CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

AS isytihar serangan terhadap Iran berakhir - Marco Rubio

6-5-2026 10:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 384| Komen: 1|Original author: piyek92


Screenshot 2026-05-06 094050.png


WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menamatkan operasi serangannya terhadap Iran, namun memberi amaran pihaknya bersedia melancarkan tindak balas 'memusnahkan' terhadap sebarangan serangan baharu ke atas perkapalan di Selat Hormuz.

Penamatan operasi serangan itu diumum oleh Setiausaha Negara AS, Marco Rubio.

Kenyataan itu dibuat susulan pegawai tertinggi tentera AS memaklumkan bahawa pasukan negara itu kekal bersedia bagi menyambung semula operasi tempur sekiranya diarahkan, ketika ketegangan di laluan air strategik berkenaan mengancam menggugat gencatan senjata yang rapuh.

Sementara itu, Tentera Laut Pengawal Revolusi Iran pula memberi amaran akan mengambil tindakan 'tegas' terhadap mana-mana kapal yang menyimpang daripada laluan diluluskan di selat berkenaan.

Ketua Perunding Tehran menegaskan Iran belum mengambil sebarang tindakan susulan beberapa siri serangan di laluan perdagangan penting itu.

Dalam perkembangan berasingan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) memaklumkan ia berjaya memintas bedilan peluru berpandu dan dron dari Iran untuk hari kedua berturut-turut.

Bagaimanapun, Tehran menafikan secara mutlak dakwaan berkenaan

"Angkatan bersenjata... tidak melancarkan sebarang operasi peluru berpandu atau dron," menurut Komando Khatam al-Anbiya Iran.

Kelmarin, Iran dilaporkan melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah pasukan AS, manakala Washington pula menyatakan ia menyerang enam bot Iran yang didakwa mengancam perkapalan komersial.

Keadaan itu sekali gus menandakan peningkatan ketegangan paling ketara sejak gencatan senjata sebulan lalu.

Komando Pusat AS kekal 'bersedia untuk menyambung semula operasi tempur berskala besar... jika diarahkan," kata Jeneral Dan Caine kepada wartawan.

Presiden AS, Donald Trump menggesa Iran supaya 'bertindak bijak' dan mencapai penyelesaian melalui rundingan, sambil menegaskan beliau tidak mahu melihat lebih ramai rakyat Iran terkorban walaupun gencatan senjata semakin rapuh.

Beliau sebelum ini menyifatkan konflik itu sebagai 'pertempuran kecil', sambil menambah: "Iran tidak mempunyai peluang."

Sementara itu, Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, menegaskan Washington 'tidak mencari (mahukan) pertempuran', namun memberi amaran bahawa sebarang serangan akan dibalas dengan kekuatan "luar biasa dan memusnahkan. - AFP



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bitterchoc 6-5-2026 09:46 AM
Ni dah kali ke berapa cakap benda yg sama?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.034287 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top