|
KUALA LUMPUR: MADANI Mart bukan perniagaan francais kerana ia tidak mengenakan bayaran royalti, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh.
Beliau yang juga Pengerusi dan Pengasas Yayasan MADANI berkata, model perniagaan MADANI Mart disediakan dengan struktur pelesenan yang betul. "(Ia) sangat jelas ia bukan francais tetapi struktur pelesenan. "Tiada royalti," katanya sebagai mengulas mengenai dakwaan MADANI adalah perniagaan francais dan pemegang lesen perlu membayar royalti. MADANI Mart menggunakan model perniagaan perkongsian awam-swasta-sosial (PPSP) melalui pelesenan di mana Yayasan Madani bertindak sebagai pemberi lesen untuk penjenamaan, konsep dan model perniagaan, semuanya berdaftar di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Pengaturan itu dijalankan tanpa sebarang perbelanjaan modal daripada yayasan dan setiap outlet dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh usahawan di bawah entiti perniagaan mereka sendiri. Untuk menyertai sebagai pengendali MADANI Mart, usahawan perlu memenuhi beberapa komitmen kewangan, bermula dengan yuran pelesenan sekali sahaja sebanyak RM30,000 dan yuran pembaharuan tahunan sebanyak RM5,000. Selain itu, ia juga mengenakan yuran perkhidmatan bulanan sebanyak RM2,000 di mana RM900 akan diperuntukkan untuk operasi, RM100 untuk Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), dan RM1,000 meliputi penyelenggaraan sistem, sokongan operasi, pemantauan prestasi dan penambahbaikan berterusan. Fuziah turut menegaskan, MADANI Mart bukanlah francais walaupun terdapat dakwaan bahawa peruntukan hak penjenamaan, sistem pengendalian dan yurannya menunjukkan sebaliknya. Sumber :– Berita Harian
|
















shahreen replied at 8-4-2026 06:41 PM
Yayasan madani ada financial audit report tak?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
21-4-2026 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.145506 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.