CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Satu lagi detik bersejarah, Konsert solo terbesar Awie di Stadium Merdeka 12 September ini

6-5-2026 10:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 431| Komen: 9

 


Legenda rock tanah air, Datuk Awie bakal mengukir satu lagi sejarah menerusi konsert berskala mega Awie Rock King – Last Man Standing 2026 yang akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 September  ini.

Konsert berskala mega anjuran Bombbay Legend Worldwide bersama Ultimate Media itu akan menampilkan persembahan solo epik Awie yang akan menghimpunkan empat dekad perjalanan kerjaya beliau sebagai penyanyi dan artis rakaman profesional dalam industri muzik tanah air.

Konsert yang akan bermula pukul 8.30 malam itu juga akan menjadi antara persembahan paling bersejarah dalam industri muzik tempatan, menghimpunkan elemen muzik, naratif dan produksi berskala besar di satu pentas ikonik.

Pengarah Eksekutif Bombbay Legend Worldwide, Zamberi Shaari atau Bombay berkata, ini bukan kali pertama beliau bekerjasama dengan Awie dalam penganjuran konsert berskala besar.

Hubungan profesional mereka telah terjalin hampir empat dekad, pada saat Bombay aktif berkarya dalam bidang penerbitan konsert manakala Awie dalam seni nyanyian hingga berjaya meletakkan dirinya sebagai antara ikon utama dalam industri muzik tanah air.


 


“Dari era Wings, kemudian ke perjalanan solo Datuk Awie, sehingga kembali ke pelbagai fasa evolusi seni beliau, kami sering bekerjasama dan kolaborasi ini telah membentuk satu chemistry yang kuat dan kukuh dalam meningkatkan taraf dan mutu setiap persembahan konsert yang kami lakukan bersama.”

“Tajuk “Last Man Standing” membawa simbolik kepada perjalanan seni Datuk Awie yang penuh keteguhan melalui jatuh bangun, perubahan era serta transisi daripada kumpulan ke solo dan pelbagai fasa dalam industri muzik.

“Dalam apa jua keadaan, beliau tetap berdiri teguh di atas pentas, mempertahankan identiti dan bahasa seninya yang tidak pernah pudar.

“Gelaran “Rock King” pula melambangkan sumbangan besar  Awie dalam membawa satu era baharu bagi genre rock di Malaysia, sama ada sebagai penyanyi berkumpulan mahupun solo,” jelas Bombay pada sidang media semalam.

Sementara itu, Awie menyifatkan konsert Awie Rock King – Last Man Standing 2026 sebagai satu penghargaan besar terhadap perjalanan seni beliau yang telah mencecah lebih empat dekad dalam industri muzik tanah air.

Menurut beliau, konsert ini bukan sekadar persembahan, tetapi sebuah refleksi kepada jatuh bangun serta evolusi yang telah dilalui sepanjang kariernya.

Beliau turut meluahkan rasa terharu dengan sokongan peminat yang tidak pernah putus sejak era awal bersama Wings, perjalanan solo, sehingga kini.

Ujarnya, setiap fasa tersebut membentuk dirinya sebagai seorang anak seni yang lebih matang dan kuat dalam menghadapi perubahan industri muzik.

“Saya juga berharap konsert ini dapat menjadi sebuah pengalaman bermakna kepada semua yang hadir, di samping meraikan legasi muzik rock yang terus hidup dan relevan dalam jiwa peminat pelbagai generasi.

“Persembahan ini adalah dedikasi istimewa buat semua yang telah bersama-sama dalam perjalanan seni saya selama ini,” katanya.

Pembelian tiket boleh dibeli secara dalam talian bermula daripada RM98 hingga RM5,998.  



Sumber  – MalaysiaGazette


 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 6-5-2026 12:20 PM
Edited by supernaturalee at 6-5-2026 12:21 PM

poster2 konsert skrg bnyk guna ai

yg plg ikonik, exist

dituakan muka masing2

tp nmpk real

https://www.ticket2u.com.my/event/49754/exists-memento-mori


poster konsert yg buruk, kak ecah dgn jee

https://www.ticket2u.com.my/even ... 40-chapters-of-love

https://www.ticket2u.com.my/even ... iff-live-in-concert


Quote DeLuna85 6-5-2026 06:38 PM
Bestnya. Iolls peminat Awie
Quote DeLuna85 6-5-2026 06:38 PM
Bestnya. Iolls peminat Awie
Quote lasagna 7-5-2026 08:49 AM
Edited by lasagna at 7-5-2026 08:50 AM

aritu kemain niat nk pegi, sbb dh tgk heols kat konsert sembilu,
mantap sungguh. skali buat kat stadium, trus tak jd,
sbb mesti kepanasan. kot indoor ok sket tak panehh.
huhuhu sorry ahwie!
Quote A-Are 7-5-2026 08:59 AM
supernaturalee replied at 6-5-2026 04:20 AM
poster2 konsert skrg bnyk guna ai

yg plg ikonik, exist

orang lelaki elok je tuakan muka...tetap nampak herlok...yg perempuan dok memudakan diri...betul lah tu istilah lelaki makin tua makin herlok manakala pmpn sebaliknya
Quote BungaKencana 7-5-2026 09:20 AM
iols baru beli tiket exist, ni awie pulakk aduiii nk korek duit dkt mana lg ni hahahaha
Quote pet_ayut 7-5-2026 09:33 AM
supernaturalee replied at 6-5-2026 04:20 AM
poster2 konsert skrg bnyk guna ai

yg plg ikonik, exist

Exist dgn slam saban tahun jugak kan buat konsert?
Quote supernaturalee 7-5-2026 09:37 AM
pet_ayut replied at 7-5-2026 09:33 AM
Exist dgn slam saban tahun jugak kan buat konsert?

peminat ramai yg sanggup bayar
event organiser pun ramai yg nk kaut untung

on top of that, dorg main muzik mmg tip top

vokal je la kot, faktor usia vokal cord pun dh lain


Quote doubleA 7-5-2026 10:07 AM
pet_ayut replied at 7-5-2026 09:33 AM
Exist dgn slam saban tahun jugak kan buat konsert?

Ya, lagi2 exists tu. Shah jugak huntong dua2 dia boleh join, as exists and slam

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.056215 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top