AI, kita cuba buat dengan memberikan rasa yang terbaik," katanya.

Idayu menegaskan penggunaan AI dalam industri muzik bukan ancaman, sebaliknya alat sokongan yang perlu dimanfaatkan secara bijak.

"Saya tak pernah menggunakan AI dari dulu lagi, sejak lagu pertama saya dengan arwah Datuk Adnan Abu Hassan, Kasih Yang Terpisah. Alhamdulillah, lagu itu sejam setengah saja rakaman dan kita tidak menggunakan apa-apa.

"Satu saja saya nak sebut, AI tidak memberi rasa. Dia hanya robot, dia tak ada 'feel'. Robot takkan boleh buat 'feel' itu. Tapi kalau dari segi kemudahan, mungkin ada komposer kita guna AI, untuk memudahkan, tapi tidak semua," jelasnya.

Tambah Idayu, walaupun AI dilihat memudahkan proses penciptaan lagu dan memberi kelebihan dari segi idea, sentuhan manusia masih diperlukan untuk menjadikan karya lebih hidup dan berjiwa.

"Kadang-kadang boleh pakai idea dari AI. Cuma dari segi rasa saja kurang," katanya.

Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 8-4-2026 04:02 PM
Tapi...... lagu Idayu pun tak pernah hits....
Quote supernaturalee 8-4-2026 04:05 PM
prince_marhaen replied at 8-4-2026 04:02 PM
Tapi...... lagu Idayu pun tak pernah hits....

maybe sheol perlu mula guna teknologi (AI) juga



Quote bbasir 8-4-2026 05:09 PM
ramai penyanyi ckp mcm ni.. nak against ai... tp i suka lagu2 ai hahaha
Quote contessa38 8-4-2026 05:56 PM
Lagu anis suraya yg di AI kan tu kemain views jota2 kt youtube, while lagu idayu yg penuh feel?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2026 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.246593 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top