CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perang Iran boleh berlanjutan 2 atau 3 minggu lagi - Trumpet

6-5-2026 10:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 224| Komen: 0|Original author: piyek92


Screenshot 2026-05-06 093746.png


ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata perang dengan Iran boleh berlanjutan untuk tempoh dua atau tiga minggu lagi, lapor Agensi Anadolu.

"Masa bukan penghalang bagi kami," kata Trump dalam satu temu bual telefon dengan penyampai radio, Hugh Hewitt, kelmarin.

Namun, Trump enggan menyatakan sama ada gencatan senjata dengan Iran telah berakhir susulan laporan mengenai serangan Iran ke arah Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ditanya sama ada perkembangan pada Isnin lalu menandakan konflik kembali memuncak, Trump berkata: "Dalam apa jua keadaan, kita akan menang."

"Sama ada kita capai perjanjian yang tepat, atau kita menang dengan sangat mudah.

"Dari sudut ketenteraan, kita sudahpun memenanginya. Anda tahu, anda pernah dengar saya katakan berkali-kali, dan orang lain juga berkata: Mereka mempunyai 159 kapal, Hugh. Sekarang, mereka tidak mempunyai apa-apa. Semuanya berada di dasar laut," katanya lagi.

Trump mendakwa bahawa AS telah 'memusnahkan' lapan bot kecil dan laju yang dilengkapi mesingan pada Isnin lalu.

"Kita akan melihat apa yang berlaku," katanya.

Trump juga mendakwa bahawa AS mempunyai 'kawalan' ke atas Selat Hormuz, sambil memberi amaran mengenai potensi risiko terhadap trafik maritim.

"Satu perkara yang anda tidak boleh halang ialah jika seseorang mahu meletakkan periuk api kecil... dan anda kebetulan memiliki kapal bernilai berbilion dolar.

"Saya tidak pasti anda akan berasa teruja untuk melayarkannya," katanya.

Malah, Trump mendakwa bahawa rakyat Iran 'sedang mendapatkan senjata' untuk menentang kerajaan di Tehran.

"Sebaik saja mereka mempunyai senjata, mereka akan berjuang sama hebat dengan sesiapa saja," katanya.

Ketegangan serantau memuncak sejak AS-Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 28 Februari lalu, sekali gus mencetuskan tindak balas Tehran.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.061913 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top