CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tempahan hotel Piala Dunia hambar.. boikot je padan muka US

6-5-2026 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 815| Komen: 14|Original author: akido_kido


Screenshot 2026-05-06 092914.png


WASHINGTON: Tempahan hotel berkaitan Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan jauh lebih rendah daripada jangkaan industri meskipun kejohanan itu hanya berbaki lebih sebulan untuk bermula.

Persatuan Hotel dan Penginapan Amerika (AHLA) menjalankan tinjauan membabitkan ahlinya di 11 bandar raya tuan rumah perlawanan Piala Dunia termasuk New York dan Los Angeles dengan hasil kajian diumumkan semalam.

Sebanyak 80 peratus responden memaklumkan tempahan hotel masih berada di bawah unjuran awal, manakala kira-kira 65 peratus pula menyatakan isu visa serta kebimbangan geopolitik menjejaskan permintaan.

"Beberapa faktor menyebabkan keterujaan awal semakin berkurangan, walaupun petunjuk semasa masih menunjukkan ada peluang besar menjelang kejohanan ini," kata Presiden AHLA, Rosanna Maietta.

"Untuk merealisasikan potensi itu sepenuhnya, AS dan FIFA perlu memastikan pengalaman lebih mesra dan lancar buat pelancong antarabangsa."

AS menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2026 bersama Mexico dan Kanada dengan aksi pembukaan berlangsung di Mexico City pada 11 Jun ini, manakala final dijadual berlangsung di New Jersey pada 19 Julai.

Presiden AS, Donald Trump sering mempromosikan status negara itu sebagai tuan rumah kejohanan bola sepak terbesar dunia, namun pada masa sama pentadbirannya turut memperketat dasar visa terhadap pelawat asing.

Pentadbiran Trump memberi jaminan pemegang tiket Piala Dunia akan dibantu mendapatkan visa, tetapi semua permohonan tetap perlu melalui proses tapisan ketat.

Kumpulan penyokong turut menyuarakan kebimbangan mengenai harga tiket yang terlalu tinggi, penjualan semula pada harga melampau serta kos pengangkutan untuk menghadiri perlawanan.

Laporan AHLA yang diterbitkan menerusi "Tinjauan Hotel Piala Dunia FIFA 2026" turut menggambarkan situasi suram buat industri perhotelan.

Di Kansas City, tempahan hotel dilaporkan jauh lebih rendah berbanding kadar biasa bagi Jun dan Julai.

Di Boston, Philadelphia, San Francisco dan Seattle pula, ramai pengusaha hotel menyifatkan kejohanan itu seperti "bukan satu acara besar."

Pengusaha hotel turut mendakwa tempahan bilik secara besar-besaran oleh FIFA yang kemudiannya dibatalkan mewujudkan gambaran permintaan palsu pada peringkat awal.

"Ketika hotel berdepan permintaan tidak menentu dan ketidakpastian berterusan, ramai mula menilai semula strategi atau menangguhkan pelaburan berkaitan Piala Dunia seperti aktiviti promosi, kerjasama jenama dan kerja naik taraf sementara," menurut laporan itu.

Sebagai reaksi, FIFA menjelaskan pelepasan tempahan bilik dilakukan mengikut garis masa kontrak yang dipersetujui dan ia adalah amalan biasa bagi acara sukan berskala besar. – AFP


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 6-5-2026 09:42 AM
ada ke forummer yg dh beli tiket


Quote Dwdrum 6-5-2026 10:24 AM
Aku ok saja.. Asal kan iran datang...

Diehard fan menunggu..

images-19.jpeg
Quote Sazreena 6-5-2026 11:53 AM
Padan muka biar melingkup...
Quote Dwdrum 6-5-2026 12:17 PM
Nampak nya banyak yang broke... Maybe sebab tariff?..

US common problem sebab visa issue.. Hehe..

But canada?

[thread]https://www.cbc.ca/news/canada/toronto/fifa-hotel-cancellation-toronto-prices-9.7159324[/thread]
Quote timahterung 6-5-2026 12:38 PM
Kenapa buat kat US dengan Canada , local americans dengan canadians bukan minat sangat bola sepak pun , americans minat american football , baseball , basketball . Canadians pulak minat hoki . Mexico pulak rakyat dia kan miskin mampu ke nak beli tiket . Pelancong luar pulak pikir 1000 kali nak pergi mexico silap silap kena culik dengan kartel dadah anda kartel pemerdagangan manusia . Siapa je yg berani pergi Mexico ...
Quote ultra78 6-5-2026 12:39 PM
Waktu nak apply Visa pihak embassy akan check akaun media sosial pemohon. Kalau kuat sangat kutuk Amerika / Trump dan menyokong hamas (baca pengganas), kemungkinan permohonan akan ditolak.

Sekian, terima kasih.
Quote pocongkiutss 6-5-2026 12:49 PM
ultra78 replied at 6-5-2026 12:39 PM
Waktu nak apply Visa pihak embassy akan check akaun media sosial pemohon. Kalau kuat sangat kutuk Am ...

Dia minta socmed kita ke?
Quote Decaffeinated 6-5-2026 12:51 PM
timahterung replied at 6-5-2026 12:38 PM
'Mexico pulak rakyat dia kan miskin mampu ke nak beli tiket .' ...

akak tengok kat mana rakyat Mexico miskin, RTM Dunia jam 10 ka?


Ini bukan first time Mexico host world cup. Olympic pun pernah. Malaysia mampu berangan ja.


Quote Jitu 6-5-2026 02:17 PM
oh ada world cup tahun ni
nampak sgt aku tak minat bola smpi tak amek tahu pun
Quote ninja boy 6-5-2026 03:06 PM
Edited by ninja boy at 6-5-2026 03:08 PM

Boikot2 pun tetapla korang nak tgk world cup tu kat tv dan tenet, mungkin nak tgk Iran vs USA kalau 1 group, dan tgk negara feberet brazil france argentina croatia dll
Quote supernaturalee 6-5-2026 04:54 PM
ninja boy replied at 6-5-2026 03:06 PM
Boikot2 pun tetapla korang nak tgk world cup tu kat tv dan tenet, mungkin nak tgk Iran vs USA kalau  ...

bukan iran boikot ke

so takde penyertaan edisi kali ni



pekata slotkan harimau malaya je



Quote hayrin86 6-5-2026 06:47 PM
Di Indonesia, tonton aje di TVRI manakala, di Malaysia UniFi TV dan RTM ada tayang
Quote manopBKK 6-5-2026 07:00 PM

Quote hayrin86 7-5-2026 09:36 AM
info001.jpg

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.129406 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top