CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Full stop’ isu ternakan babi di Selangor – Sultan Selangor

7-5-2026 05:42 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3827| Komen: 61

 



SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kekal dengan pendirian tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di negeri ini seperti yang telah ditegaskan sebelum ini.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, pendirian baginda itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai implikasi termasuk risiko pencemaran terhadap tanah, udara serta sumber air melalui pelepasan najis dan sisa kumbahan babi.

“Baginda turut menzahirkan kebimbangan bahawa aktiviti berkenaan boleh menjejaskan kawasan tadahan air serta sungai-sungai yang menjadi sumber bekalan air bersih kepada kira-kira sembilan juta penduduk di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Selain itu, kaedah penternakan moden yang mematuhi piawaian memerlukan kos yang amat tinggi dan tidak praktikal serta tidak mungkin dapat dilaksanakan hanya bagi memenuhi bekalan daging babi di Selangor sahaja,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah di sini, hari ini.

Justeru katanya, Sultan Sharafuddin mencadangkan agar daging babi diimport dari negeri lain seperti Sarawak bagi memenuhi keperluan masyarakat bukan Islam yang makan babi di negeri ini.

Malah katanya, baginda mengambil contoh negara seperti Singapura juga tidak menternak babi dan mengimport daging babi dari luar.

Mengulas lanjut, kata beliau, Sultan Sharafuddin berpandangan bahawa penternakan babi berskala besar mahupun kecil adalah tidak sesuai dilaksanakan di Selangor.

“Ini memandangkan sumber tanah yang terhad serta nilai hartanah yang tinggi, yang sewajarnya dimanfaatkan untuk tujuan pembangunan yang lebih ekonomik dan memberi manfaat kepada masyarakat secara menyeluruh.

“Sehubungan itu, baginda menegaskan agar isu penternakan babi ini dihentikan dan dimuktamadkan sepenuhnya (full stop) demi mengelakkan keresahan masyarakat serta memastikan keamanan dan keharmonian rakyat di Selangor terus terpelihara,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Goodluckdontcry 7-5-2026 06:16 PM
Edited by Goodluckdontcry at 7-5-2026 06:19 PM

Nak senang, kan dikatakan sultan ada tulah..so tuanku sumpah je la makhluk2 yg bising nak babi..nak babi tu..jadi babi je la..kan senang..rasa cukupla utk tampung pemakan babi sekalian.. kehkehkeh

Dgn menulis babi babi babi dan terbyg muka cikB hidung pjg dgn lubang hidungnya itu yg huduh..den rs nk muntah...uwekkkkkksss
Quote nisako 8-5-2026 07:58 AM
ape la x habis2 lagi hal bab ni dah sulatan ckptak nak tak paham ke deme???
Quote s@s@ 8-5-2026 08:08 AM
nah kena setepek kat penyokong babi tegar.
fami, x pasti jgn kongsi
Quote bulan_gerhana 8-5-2026 08:11 AM
sudah sudah la.. tuanku dah bersuara tuh.. tak paham2 ke..x suka.. sila keluar dari negeri darul ehsan ni.. bagi iols masuk balik darul ehsan dengan amannn
Quote Decaffeinated 8-5-2026 09:36 AM
'Ini memandangkan sumber tanah yang terhad serta nilai hartanah yang tinggi, yang sewajarnya dimanfaatkan untuk tujuan pembangunan yang lebih ekonomik'

Alasan ni nampak bijak cumanya seluruh negeri Selangor tu macam Singapore ka? Kat Sabak Bernam tu boleh ja @B40tastePosh bela lembu. Ka yang itu lainnn...
Quote Purestteam1 8-5-2026 04:17 PM
ahli dap dah mula bersuara... ronnie
Quote penmerah 8-5-2026 04:25 PM
Daulat tuanku
Moga tuanku panjang umur dan diberi kesihatan yang berpanjangan
Moga2 semua raja/sultan di malaysia bertegas spt tuanku terhadap golongan sepet, kicap dan semua yg tak reti2 hormat
Quote hmmlantakko 8-5-2026 06:54 PM
terbukti phdap golongan pelampau penderhaka sultan. mana walanon pemakan dedak diam x berkutik dahh… menyorok dlm septic tank ke
Quote Firenzza 8-5-2026 08:35 PM
hmmlantakko replied at 8-5-2026 06:54 PM
terbukti phdap golongan pelampau penderhaka sultan. mana walanon pemakan dedak diam x berkutik dahh ...

Nuart & pami jd pak sanggup.....ye la kang klau x ikut ckp big boss mcm2 kena ugut.....tp la kan klau nuart tu ada prinsip baik le undur diri jd piem je itunlbh baik
Quote axl_bach 8-5-2026 09:04 PM
Firenzza replied at 8-5-2026 08:35 PM
Nuart & pami jd pak sanggup.....ye la kang klau x ikut ckp big boss mcm2 kena ugut.....tp la kan k ...

Apsal, DAPig nk ugut tarik sokongan ke? Kah kah kah.... Lile they have any other choice than bugging Bangnon 4ever
Quote pocongkiutss 8-5-2026 09:49 PM
Buat la kt Penang..sah2 pemakan barbie bnyk kt situ..mmg negeri DAP pun khen
Quote slavehunter 8-5-2026 10:15 PM
Babi punya gang babi.
Quote B40tastePosh 9-5-2026 12:00 AM
Decaffeinated replied at 8-5-2026 09:36 AM
'Ini memandangkan sumber tanah yang terhad serta nilai hartanah yang tinggi, yang sewajarnya dimanfa ...

Acik bela untuk kemudahan  Masjid Kariah acik... Cina ni bela Babi untuk Tokong kah
Quote Purestteam1 9-5-2026 12:16 AM
untung arr org selangor darul  
Quote Apoo 9-5-2026 08:37 AM
Aku setuju je dgn saranan Tuanku ni. Bela je lah babi ni kat negeri2 yg mundur & byk tanah mcm di perak pahang ganu kedah tu.

But in the other hand, aku harap Tuanku juga sedar kuasa Tuanku untuk 'menerima' cadangan kerajaan. Negara kita mengamalkan raja berperlembagaan. Kuasa raja dibawah perlembagaan, bukan monarki mutlak mcm di Brunei.

Risau aku klu lepas ni semua benda kena dapatkan persetujuan raja dulu. Kembali ke zaman feudal la kita.
Quote pocongkiutss 9-5-2026 08:48 AM
Apoo replied at 9-5-2026 08:37 AM
Aku setuju je dgn saranan Tuanku ni. Bela je lah babi ni kat negeri2 yg mundur & byk tanah mcm di pe ...

Contoh "menerima" cadangan kerajaan tu seperti apo?

Negeri mundur pun kalau uols beli tanah kt tmpt ulu konon2 utk healing..utk hidup offgrid.. tetiba gomen suggest buat ternakan babi berdekatan  tanah uols..suka ka? Busuk oii.. takde keperluan pun ternak babi besar-besaran kat Malaysia..pemakan babi bape persen je pun ..ke uols pemakan juga?
Quote axl_bach 9-5-2026 09:40 AM
Apoo replied at 9-5-2026 08:37 AM
Aku setuju je dgn saranan Tuanku ni. Bela je lah babi ni kat negeri2 yg mundur & byk tanah mcm di pe ...

Betul, kita bukan nk lawan atau derhaka terhadap Istana tp just nk pertahan status quo saja iaitu Constitution supreme.....

Tp dlm hal ladang ni aku mmg setuju, biar jer sistem berpusat di Sarawak nun.....
Quote FOTHER-MUCKER 9-5-2026 10:20 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 8-5-2026 06:24 PM



[youtube]XWfl35qmKqc[/youtube]
https://m.youtube.com/watch?v=XWfl35qmKqc&pp=ygUKU2l0aSBrYXNpbdIHCQkDCwGHKiGM7w%3D%3D

[youtube]qmM-mZiRqUc[/youtube]
https://m.youtube.com/watch?v=qmM-mZiRqUc&pp=ygUKU2l0aSBrYXNpbQ%3D%3D
Quote axl_bach 9-5-2026 10:39 AM
pocongkiutss replied at 9-5-2026 08:48 AM
Contoh "menerima" cadangan kerajaan tu seperti apo?

Negeri mundur pun kalau uols beli tanah kt t ...

Menerima apa2 cadangan kerajaan tu mmg the very definition of Constitutional Supremacy..... Tp aku setuju kerajaan juga wajar cakna dan consider titah Istana, utk jaga keharmonian institusi besar kita iaitu Perlembagaan sbg rujukan tertinggi dgn institusi diraja yg jadi payung

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2026 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.074505 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top