CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syida Melvin Fail Cerai Terhadap Suami

13-4-2026 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13494| Komen: 140

 


Pelakon Syida Melvin dilapor telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Disember tahun lalu.

Memetik mStar Online, peguam mewakili Syida memaklumkan prosidin rumah tangga pasangan itu kini sedang berjalan di mahkamah dan sebutan pertama telah pun berlangsung pada 2 April lalu.

Menurut peguam Nurul Jamaliah berkata sebelum ini perbicaraan kes pernah ditangguhkan sebagai usaha untuk berdamai namun Syida nekad untuk teruskan perceraian.

“Kalau ikutkan perbicaraan pernah ditangguhkan sekali kerana dengan niat ingin berdamai tapi Syida nekad untuk teruskan (perceraian) juga,” katanya.

 

Untuk rekod, Syida dan Syafiq mendirikan rumah tangga pada Januari 2019. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.

Sumber: mStar Online, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote virgocircus 13-4-2026 05:47 PM
Ni yg kawin dgn anak iron lady tu ke chuols? Maaf tak kenal....
Quote lazim 13-4-2026 05:50 PM
virgocircus replied at 13-4-2026 05:47 PM
Ni yg kawin dgn anak iron lady tu ke chuols? Maaf tak kenal....

Iye. Nampak aman sentosa je. Tak sangka
Quote jambatannetizen 13-4-2026 05:55 PM
Edited by jambatannetizen at 13-4-2026 05:56 PM
virgocircus replied at 13-4-2026 05:47 PM
Ni yg kawin dgn anak iron lady tu ke chuols? Maaf tak kenal....


Ya, kak ipar syida ni Mazreen Shanim. Dulu ada gossip laki syida tak jumpa keluarga mcm kena buang sbb family tak masuk dgn syida nth gossip betul ke…, keluarga laki nya classy educated, tengok Mazreen tu..

family syida pula jenis bising2 kecoh2  pekik2
Quote Perawankota 13-4-2026 06:00 PM
Yang perempuan terlalu dominant or lelaki yg anak emak?
Quote doubleA 13-4-2026 06:04 PM
Lah dpt laki kaya anak pun byk nampak lengkap family ni tiber fail sherai
Quote Heydidle 13-4-2026 06:50 PM
jambatannetizen replied at 13-4-2026 05:55 PM
Ya, kak ipar syida ni Mazreen Shanim. Dulu ada gossip laki syida tak jumpa keluarga mcm kena buang ...

pulak..
dari awal diorang kawen nampak elok je family ironlady tu terima syida
Sayangnya kalau diorang as pasangan ok tapi punca org luar pulak..
Quote LembingDayanti 13-4-2026 06:56 PM
rasanya laki mana pun tak tahan kalau bini mulut puaka
Quote NuansaBiru 13-4-2026 06:59 PM
Perawankota replied at 13-4-2026 06:00 PM
Yang perempuan terlalu dominant or lelaki yg anak emak?

Datuk maznah dah lama meninggal
Quote ragazza 13-4-2026 07:00 PM
LembingDayanti replied at 13-4-2026 06:56 PM
rasanya laki mana pun tak tahan kalau bini mulut puaka

Syida pun mulut puaka je ke. Igtke yg sorang tu je wife samdawan sapa entah nama.

Btw syida ni retis gak ke . Macam tak kenal kecuali kalau baca2 sini mesti ada je artikel pasal adik beradik dia yg ramai tu
Quote ragazza 13-4-2026 07:01 PM
NuansaBiru replied at 13-4-2026 06:59 PM
Datuk maznah dah lama meninggal

Tu la baru nak cakap
Quote SerenaBlair 13-4-2026 07:02 PM
Padan la tak beraya sekali haritu, Syida tu pun tak follow ig lakinya dah
Quote cempakaa 13-4-2026 07:09 PM
Anak comel2 semua
Quote vender 13-4-2026 07:14 PM
Byk ek aku tgk kat tiktok bini lawa laki hensem anak cantik2 lawa2 nampak berduit sudahnya cerai...apa yg tak cukup lagi tak tau lahh..
Quote Tinot7 13-4-2026 07:30 PM
Ehh.. ada problem ka?
Quote zuriey 13-4-2026 07:33 PM
Comelnya budak2 tu..ank beranak melvin ni mulut kepoh low class tapi maisng2 dpt sauk laki kaya
Quote Nurkaseh01 13-4-2026 07:57 PM
Btol la kot in law tak suka syida. Aritu da baca gossip ni. Dorang ni kan bingit
Quote babynina30 13-4-2026 08:19 PM
Perawankota replied at 13-4-2026 06:00 PM
Yang perempuan terlalu dominant or lelaki yg anak emak?

Omak nya lama dah takde,, way before he got married
Quote babynina30 13-4-2026 08:21 PM
Masa raya aritu I dah tanya kt thread personality dgn thread kaka zizi sbb sheols tyg vc je dgn laki. Mcm laki keje jauh bau. Sebok buat glamping je 30mins from KL. Bkn ovesi pon yg x leh raya sama
Quote cm_vungtau 13-4-2026 08:24 PM
Alahai, kalau anak ramai tu takyah la cerai. So irresponsible. (Ni kalau takde pukul2 or curang la) Adik ipar aku anak sampai 8 pun cerai. La ni dok pasang badan nak cari laki kaya. Kosser aku. Tahapa2.
Kalau anak sorang dua takpe la cerai.

Lihat semua komen(140)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.141147 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top