CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jalan Bukit Bintang ditutup sempena program Quranic Madani malam ini

8-5-2026 04:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1225| Komen: 11

 



KUALA LUMPUR – Jalan Bukit Bintang akan ditutup secara berperingkat bermula tengah malam ini sempena penganjuran program Quranic Madani ‘Night Reset: Bersatu Dalam Saf @ Bukit Bintang’.

Program yang dijadual berlangsung dari pukul 8.30 malam hingga 11 malam itu akan diadakan di Jalan Bukit Bintang berhadapan Pavilion Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, penutupan Jalan Bukit Bintang akan bermula seawal pukul 12 tengah malam, hari ini, sehingga pukul 5 pagi, esok.

Menurutnya, ia bagi memastikan kelancaran perjalanan program selain menjamin keselamatan peserta dan pengguna jalan raya.

“Penutupan dan lencongan jalan akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keperluan semasa sepanjang program berlangsung.

“Jalan akan dibuka semula secara berperingkat selepas tamat program tertakluk kepada keadaan trafik dan situasi semasa di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan laluan terlibat sepanjang tempoh program berlangsung selain merancang perjalanan lebih awal dengan menggunakan laluan alternatif yang bersesuaian.

“Pengguna jalan raya juga digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti MRT, LRT, Monorel atau perkhidmatan e-hailing bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar,” ujarnya.

Tambah Mohd. Zamzuri, anggota polis trafik akan ditempatkan di beberapa lokasi strategik bagi membantu melancarkan aliran trafik serta memberi panduan kepada pengguna jalan raya.

Beliau turut meminta orang ramai mematuhi arahan anggota polis trafik yang bertugas selain mengamalkan sikap pemanduan berhemah dan bersabar sepanjang tempoh penutupan jalan dilaksanakan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan program dan laluan terlibat boleh diperoleh dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 8-5-2026 06:56 PM
Whitewashing attempt ke ni??  Aritu berbasah2an..  Lawak.
Quote Zack8hunter 8-5-2026 09:25 PM
yg pasti kali ni stesen MRT takkan berbau kepam
Quote slavehunter 8-5-2026 10:13 PM
Sesi penyucian dosa dari kerajaan Madanon.
Quote Decaffeinated 8-5-2026 10:18 PM
penutupan Jalan Bukit Bintang akan bermula seawal pukul 12 tengah malam, hari ini, sehingga pukul 5 pagi, esok.

qiamulail ka?
Quote Blu3butter 8-5-2026 11:02 PM
Quote Purestteam1 9-5-2026 12:20 AM
PMX turun x... aritu x turun acara lendir²..haha
Quote FOTHER-MUCKER 9-5-2026 12:54 AM


Adakah pesta menghlau turis dari bukit bintang untuk dijadikan bukit bintang seperti kelantan?

[youtube]foWGmc78Bps[/youtube]


Quote FOTHER-MUCKER 10-5-2026 12:25 AM
Ini lebai tak turun bb ke buat protest kerana bercampur lelaki wanita dan bukan budaya melayu

[youtube]fQNH1Y3tZw4[/youtube]
https://m.youtube.com/watch?v=fQNH1Y3tZw4
Quote Kitty_catz 10-5-2026 06:58 PM
tpt yg sama buat parti dugem ritu ekk?
Quote FOTHER-MUCKER 11-5-2026 07:58 AM
Pelancong datang Bukit Bintang nak tengok lebai kepam

[fbp]https://www.facebook.com/reel/1649002349650479/?fs=e&fs=e[/fbp]
https://www.facebook.com/reel/1649002349650479/?fs=e&fs=e
Quote renko 12-5-2026 03:04 PM
cina botak perasan melayu anak gay tu tak turun ke sana

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2026 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.472445 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top