CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peminta sedekah beli iPhone secara tunai

7-5-2026 05:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1003| Komen: 4|Original author: Raline


geli-iphone.jpeg


JAKARTA – Seorang peminta sedekah di Banjar, wilayah Kalimantan Selatan mengundang perhatian orang ramai kerana membeli telefon pintar jenama iPhone secara tunai di sebuah kedai menjual telefon bimbit, lapor portal berita Lambe Turah.

Warga emas itu sering meminta sedekah di kawasan Sekumpul, daerah Martapura.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan wanita berusia itu mengeluarkan gumpalan wang kertas bernominasi 100,000 rupiah (RM22).

Selepas rakaman itu tular, wanita tersebut dan suaminya dipanggil oleh Agensi Perkhidmatan Sosial Kabupaten Banjar (P3AP2KB). Ketua Agensi Perkhidmatan Sosial Banjar (P3AP2KB), Erny Wahdini berkata, pasangan suami isteri itu dibawa ke Hospital Sambang Lihum untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Berdasarkan rekod perubatan yang ditemui, mereka pernah menerima rawatan di Rumah Sakit Jiwa (RSJ),” kata Wahdini. – AGENSI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 7-5-2026 05:40 PM
aiyoo beli fon biasa je sudahlah..ontua bukan reti guna sangat pon..pastu gigih bukak loud speaker yihhhh
Quote Jitu 7-5-2026 08:19 PM
hyie replied at 7-5-2026 05:40 PM
aiyoo beli fon biasa je sudahlah..ontua bukan reti guna sangat pon..pastu gigih bukak loud speaker y ...

dia nak merasa guna takut nnt tak sempat pulak
Quote nisako 8-5-2026 07:59 AM
wooooooooooooooooowwwwwwwwww
Quote tungkai 8-5-2026 09:31 AM
Agensi Perkhidmatan Sosial Kabupaten Banjar (P3AP2KB)...Fuh short form dia...

BTW, aku perasan kata sana option utk beli kereta secara loan mmg cekik darah interest dgn down payment dia. Max pun 3 tahun. Mostly beli cash lepas kumpul duit bertahun2.

Yang tak mampu terjebak dgn pinjol (pinjaman online) ala2 along kat sini

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2026 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.040351 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top