|
TAHAP keinginan seksual setiap individu tidak sama dan boleh berubah mengikut faktor seperti tekanan, kesihatan, gaya hidup serta hubungan dengan pasangan.
Dalam sesetengah keadaan, keinginan ini juga boleh menjadi berlebihan hingga menimbulkan kecenderungan ketagihan jika tidak dikawal dengan baik. Menurut seorang pemuda tempatan di aplikasi Threads, dia memiliki keinginan seksual yang tinggi sehingga pernah mendapatkan rawatan dengan doktor. "Beberapa bulan lepas, aku pernah kena kecam sebab kongsi tentang hiperseksualiti yang aku alami. Masalah ini sangat teruk. "Sekurang-kurangnya aku kena ejakulasi tiga kali sehari. Lepas dah jumpa doktor, dia suruh hadkan masa aku bermain telefon dan teknik itu berkesan. "Tapi ia tak berkekalan lama. Sekarang aku dah ketagih balik," tulis pemuda itu. Perkongsian pemuda itu turut dihujani pelbagai respons netizen. "Masa saya umur 25 hingga 38 tahun, sehari dua kali saya ejakulasi. Kalau hujung minggu, sampai empat kali sehari. "Umur berapa sekarang? Kalau 20-an atau 30-an, wajar je selalu ejakulasi. Nanti 40-an, mesti akan berkurang," tulis netizen. Apa itu hiperseksual? Menurut Clevelend Clinic, gangguan tingkah laku seksual kompulsif (CSBD), juga dikenali sebagai hiperseksualiti atau ketagihan seks, merujuk kepada pemikiran, dorongan atau tingkah laku seksual yang kuat dan sukar dikawal. Apakah punca hiperseksualiti? Pakar kesihatan masih belum mengetahui punca sebenar CSBD. Namun, ia dipercayai berlaku hasil gabungan perubahan dalam otak dan corak tingkah laku yang dipelajari. Antara faktor yang mungkin terlibat termasuk: - Perubahan bahan kimia otak: Aktiviti tinggi bahan kimia tertentu (neurotransmiter) seperti dopamin, norepinefrin dan serotonin boleh meningkatkan dorongan serta tingkah laku seksual. - Keadaan atau kecederaan otak: Masalah yang melibatkan bahagian otak yang mengawal tingkah laku (seperti lobus frontal, amigdala atau korteks prefrontal) mungkin memainkan peranan. Ini termasuk demensia, epilepsi atau gangguan bipolar. - Pembentukan tabiat: Tingkah laku yang diulang boleh menjadi kebiasaan. Dorongan mungkin terasa automatik walaupun perbuatan itu tidak lagi memberi kepuasan. - Kelegaan sementara: Aktiviti seksual mungkin memberi rasa lega untuk jangka masa pendek, sekali gus menguatkan tingkah laku tersebut walaupun tekanan muncul semula kemudian. - Kesan ubat: Sesetengah ubat yang mempengaruhi bahan kimia otak, seperti dopamin, boleh mencetuskan atau memburukkan keadaan ini. Rawatan Rawatan biasanya melibatkan terapi untuk memahami corak dan pencetus tingkah laku. Ia juga boleh merangkumi rawatan bagi masalah kesihatan mental berkaitan serta membina cara yang lebih sihat untuk mengurus tekanan dan emosi. Sumber : Mstar
|
Jitu replied at 5-5-2026 08:23 PM
fuh dahsyat
mesti lemah tenaga batin ni


batmana replied at 6-5-2026 10:12 AM
jenis tak bergaul dgn masyarakat ni, tak rajin basuh tandas, tak reti mengemas rumah bila ada masa l ...
tak rajin pi gali kubur tengah malam ke apa
kotakbaju replied at 5-5-2026 09:19 PM
Apa maksud lemah tenaga batin tu?
Bukan ke mamat ni kata sehari sampai tiga kali onani, maksudny ...

Jitu replied at 6-5-2026 02:11 PM
maksudnya bila dgn pasangan tak perform
sbb onani rasangan dia berbeza dgn hubungan intim
onani se ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-5-2026 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.134570 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.