CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sorok janin dalam kereta sebelum tanam, pasangan kekasih 18 tahun ditahan

6-5-2026 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 527| Komen: 4|Original author: akido_kido


Screenshot 2026-05-06 102033.png


MELAKA – Insiden remaja perempuan datang ke Hospital Melaka dalam keadaan berlumuran darah bulan lalu membongkar perbuatannya cuba menggugurkan kandungan berusia lima bulan dipercayai menggunakan pil.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kes itu terbongkar selepas pegawai perubatan hospital membuat laporan polis mengenai tindakan remaja berusia 18 tahun itu kira-kira jam 6.50 petang 25 April lalu.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati remaja terbabit dipercayai mengambil pil untuk menggugurkan kandungan berusia 22 minggu sebelum mengalami komplikasi apabila uri gagal dikeluarkan sepenuhnya.

IMG-20250716-WA0104-2048x1542.jpg


“Lebih mengejutkan, remaja berkenaan memaklumkan janin yang dilahirkan tidak bernyawa telah diambil teman lelakinya berusia lingkungan 18 tahun di rumahnya.

“Suspek lelaki merancang untuk menanamnya di belakang rumah namun menyembunyikan janin tersebut terlebih dahulu di dalam sebuah kereta jenis Honda City di kediamannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Susulan itu, Dzulkhairi berkata, pihak polis berjaya menahan remaja lelaki terbabit kira-kira jam 11.40 malam hari yang sama.

“Semalam, polis turut menahan remaja perempuan berkenaan selepas dia keluar dari hospital bagi membantu melengkapkan siasatan,” tambahnya.

Tambahnya, hasil saringan air kencing terhadap pasangan kekasih itu negatif dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan Seksyen 315 kanun sama atas kesalahan menggugurkan kandungan dan menyembunyian kelahiran.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan kedua-dua suspek dijangka didakwa di Mahkamah Melaka, Ayer Keroh, Jumaat ini,” tambahnya. 


Sumber – MalaysiaGazette

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 6-5-2026 12:04 PM
Eee ya Allah. Rugi masa depan. Nama ada dalam police recording.
Apa apa jadi nama timbui dulu.
Quote prince_marhaen 6-5-2026 12:19 PM
Lain kali singgah 7E dulu dik sebelum projek. Sedapnya sekejap je.. rahim rosak, rekod polis, masa depan kau susah dik..
Quote BungaKencana 6-5-2026 12:31 PM
mcm2 la Melaka ni... kes pempengaruh pun entah laa
Quote hart_attack 6-5-2026 12:39 PM
Honda city lagi,masih muda remaja skolah ke x bdak ppuan tu?famili mcm mna?
Msti laki tu yg suh ambik pil

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.545483 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top