CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Wanita Terjelita Malaya’ Maria Menado meninggal dunia pada usia 94 tahun

30-4-2026 05:27 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2796| Komen: 35

 



Primadona filem Melayu klasik, Datuk Seri Maria Menado dilaporkan meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di sini, pada jam 12.25 tengah hari tadi, pada usia 94 tahun.

Allahyarham Maria yang membintangi banyak filem Melayu klasik ikonik, dilapor menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua, di sisi ahli keluarga.

Menantu Allahyarham Maria, Sairul Amar Ayob dilapor berkata, ibu mentuanya dimasukkan ke pusat perubatan pada 14 April lalu.

“Allahyarham Datuk Seri Maria Menado menghembuskan nafas terakhir dengan tenang,” kata Sairul kepada media.

Sairul dilapor berkata, ketika ini, jenazah Allahyarham Maria masih di hospital dan akan dibawa pulang ke kediaman keluarga di Bukit Jelutong, Selangor bagi memberi peluang kepada kaum keluarga dan sahabat serta kenalan memberi penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarham Maria kemudian dilapor akan dibawa ke Masjid Bukit Damansara untuk urusan pengurusan jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Dilahirkan dengan nama asal Liesbet Dotulong pada 2 Februari 1932, Allahyarham Maria dianggap bintang filem Melayu termasyhur antara 1951 dan 1963.

Allahyarham Maria berhijrah ke Singapura dan menganut Islam ketika berusia 19 tahun serta berkahwin dengan promoter tinju dan penulis skrip, A Razak Sheikh Ahmad.

Beliau mula menempah nama dalam industri perfileman selepas berhijrah ke Singapura dan menyertai Malay Film Productions serta Cathay-Keris Film Productions, sebelum muncul sebagai salah seorang pelakon wanita utama pada zaman itu.

Allahyarham Maria melonjak ke puncak populariti menerusi lakonannya sebagai watak utama dalam filem Pontianak terbitan 1957, yang dianggap sebagai antara filem seram Melayu terawal, sekali gus menjadikan beliau ikon awal genre berkenaan.

Pada 1957, Allahyarham Maria digelar Wanita Terjelita Malaya oleh Times Magazine dan ‘Wanita Berpakaian Paling Menarik di Asia Tenggara’ oleh United Press International.

Pada tahun 1980 Allahyarham menerima Darjah Dan Pingat Kebesaran Negeri Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato’ daripada Istana Pahang, pada tahun 2017, Mari sekali lagi menerima Darjah Dan Pingat Kebesaran Negeri Pahang, Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P).


Sumber – KOSMO! ONLINE
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apedehal 30-4-2026 05:48 PM
Innalillah...almarhumah mmg jelita di zaman nya
Quote telracs 30-4-2026 05:52 PM
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote Gianna111 30-4-2026 05:56 PM
memang jelita la arwah. Innalillah
Quote silance 30-4-2026 06:09 PM
Dilahirkan dengan nama asal Liesbet Dotulong pada 2 Februari 1932, Allahyarham Maria dianggap bintang filem Melayu termasyhur antara 1951 dan 1963.

Zaman pra-merdeka sebelum ada ic, nusantara people bebas ke malaya singapura. Most of bintang filem lama pun tidak lahir di sini.

Tapi kini telah jadi maladesh.
Quote nazniafrina 30-4-2026 07:08 PM
Tinggal la Sarimah, Zaiton, Rosnani Jamil, Dayang Sofea & Hasyimah Yon
Quote Incanto 30-4-2026 07:16 PM
Nenda tiri Sultan Pahang

mmg cantik jelita
Quote shernazz 30-4-2026 07:17 PM
Maria menado neh orang sunda ek?
Quote cmf_jeangrey 30-4-2026 07:24 PM
Mix belanda kan?
Quote Lampuled 30-4-2026 07:36 PM
Cantik betul dia. Tapi mmg asal melayu ke? Kalau baca sejarah tu mcm bukan asal melayu. Mix apa?
Quote doodlediddle 30-4-2026 07:54 PM
Edited by doodlediddle at 30-4-2026 07:55 PM

Innalillahiwainnailahirajiun.
Betul, dia mmg antara wanita yg cantik selain drpd sarimah, ummi kalsom in my pov
Dan siapa tu yg berlakon jadi laila majnun tu aka bawang merah. Itu pun cantik asli
Quote kechikchomel 30-4-2026 08:22 PM
Incanto replied at 30-4-2026 07:16 PM
Nenda tiri Sultan Pahang

mmg cantik jelita

Berapa orang anak dengan SAB tu?
Tadi iolss tengok berita. Ada dorang interview sorang. Lelaki. Tak perasan lak nama
Quote tiesza169 30-4-2026 08:30 PM
doodlediddle replied at 30-4-2026 07:54 PM
Innalillahiwainnailahirajiun.
Betul, dia mmg antara wanita yg cantik selain drpd sarimah, ummi kalso ...

Ltifah omar kan bawang merah dulu2... ni pun camtik
Quote Jitu 30-4-2026 09:19 PM
Takziah

Quote asfaz 30-4-2026 10:06 PM
doodlediddle replied at 30-4-2026 07:54 PM
Innalillahiwainnailahirajiun.
Betul, dia mmg antara wanita yg cantik selain drpd sarimah, ummi kalso ...

latifah omar
Quote liyamariska 30-4-2026 10:34 PM
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Quote Incanto 30-4-2026 11:18 PM
kechikchomel replied at 30-4-2026 08:22 PM
Berapa orang anak dengan SAB tu?
Tadi iolss tengok berita. Ada dorang interview sorang. Lelaki. Ta ...

hasil google....3 dgn SAB

sebelum tu ada dua anak dgn suami pertama
Quote tumpanglalu74 1-5-2026 01:04 AM
Takde Boomer yang idop lagi kat forum ni ke wey?

Aku Gen X tapi aku ponah dengar pasal onyang ni. Jelite memang betol tapi dulu jadi pompuan yang paling dibenci semalaya.  Nak korek pon liputan sokkabar jawi je la kot jaman tu.  Mase atok jagong tergile2kan dia hasben dia takmo ceraikan dia.  Turun naik court.  Pastu dia revert balek ke agame asal kata orang..  Maka gugur la talak.

Cube korang tanye mak or nenek korang.  Valid tak gosip ni?
Quote Blu3butter 1-5-2026 09:41 AM
Innalillahiwainailahirojiun
Quote Incanto 1-5-2026 09:53 AM
tumpanglalu74 replied at 1-5-2026 01:04 AM
Takde Boomer yang idop lagi kat forum ni ke wey?

Aku Gen X tapi aku ponah dengar pasal onyang ni.  ...

arwah nenek aku gosip yg awalnya SAS suka MM

tapi bila apaknya SAB nampak, terus cantas dan buat bini

arwah nenek aku org Pahang

tapi nenek aku tak pula kata MM di benci ...atau aku yg tak ingat


Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2026 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.124073 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top