CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Edisi nate gilo seks abe dari neraka : Penganggur dipenjara 18 tahun, 20 sebat rogol adik kandung

11-5-2026 04:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2085| Komen: 22|Original author: piyek92


Screenshot 2026-05-11 124009.png


Pasir Mas: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol adik kandungnya berusia 13 tahun di sebuah rumah di Tanah Merah sejak tahun lalu.

Hakim Hakim Zulkpli Abdullah menjatuhkan hukuman selepas tertuduh berusia 29 tahun yang juga seorang duda mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merogol adik kandungnya yang berusia 13 tahun ketika kejadian.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Tanah Merah pada jam 10 pagi dan 12.45 tengah malam pada Disember tahun lalu dan 4 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan juga minimum 10 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyha Nailah Harizan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh memohon ditempatkan di Penjara Mempaga, Pahang manakala Siti Aisyha Nailah pula memohon hukuman setimpal dikenakan mengambil kira faktor kepentingan awam selain memberi pengajaran kepada tertuduh serta masyarakat awam.

"Dalam kes ini tertuduh adalah abang sulung kepada mangsa dan sepatutnya melindungi mangsa, Namun sebaliknya berlaku apabila tertuduh pula merogol mangsa ketika mangsa baru berusia 13 tahun," katanya.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman 18 tahun penjara dan 20 sebatan bermula dari tarikh ditangkap pada 5 Mei lalu.

Mahkamah turut memerintah tertuduh menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh penjara dan perintah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat tempoh penjara.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 11-5-2026 01:54 PM
bahana banyak make budu....
Quote Purestteam1 11-5-2026 03:15 PM
kaliamak punya manusia
Quote riyadhK 11-5-2026 03:54 PM
Bahana mandi air sungai kelate belake tesco ~nikamar
Quote Decaffeinated 11-5-2026 04:42 PM
Last kejadian 4 Mei, ditangkap 5 Mei. Caught red handed?
Quote FOTHER-MUCKER 11-5-2026 05:04 PM
Saya lebih teruja nak tau dia undi party mana?
Quote IzzahF 11-5-2026 05:11 PM
sial
Quote hart_attack 11-5-2026 06:19 PM
Sejak tahun lalu,siap boleh kawen lg si abg tu. Duda dan abg durjana
Quote ultra78 11-5-2026 06:21 PM
Perasan tak nama tertuduh tidak keluar. Muka pun diblur. Sebab nak lindungi identiti mangsa yang juga adik kepada tertuduh. Kalau mangsa adalah orang lain, nama tidak akan dirahsiakan.
Quote Kitty_catz 11-5-2026 06:52 PM
duda 29 rogol adik kandung sendiri... sanggap betui.. dr rogol adik sendiri, baik ko capmelan sensorang kat bilik air hanattttttttttt
Quote lanacondor 11-5-2026 07:48 PM
Kitty_catz: duda 29 rogol adik kandung sen ...
fefet palsu ada jual kat shopee weyh.. order je terus sampai. Bodoh giler g rogol adik sendiri
Quote helen8118 11-5-2026 10:57 PM
this is too much la
Quote manopBKK 12-5-2026 01:39 AM
Konsert tak nak..
Panggung wayang takder..
Songkaran, hiburan semua tak boleh...

Sooo... at the end lepaskan gian kat adik sundiri.. , bukan budaya kito lah sgt kann??  

Quote alieyrina 12-5-2026 03:43 AM
Musnah mcm tu ja hidup adik dia. Dah la kecik lagi. Babi sungguh manusia bertopengkan babi ni
Quote Samerosie 12-5-2026 06:31 AM
ultra78 replied at 11-5-2026 06:21 PM
Perasan tak nama tertuduh tidak keluar. Muka pun diblur. Sebab nak lindungi identiti mangsa yang jug ...

Rasanya kalau mangsa bawah umur tak akan mentioned nama.
Quote zamnie 12-5-2026 07:28 AM
Bangsat jahanam
Quote FOTHER-MUCKER 12-5-2026 07:59 AM
manopBKK replied at 11-5-2026 09:39 AM
Konsert tak nak..
Panggung wayang takder..
Songkaran, hiburan semua tak boleh...

Lebai nak jadikan BB seperti Kelantan.

Sepatutnya mereka majukan Kelantan sebagai bandaraya pelancungan Islam tengok berapa ramai pelancong luar negara dan dalam negara datang, ini nak kacau BB
Quote KamikuP 12-5-2026 09:55 AM
SSkjp mmg red flag
Quote seri_mawr 12-5-2026 12:34 PM
setan punya abg...
elok di potong k*n** nya....

Quote selipar_hijau 12-5-2026 04:11 PM
babi sialnya perangai ko
kelantan tu belambak belen ko boleh cari

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2026 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.133031 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top