CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Kaji Tarik Subsidi Minyak Golongan Kaya, T5 Hingga T20 Dalam Penelitian MTEN - Anwar Ibrahim

11-5-2026 10:05 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2718| Komen: 44

 



Kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk menyemak semula pemberian subsidi minyak yang ketika ini turut dinikmati golongan berpendapatan tinggi, namun mekanisme pelaksanaannya masih diperhalusi bagi mengelakkan kesan kepada kelas menengah atasan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan itu sedang diteliti Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan Tan Sri Mohd Hassan Marican.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan mahu memastikan penyasaran subsidi dilakukan secara lebih adil tanpa membebankan kumpulan tertentu

“Cadangan tu telah kita diteliti oleh MTEN (untuk) T20, T15 ke, memang cadangan itu telah dikaji oleh Hassan Marican dan pasukan.

“Mereka (MTEN) menelitinya dan kemudian timbul perbincangan sama ada ia membabitkan T5, T10, T15 atau T20 kerana kami tidak mahu ia memberi kesan kepada golongan kelas menengah atasan. Jadi mereka sedang teliti dan kita akan putuskan tidak lama lagi,” katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Mahasiswa India di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dilaporkan berkata pihaknya akan membawa usul ke Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO supaya subsidi minyak ditarik balik daripada golongan T20.

Menurutnya, langkah itu membolehkan penjimatan subsidi disalurkan semula kepada golongan B40 dan M40 yang lebih memerlukan bantuan.

“Subsidi dinikmati golongan berpendapatan tinggi tidak memberi kesan besar kepada mereka berbanding manfaat yang boleh dirasai kumpulan berpendapatan rendah.

“Jadi, lebih elok ambil subsidi yang T20 ini diberikan kepada B40 dan juga M40. Sebab kalau kata 200 liter kita akan belanjakan dalam RM200 hingga RM400 itu tak terasa bagi golongan T20.Tapi kalau RM200 hingga RM400 ini sangat memberikan kesan kepada B40 dan M40,” katanya.

Bagaimanapun, cadangan itu menerima bantahan daripada Pemuda Pakatan Harapan (PH).

Ketuanya, Woo Kah Leong berkata, pendekatan melabel atau memburukkan kumpulan tertentu bukan penyelesaian terbaik dalam isu rasionalisasi subsidi.

Sumber - Rotikaya

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 11-5-2026 10:48 AM
Tak semua yang kaya tu kaya nuat brahim. Jadi jangan nak samakan semua orang kaya tu seperti kau sehinggakan gaji pun tak perlu ambil.
Quote menjad 11-5-2026 11:03 AM
bagi balik 100 liter tuh ... xcukup
Quote supernaturalee 11-5-2026 11:03 AM
FOTHER-MUCKER replied at 11-5-2026 10:48 AM
Tak semua yang kaya tu kaya nuat brahim. Jadi jangan nak samakan semua orang kaya tu seperti kau seh ...

orang kaya pun kadang2 sesssak  



menurut abg sudin dlm ali baba bujang lapok


Quote s@s@ 11-5-2026 11:12 AM
tarik balik elaun org politik dulu la....
Quote matseh 11-5-2026 01:50 PM
Kalau jadi mcm ni, x pi holiday ke Cameron la cuti sekolah ni. Kena cancel trip pi langkawi bulan sebelas ni. Kota pun cukup2 pi kerja dgn balik kampung saja sebulan sekali.
Nk pi kedai pun naik basikal skrg ni.
Quote ultra78 11-5-2026 02:04 PM
Mcm mana nak implement? Klasifikasi B40,M40 & T20 tu kan berdasarkan pendapatan isi rumah, bukan atas individu. Pendapatan suami dan isteri bila dicampur terus jadi T20. Begitu juga kes 3 orang bujang yang menyewa satu rumah tak dapat subsidi walaupun mereka semua secara individu masuk kategori B40.
Quote Samerosie 11-5-2026 02:27 PM
Yg melalaknya si akmal tp pmx juga disalahkan.  Pmx manjawab soalan reporter yg tanya pasal benda si akmal ni nak buat.  Si akmal ni semua kau nak tunggang.  Better start by tarik dulu elaun dun mcm kau.

1000110933.jpg
Quote lil_sparky 11-5-2026 02:48 PM
tarik dlu pencen n keistimewaan menteri, adun

gaji ok
elaun2 tu pay n claim
Quote vender 11-5-2026 02:57 PM
Dlm malaysia skrg ni b40 tak payah kerja la..benda basic mcm minyak and beras subsidi utk semua la.
Quote silance 11-5-2026 02:57 PM
Edited by silance at 11-5-2026 02:59 PM

Pati Rohingok seludup pati rohingok banglak  charge 15k satu kepla. Wuntung berapa juta. Yini masuk categori mana? Apa semua rakyat punya dia rembat. Ini misti kasi stop dulu. Dia modal nagis-nangis hingus leleh boleh dapat simpati.
Ini misti cari sampai akar umbi masuk tanah korek terowong cari sampai dapat.

T20 pun worked hard to get what they have. Aku T20, aku tau la. Hehe
Quote plywood 11-5-2026 03:41 PM
aku rasa ini kena hati2... kalau golongan t20 ini rasa tak puas hati, kerajaan akan hilang sokongan politik... lepas tu siapa nak ngaku golongan t20 klu tak dpt subsidi...mesti dibuat mcm2 helah untuk elak termasuk dlm golongan kaya ini.
Quote airmineral 11-5-2026 04:54 PM
xleh main cantas je..kemampuan individu vs tanggungan tu kena ada formula yang releven dulu, bukan kira main sebat ikut income aje..dulu collect data dalam PADU tu gunakanlah sebaiknya. kalau main cantas je ikut income household, mmg tak wajar.
Quote Purestteam1 11-5-2026 05:43 PM
tarik skali benefit utk yb²  ni . baru la tau rasa denyut nadi rakyat.. makan tanggung, berak cangkung
Quote noell 11-5-2026 07:16 PM
abehla dah la raja formula dh kena tendang sapa nak kena buat formula neh?? mat sabu??
Quote Cayn 12-5-2026 09:46 AM
Gaji T20 tapi komitmen & tanggungan banyak cam ne tu. Anak 3 org semua tgh belajar kat U duduk luar menyewa sorang kerja. Tanggung parents yang dah tua. Suka2 kelaskan orang kaya orang miskin. Kawan anak aku dapat full PTPTN sbb family kategori B40 padahal bapak nye pakai alphard ada bisnes kedai makan mungkin tak declare. Anak mewah. Anak aku plak PTPTN ngam bayar yuran. Duit belanja bulanan terpaksa berjimat2. Memanglah mengundang kemarahan. Bayar cukai tinggi tapi apa pun benefit tak dapat. Subsidi minyak yang ciput pun nak ditarik. Wlahal yg kata nye B40 tak yah kerja pun tak yah pikir apa, bersepah bantuan  
Quote talapia 12-5-2026 09:53 AM
kalau T5 aku rasa depa tak heran la ngan subsidi tu.. minyak kete pon bukan dorang isi sendiri.. driver isi bulan2 bukan dia amik kisah harga berapa.

tapi kalau T20 tu.. mungkin ada golongan suami isteri professional... yang anak ramai.. tu tak patut la...

pengkelasan B40 M40 T20 tu sendiri pon tak seimbang.. main pukul rata ikut pendapatan isi rumah.. tanggungan tak tolak pulak
Quote BungaKencana 12-5-2026 11:21 AM
talapia replied at 12-5-2026 09:53 AM
kalau T5 aku rasa depa tak heran la ngan subsidi tu.. minyak kete pon bukan dorang isi sendiri.. dri ...

setuju yg ni..
Quote BungaKencana 12-5-2026 11:23 AM
Samerosie replied at 11-5-2026 02:27 PM
Yg melalaknya si akmal tp pmx juga disalahkan.  Pmx manjawab soalan reporter yg tanya pasal benda si ...

ptot la ramai org melaka tak suke dia ni wlpn nmpk okay uruskan kwsn Jasin tu..
Quote midori888 12-5-2026 11:39 AM
talapia replied at 12-5-2026 09:53 AM
kalau T5 aku rasa depa tak heran la ngan subsidi tu.. minyak kete pon bukan dorang isi sendiri.. dri ...

kan....patut kena consider tanggungan jugak...

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2026 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.289765 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top