CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggota polis kes tular didakwa ambil wang ditukarkan sementara tunggu siasatan

6-5-2026 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 302| Komen: 1

 


SERI ISKANDAR – Anggota polis yang didakwa mengambil wang daripada seorang lelaki seperti yang tular di media sosial baru-baru ini ditempatkan di bahagian pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh sementara menunggu hasil siasatan lanjut.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata kes itu telah dirujuk kepada Bukit Aman selepas Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri selesai menjalankan siasatan penuh terhadap anggota tersebut.

“Ada beberapa butiran yang kita jumpa daripada siasatan sebelum ini… buat masa ini, kita hanya tunggu arahan selanjutnya dari Bukit Aman,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Module On The Current Trends Of Commercial Crimes sempena Karnival Pintar Siber Universiti Teknologi Petronas 2026 di sini hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial video berdurasi 46 saat memaparkan seorang anggota polis yang didakwa mengambil wang daripada seorang lelaki. 


Sumber  – – BERNAMA, MalaysiaGazette



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote a4_paper 6-5-2026 02:13 PM
bodo la. kau buang je la cibai polis yg kantoi amek rasuah

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.071017 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top