CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Apabila Saya Tidak Menceraikan, Dia Ingin Menuntut Harta 50-50, Sign 5 Juta”- Nubhan

7-5-2026 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6995| Komen: 96|Original author: misszaitun



Screenshot-2026-05-06-at-2.50.03-PM.png


Penyanyi Nubhan akhirnya tampil membuka mulut mengenai kemelut rumah tangganya dengan bekas isteri, Dr Afifah.

Menerusi temu bual bersama Hlive, Nubhan berkata pada awalnya tidak berlaku perceraian namun mendakwa bekas isterinya mahu membuat tuntutan harta jika tidak mahu bercerai.

“Apabila saya tidak menceraikan, dia ingin menuntut harta 50-50, dan sign 5 juta. Sekiranya saya tak menceraikan dia, dia disuruh untuk minta fasakh. Tuntut harta dulu, dah dapat harta, baru kahwin balik. Jadi saya ‘jammed’ lah,” katanya.

Sementara itu, Nubhan berkata dia masih sayangkan rumah tangga dan sudah berusaha memberikan keselesaan buat isteri dan anak-anak.

“Saya sayang rumahtangga tu, sebab tu tak jadi cerai pada awalnya. Tapi bila jadi macam tu, saya rasa jangan ambil kesempatanlah. Saya tahu saya belajar tak tinggi, tapi saya bekerja keras untuk bagi keselesaan pada anak-anak dan dia.

“Saya cuba tunaikan semua permintaan dia. Saya tahu dia belajar penat, dia seorang doktor. Saya berusaha buka satu klinik gigi untuk dia.

“Mungkin saya terlalu manjakan dia kot. Dan sebab tu juga banyak pelanggaran dia buat,” katanya.

Dalam pada itu, Nubhan berkata dia sentiasa berusaha untuk menaikkan taraf hidup mereka sekeluarga meskipun tidak berpendidikan tinggi.

Dakwa Nubhan lagi, bekas isterinya pernah meminta wang RM10,000 setiap bulan untuk perbelanjaan dan sedaya upaya memenuhi permintaan berkenaan.

“Dia pernah minta RM10,000, Saya cuba dapatkan RM10,000 sebulan untuk perbelanjaan. Tak kisah la daripada klinik ke, pemberian saya ke. Tapi kalau jodoh dah sampai disitu, saya reda,” katanya.

Sumber: Hlive, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote penmerah 7-5-2026 01:30 PM
Very messy ye his cerai?
Why nubtunjal bukak cerita ni? Dia nak saman bekas isteri ke?
On what ground?
Nak tahu juga kalau2 ada respon dari pihak pipah lemban dan her mother
Acik tu mcm toksik je suka mencapup
Quote ragazza 7-5-2026 01:33 PM
Basi lah citer awak. Dah bertahun cerai masih nak mengongoi . Gila talak ke
Quote ragazza 7-5-2026 01:34 PM
Tak la bertahun dlm ertikata sebenar tapi macam dah lama sgt ah
Quote albedah 7-5-2026 01:50 PM
Musykil ni... Selalu gebang macam2 jualan sambal, beli mak macam2... Apa bini x layak dapat rm10k sebulan kaa
Quote prince_marhaen 7-5-2026 02:19 PM
Dalam pada kerja keras, tetap sempat bercuti dengan makcik gundu... hehehehehehe
Quote alongweeda 7-5-2026 02:36 PM
Tiberlah kau...looser
Quote sayawifenikmie 7-5-2026 02:52 PM
saya percaya jer apa yg nubhan ni cakap ..
ini baru dia buka mulut
maybe sebab dah tak tahan
Quote gideoncross 7-5-2026 07:07 PM
penmerah replied at 7-5-2026 01:30 PM
Very messy ye his cerai?
Why nubtunjal bukak cerita ni? Dia nak saman bekas isteri ke?
On what groun ...

Mnunjukkan yg muka putih x semestinya hati pun putih
Quote ladyxez 7-5-2026 07:45 PM
Taktahu yg mana betul.   Cara dia dahulukan ibu tu je saya hormat
Quote likilu 7-5-2026 08:31 PM
ladyxez replied at 7-5-2026 07:45 PM
Taktahu yg mana betul.   Cara dia dahulukan ibu tu je saya hormat

Dahulu mcm mana? Jiran ajak duk sekali, ibu dia tak duk sekali pun kan? Mak tgh penat penat pun tala kan camera demi konten
Quote Sagiez 7-5-2026 08:42 PM
Laki kalau ada akal tak payah smp isteri yg kena mintak 50-50, dari awal terus bagi dan hibahkan siap2. Lagi2 anak dah berderet. Kita ni bila2 je ajal boleh jemput, so fikir la kat masa depan isteri dan anak2. Tak takut ke jadi mcm kes arwah pelawak sorg tu, baru meninggal terus adik beradik nak berebut harta. Ni beli rumah pon senyap2 tak bincang ngan bini, mcm takut sgt bini nak kikis harta dia semua. Fair lah bini mintak 50-50 je, dia dah berkorban nyawa lahirkan zuriat ko kot.
Quote scha1008 7-5-2026 08:47 PM
sayawifenikmie replied at 7-5-2026 02:52 PM
saya percaya jer apa yg nubhan ni cakap ..
ini baru dia buka mulut
maybe sebab dah tak tahan

Dia cakap dulu ke, cakap sekarang ke tetap kene kecam. Sama lah mcm alip, mcm apis. Walau cakap benda yg betul pun org taknak percaya. Org lebih percaya isteri yg konon teraniaya. Pompuan jahat tu wujud je, contoh terdekat ngai & kemek.
Quote hasniey 7-5-2026 09:16 PM
Yeke..rumah pon ko xbg.tiber cerita mintak rm5 juta.susah nk percaya
Quote hasniey 7-5-2026 09:18 PM
penmerah replied at 7-5-2026 01:30 PM
Very messy ye his cerai?
Why nubtunjal bukak cerita ni? Dia nak saman bekas isteri ke?
On what groun ...

Nubtunjal
Aku dok fikir apa la yg ko tulis ni.igtkan typo.laa bru tringat kes tunjal kepala bini
Quote Bedak_Carrie 7-5-2026 09:48 PM
Dia cakap pasal perlanggaran...
Means ada benda yg dua2 pihak dah setuju... Tp satu pihak dah buat onar aka langgar persetujuan tu....
So kita layan jelah teh teh yg bakal tumpah...

Tak tahu nak side mana2 sbb tak tahu cerita sebenar hehehe
Quote Bedak_Carrie 7-5-2026 09:50 PM
Sagiez replied at 7-5-2026 08:42 PM
Laki kalau ada akal tak payah smp isteri yg kena mintak 50-50, dari awal terus bagi dan hibahkan sia ...


Masa kasih dan sayang...
Masa trust tengah memuncak..
Benda2 cam ni, tak nampak sgt....
Almaklumlah kasih dan sayang dan percaya akan sehidup semati....
Sama je... Baik laki baik pompuan.
Quote Bedak_Carrie 7-5-2026 09:53 PM
scha1008 replied at 7-5-2026 08:47 PM
Dia cakap dulu ke, cakap sekarang ke tetap kene kecam. Sama lah mcm alip, mcm apis. Walau cakap be ...

Ni ai setuju...
Bkn kita x side pompuan...
Tapi pompuan2 sekarang pun byk akal, kuat pusing2 cerita.

Btw, sama je baik laki baik pompuan..
Entah mana yg betul.. Entahlaaa..
Quote pocongkiutss 7-5-2026 10:04 PM
sayawifenikmie replied at 7-5-2026 02:52 PM
saya percaya jer apa yg nubhan ni cakap ..
ini baru dia buka mulut
maybe sebab dah tak tahan

Bior la dia nk mintak 50-50..dia dh nmpk laki dia len mcm je dgn "kwn sekolah" siap angkut duk umah tu

Dia masukkan bini dlm konten2 sawit dia dulu..ada menyumbang juga la kan bininya tu? Dia tayang mcm2 konon hadiahkan klinik bagai tp hakikatnya klinik, rumah kete segala bagai tu nama dia je nyah..pastu kalau kena sondol..nganga je ex bini
Quote pocongkiutss 7-5-2026 10:07 PM
scha1008 replied at 7-5-2026 08:47 PM
Dia cakap dulu ke, cakap sekarang ke tetap kene kecam. Sama lah mcm alip, mcm apis. Walau cakap be ...

Tlg la jgn bg contoh alipnajis tu .dia dgn kemek sama je level hanat dia..takde beza

Apis pun kalau ngai tu bangang skalipun cerai la dr diam2 contact ex gepren..kalau laki chuols balik semula kt ex mcm si pizrosh tu pun leh jd gila mcm ngai

Bg contoh org lain..mcm NK nenek kertu anak Carman tu haaa CONTOH PALING BAGUS

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2026 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.133388 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top