|
Kehidupan mereka sekeluarga berdepan ujian selepas ibunya jatuh sakit, anak kepada Norish Karman dikenali sebagai Manda berkata dia perlu memikul tanggungjawab menjaga ibu dan menguruskan adik-adik.
Menerusi sesi siarang langsung di TikTok, Manda berkata dia perlu menjaga ibunya yang kini tidak boleh berdiri lama serta menguruskan adik-adik tanpa bantuan kewangan yang cukup. Kongsi Manda, apabila mahu mendapatkan bantuan ada yang membalas dengan kata-kata sindiran sehingga ada yang mempersoalkan mengapa ibunya menjaga ramai anak angkat. “Kami menghadapi kesukaran dalam kehidupan dan ia sangat mencabar. Apabila saya ingin meminta bantuan untuk membayar bil perubatan bonda, semua orang berkata, ‘Mintalah dengan bapa awak. Siapa suruh mak awak menjaga terlalu ramai anak angkat?’ “Saya juga cuba sedaya upaya untuk menguruskan semuanya, berulang-alik antara hospital dan rumah, menjaga bonda serta menyediakan makanan untuk adik-adik. “Bonda tidak boleh ke tandas seorang diri kerana tidak boleh berdiri lama dan pernah beberapa kali tergelincir serta jatuh di dalam bilik air,” katanya. Sementara itu, Manda berkata bapanya bapanya,Datuk Hashimuddin Abdul Kadir tidak boleh membantu mereka sekeluarga kerana kini sudah uzur dan tiada wang. “Bapa saya juga sudah tiada wang. Tolong jangan suruh saya meminta daripadanya kerana dia memang tidak mampu membantu kami. “Jangan mengatakan bapa saya seorang Datuk. Bekas suami ibu saya yang bergelar Datuk itu juga tidak perlu disebut lagi. Dia memang sudah tiada wang dan tidak dapat membantu kami, malah dia juga sedang uzur,”katanya. Dalam pada itu, Manda berkata dengan gaji diterima daripada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, dia akan membaiki kereta untuk menghantar adik-adik ke sekolah serta ibunya ke hospital serta ubat-ubatan Norish mencecah RM3,000 sebulan. “Dengan gaji RM20,000 yang diberikan Aliff Syukri, saya ingin membaiki kereta supaya adik-adik dapat ke sekolah, membayar tunggakan bil elektrik serta membeli suplemen dan ubat-ubatan bonda. Itu yang utama. “Kalau diikutkan, perbelanjaan bulanan ubat-ubatan bonda mencecah sekurang-kurangnya RM3,000. Saya juga ingin membelikan kasut baharu untuk adik-adik ke sekolah,”katanya. Sumber: Utusan Online, Rotikaya
|
“Dengan gaji RM20,000 yang diberikan Aliff Syukri, saya ingin membaiki kereta supaya adik-adik dapat ke sekolah, membayar tunggakan bil elektrik serta membeli suplemen dan ubat-ubatan bonda. Itu yang utama.
“Kalau diikutkan, perbelanjaan bulanan ubat-ubatan bonda mencecah sekurang-kurangnya RM3,000. Saya juga ingin membelikan kasut baharu untuk adik-adik ke sekolah,”katanya.
airfilterkotor replied at 16-4-2026 06:03 PM
Ralat ke tidak ni?


mejaputih replied at 16-4-2026 06:15 PM
Ikutkan live br ni aliff shukri bg rm30k ..
Iols pelik kes dia ni skjp sakit kritikal, ni ok pulak ...
plywood replied at 16-4-2026 06:39 PM
rumah siapa dia bergambar kat atas tu.. rumah si alif atau norish, nampak mcm mewah
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat anak kandung iaitu Muhammad Haqiem Amany, 27, Muhammad Hady Amieran, 23, Nur Hanyz Amanda, 25, dan Haq Alexander, 15.
Manakala, empat anak angkatnya ialah Hasbi Fadullah, 15, Hasya Farahiya,13, Haziq Fadillah, 12, dan Hazra Farisya, 7. – KOSMO!
airfilterkotor: Ralat ke tidak ni?
mejaputih replied at 16-4-2026 10:15 AM
Ikutkan live br ni aliff shukri bg rm30k ..
Iols pelik kes dia ni skjp sakit kritikal, ni ok pulak ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-5-2026 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.077271 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.