CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor jadi pemandu e-hailing tampung kehidupan

5-5-2026 05:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1294| Komen: 25|Original author: FOTHER-MUCKER







Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kerjaya sebagai doktor mungkin dipandang tinggi masyarakat umum dengan anggapan bergaji lumayan, namun hakikatnya mereka turut menempuh fasa sukar dalam situasi ekonomi kini hingga terpaksa melakukan pelbagai kerja sampingan demi menampung kehidupan.

Hakikat itu terpaksa ditempuh sebilangan doktor muda yang menjadi pengamal perubatan am atau GP yang membuka klinik sendiri, apabila mengaku terpaksa melakukan pelbagai kerja sampingan, termasuk sebagai pemandu e-hailing dan melakukan jualan langsung.

Malah lebih menyedihkan, ada juga dalam kalangan mereka terpaksa membuat pinjaman peribadi untuk memastikan kelangsungan operasi klinik masing-masing.

Berkongsi situasi itu, Dr Luqman, 33, mengakui ada kalanya pendapatan klinik yang dibukanya sejak 2022, mencatatkan pendapatan bersih negatif berikutan pelbagai kos yang perlu dibayar pada setiap hujung bulan.

Beliau mendakwa, masalah itu berpunca daripada kelompongan dasar Kementerian Kesihatan (KKM) dalam memperkasakan perkhidmatan klinik swasta.

Katanya, sebagai GP mereka terpaksa berdepan kenaikan harga ubat setiap tahun, selain penetapan gaji minimum baharu, yang sekali gus menambah beban kewangan mereka.

"Saya membuat keputusan keluar dari sektor kesihatan awam pada 2022 kerana berasa kerjaya dengan KKM yang tidak terjamin serta beban kerja melampau sebelum membuat keputusan membuka klinik sendiri di Sepang.

"Apa yang saya boleh takrifkan setakat ini, klinik saya berada dalam fasa bergelut kerana masih mencari cara terbaik untuk terus bertahan berikutan kos yang meningkat setiap tahun, pada masa sama hasil berkurang.

"Adakalanya sampai negatif pendapatan itu sedangkan saya memerlukan dari RM35,000 hingga RM40,000 sebulan. Ia bermaksud kami memerlukan 10 hingga 15 pesakit sehari," katanya.

Dr Luqman berkata, beliau sendiri terpaksa membuat pinjaman peribadi untuk menampung kos operasi klinik, selain peningkatan harga ubat dan gaji minimum.

Selain itu katanya, beliau juga tidak terkecuali daripada melakukan kerja sampingan, termasuk memandu e-hailing dan menjalankan tugas sebagai doktor locum di klinik lain sebagai cara menambah pendapatan bagi menampung kos operasi.

Ditanya mengenai perancangan masa depannya, beliau tidak menolak kemungkinan bertukar kepada kerjaya lain jika keadaan tidak berubah.
Katanya, beliau melihat pelan B yang boleh diambil beliau ialah bertukar kerjaya ke dalam sektor insurans atau penjualan.

"Kalau tiada campur tangan dari kerajaan untuk bantu memperkasakan klinik swasta, saya jangkakan perlu ada pelan keluar untuk kerjaya sedia ada kini.

"GP menjalankan operasi bukan untuk mencari untung semata-mata dan kami juga bukan doktor kelas kedua sebaliknya adalah tulang belakang selain sedia membantu dan bantu memperkasakan sistem perkhidmatan kesihatan," katanya.

Seorang lagi GP yang mahu dikenali sebagai Dr Jay Chay, berkata beliau membuat keputusan meninggalkan perkhidmatan kerajaan pada Jun tahun lalu disebabkan tiada keseimbangan di antara tugas dan kehidupan.

Beliau kemudiannya menyertai usaha sama dengan sebuah syarikat bagi membuka klinik swasta di Sepang, Selangor dengan memiliki 49 peratus saham.

Namun katanya, beliau masih perlu mencapai sasaran pendapatan bagi operasi kliniknya namun ia agak sukar kerana masalah yang dialaminya adalah kebanyakan pesakit gemar membeli ubat sendiri.

Dr Jay berkata, pendapatan yang diperoleh kliniknya kebiasaannya hanya mampu menampung kira-kira 60 peratus sahaja daripada keseluruhan operasi.

"Saya juga berdepan masalah apabila kebanyakan pesakit yang datang gemar membawa ubat sendiri yang dibeli menerusi media sosial yang tidak mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 5-5-2026 11:47 AM
Habis tu nakbuat macamana lagi kerana ramai pesakit membayar dengan ikan, ayam sebagai pertukaran dengan ringgit kerana ramai dari pesakit adalah dari golongan miskin, katanya hiya… jika benar lebih baik kau berniaga ikan daripada menjadi seorang Dr
Quote prettyuglybabe 5-5-2026 12:22 PM
orang kita nijam kalau sakit pun sanggup pi gomen noks..
nak jimat punya pasal..
melainkan swasta company cover..
klinik nak survive, kena masuk panel..
pastu jangan kedekut mc..
Quote honam 5-5-2026 12:27 PM
Edited by honam at 5-5-2026 12:33 PM

first aku nak komen, pada awalnya sebab apa kau quit kkm, lepas tu pi gatal buka private klinik, average pesakit datang jumpa dan ambik ubat je ko cas RM100, sedangkan pi ke klinik kerajaan bayar sehinggit je, ada klinik yg check pun buat syarat je, ubat pun tadak nye nak bagi antibiotik sebab alasan takut kerintangan antibiotik nanti, tapi last2 cas RM100 lebih. Dalam satu-satu kawasan tu ada 10 klinik yg berdekatan, org akan cari mana klinik yg boleh bagi good service dgn harga yg berbaloi.
Quote tahanie 5-5-2026 12:35 PM
Entahlah. Kalau nak jaminan pendapatan, patutnya tak keluar KKM. Makan gaji adalah pilihan selamat. Paling selamat makan gaji dengan kerajaan. Bukan semua boleh berniaga
Quote axl_bach 5-5-2026 12:47 PM
Baru jumpa dgn kawan lama yg keluar KKM bertahun dulu dan buka GP di pantai timur.... Dia ckp klinik berjalan dgn sgt baik, dan dia ckp yg dia rasa menyesal x cabut selepas tamat 2 tahun HOship terus.... Dia buat 3 tahun MO gak sblom resign...
Dan dia bukan under skim skang yg kontrak, dia ambik pencen....

Now tgk life dia travel sana sini, masyuk jer
Quote slavehunter 5-5-2026 01:15 PM
Edited by slavehunter at 5-5-2026 01:19 PM

Kesian kat Dr KKm hosp Gov juga, gaji basic 4k jer kerja macam separuh mati.

I think memang purpose nak collapse kan sector Hospital awam, then naikkan private Hospital, naikkan insurance, naikkan harga ubat, Private Hosp tumbuh seperti goreng pisang panas hanya yang mampu saja boleh dapat treatment yang tak mampu sila meninggal di Hosp Gov.

Clinic private pula terlebih over supply dalam satu lorong kedai jer boleh ada 3 clinic. Too many choice satu, ubat orang boleh sendiri kat pharmacy, end up Dr terpaksa jual banyak antibiotics,Ozempic Munjarao semua tu.
Quote ninja boy 5-5-2026 01:24 PM
Edited by ninja boy at 5-5-2026 01:27 PM

Pindah kerja singapok jah, Malaysia ni kerja utk org pandai2 sgt terhad, kerja utk bangla Nepal sgt byk di malaysia
Di singapore pun org singapore susah cari kerja, majikan suka ambil org asing
Quote ninja boy 5-5-2026 01:31 PM
Edited by ninja boy at 5-5-2026 01:36 PM

Rakyat habis duit sbb rumah mahal beli kereta mahal parking tol maintenance fee, tu pasal baki duit cukup2 utk mkn pakai, pasar malam dah x ramai org kedai makan x ramai org
Nak kata mknn mahal masih ada meggi tepung gandum mihun mee kuning beras murah semua mampu beli
Sejak COVID merata2 parmasi sana sini, demam selesema batuk pi ubat parmasi tanpa pi klinik, pi klinik ni nak mc ja dan ada ubat yg bagus cepat sembuh berbanding kk
Quote supernaturalee 5-5-2026 04:39 PM
salahkan kkm sbb beban kerja, then quit

dah quit, ko run kkm ko sendiri pun still nk salahkan kkm



pegi mereput sana

Quote gekkou 5-5-2026 06:05 PM
kedekut sangat bagi mc ha
lepas tu check pun alar kadar
ahhh sedih
charge panel dah la mahal
Quote Kitty_catz 5-5-2026 06:21 PM
supernaturalee replied at 5-5-2026 08:39 AM
salahkan kkm sbb beban kerja, then quit

dah quit, ko run kkm ko sendiri pun still nk salahkan kkm

pehtu nak suh gomen buat intervention? apoooo? delulu betuiii

sebelum menega tak study dulu ke cemaner running a bisnis ni? deme ingat bukak2 klinik, popit meroketttt  terus lehh goyang kaki, tiap2 bulan leh holiday overseas , beli bungalow juta2, drive porseh beemer merc keeee? ahahahhaha... gelinyehhhhh ati
Quote Kitty_catz 5-5-2026 06:23 PM
bersepah2 clinci pun... dental clinic pun bersepah2 dah skang

logic la bawak grab

tu mujur leh bawak grab buat side income bagai... kut takde.. masuk kkm balik ke acanerrr tu demi kelansungan hidop?
Quote lanacondor 5-5-2026 06:47 PM
Klinik/hospital swasta ni boleh survive kalau kerajaan laksanakan, hospital/klinik kerajaan 100% utk rakyat malaysia sahaja. Warga asing sila pergi swasta.
Quote kotakbaju 5-5-2026 06:50 PM
Memang betul la klinik private memang banyak tumbuh area meols ni. Kadang satu lot kedai boleh ada sampai 2 3 klinik. Tak termasuk farmasi lagi sebelah2 tu. Nama klinik pun klinik 16jam la, klinik 23jam la haha. Dulu kalau demam selsema ke meols dok pi jugak la klinik2 private ni. Tapi sekarang meols pi klinik kesihatan sebelah spital besar ni je. Sebab situ diorg extend bukak operasi dari pukul 5 petang sampai 10 malam tak silap. Ni hanya kot nak ambik ubat demam selsema sakit perut boleh la. Meols minta mc utk anak meols doctor kasik jek. Orang pun takde sangat waktu petang cmtu.
Quote plywood 5-5-2026 08:51 PM
aku ingat kehidupan sekarang untuk semua serba mencabar... bukan setakat doc sahaja,

dan masalah doc ni aku ingat masalah bisnes shj, tetapi tak menyeluruh pun. baru satu kes, atau katalah beberapa kes... tapi ada input kat atas tu kata ada doc yang mewah sahaja... setakat ini tak perlu sebut kkm atau kk swasta secara general.. cuba belajar bisnes dulu, takat ada klinik tapi tak study bisness susah jg tu..

satu lagi, orang awam sekarang bagus juga belajar pasal kesihatan dan sedikit sebanyak ubat2... jadi pada personal level, boleh berjimat sekiranya tau ubat beli jer di pharmacy, spt ubat demam ker apa..kena beringat sbb kos untuk rawatan kesihatan mahal, bukan aspek itu jer, semua aspek kehidupan manusia sekarang serba mahal sebab pola pemikiran bisnes sekarang ni dasarnya kapitalis.. nasib baiklah ada hospital kerajaan, klu tak bergelimpangan orang sakit merata-rata tak mampu bayar kos rawatan... klu satu masa dasar kerajaan ttg kos rrawatan jadi lebih mahal, mendapatlah semua...
Quote kotakbaju 5-5-2026 09:12 PM
plywood replied at 5-5-2026 08:51 PM
aku ingat kehidupan sekarang untuk semua serba mencabar... bukan setakat doc sahaja,

dan masalah d ...

Iye betul uols cakap pasal ubat2 tu. Zaman sekarang info ubat2 semua di hujung jari je. Ini kalu setakat sakit biasa2 tak apa la boleh beli kat farmasi saja. Farmasi pulak sekarang macam berlumba2 main harga pun ye jugak. Ubat yg sama kalau beli kat farmasi sini macam mahal sikit, kalau farmasi lain eh murah pulak ha gitu.

Lepas tu, meols nak share, kk kat tempat meols diorg bukak sampai malam utk sapa2 nak dapatkan rawatan utk sakit2 biasa macam demam selsema sakit kepala perut etc. Katanya utk bagi kemudahan kat sapa2 yg kurang berkemampuan utk dapatkan rawatan kat fasiliti swasta terutamanya bagi mereka yang bekerja siang la ni. Kira lepas habis opis hour, kot ada yg tak sihat ke, atau anak demam ke boleh ke kk utk rawatan. Jadi kurang la sikit beban kos rawatan tu. Kalau pi klinik swasta pun mau nak ambik ubat demam selsema saja pun dah dekat seratus diorg charge.
Quote supernaturalee 6-5-2026 09:34 AM
Kitty_catz replied at 5-5-2026 06:21 PM
pehtu nak suh gomen buat intervention? apoooo? delulu betuiii

sebelum menega tak study dulu ke ...

tu la pasal

yihhh sgt set2 terpaling, play victim nih


Quote emera 6-5-2026 09:53 AM
Aritu masa aku kat klinik kat area rumah aku, aku sorg je masa tu.. doc pulak doc locum, bukan owner.. aku kenal doc owner tu.. budak kat kaunter registration dpt call, bunyi mcm ada org nak dtg bagi notis potong letrik sbb ada tunggakan. Budak tu call doc owner tu.. aku pasang telinga.. pas tu mamat yg nk bg notis pun sampai.. gila garang.. bagi surat.. pas tu aku dgr, doc tu dah bayar online.. klinik kemain gah kat area kedai ni.. paling gah antara 3 klinik kat satu kwsn kedai & paling gah antara 6 klinik dlm 1km radius. Brp byk klinik ada keliling aku ni.
Quote annehuda 6-5-2026 10:34 AM
supernaturalee replied at 5-5-2026 04:39 PM
salahkan kkm sbb beban kerja, then quit

dah quit, ko run kkm ko sendiri pun still nk salahkan kkm

Iols perasan doktor zaman now mcm victim complex sgtla. Semua org salah kecuali diorg. Iols plg ingat thn lps yg isu pekeliling ape tu yg diorg salahkan PTD jugak buat pekeliling tu, skali tu menteri buat statement yg cadangkan tu pun geng doktor jugak. Tapi tetap salahkan PTD. Appooo

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.069154 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top