|
Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Bella Astillah meraikan hari ibu bersama-sama keluarga bakal mentuanya sekaligus menjadi perhatian ramai. Menerusi video yang dimuat naik oleh ahli keluarga, Bella memberikan hadiah dan kad ucapan kepada ibu dan kakak Syed Saddiq. Turut menjadi perhatian, bakal ibu mentuanya, Sharifah Mahani berkata dia terharu dengan ucapan yang ditulis oleh Bella dan akan simpan kad tersebut sehingga akhir hayat. “Pada mama, yang lebih berharga kad tu kerana Bella terangkan mengenai perasaan hatinya yang sebenar-benarnya. “Dan itu yang mama simpan. Insha Allah mama akan simpan kad tu sampai akhir hayat mama. Ia sangat bermakna,” katanya. Sementar aitu, rata-rata netizen sebak dengan ucapan bakal mentua Bella itu serta terharu melihat penyanyi itu sangat dihargai oleh keluarga bakal mentuanya. Sumber - Rotikaya
|
brunesss replied at 11-5-2026 11:30 AM
you deserve the best Bella
Incanto replied at 11-5-2026 01:06 PM
she deserves the best because she paid for everything
$ytjt
noor2 replied at 11-5-2026 01:51 PM
Kalau dah takdir Allah nk bg dia hidup happy , manusia2 mengecam mcm mana pun tetapla dia disayangi ...










ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-6-2026 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.501310 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.