CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahmad Zahid imbau sejarah penubuhan UMNO di Johor

11-5-2026 04:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 710| Komen: 8

 



PETALING JAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengimbau semula detik bersejarah penubuhan UMNO di Tangga Istana Besar Johor sempena ulang tahun ke-80 parti itu hari ini.

Beliau berkata, lokasi berkenaan menjadi saksi penyatuan pemimpin Melayu pada 11 Mei 1946 dalam mempertahankan agama, bangsa, tanah air serta kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Menurutnya, daripada semangat perjuangan tersebut lahirlah UMNO yang kemudian menjadi tunjang kepada kemerdekaan negara dan pembentukan sebuah negara bangsa yang berdaulat.

“Hari ini saya bersama saf kepimpinan UMNO berpeluang kembali berdiri di tempat yang sama selepas 80 tahun UMNO melalui pelbagai mehnah dan liku perjuangan.

“Kehadiran kami bukan sekadar untuk bernostalgia atau merakam gambar kenangan, tetapi untuk mengenang jasa generasi terdahulu serta memperbaharui tekad meneruskan amanah perjuangan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid turut merafakkan setinggi-tinggi junjungan kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas perkenan mencemar duli ke sesi fotografi bersejarah tersebut.

Beliau juga menzahirkan penghargaan kepada Tunku Mahkota Ismail selaku Pemangku Sultan Johor atas sokongan dalam menjayakan acara berkenaan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri itu, sejarah sentiasa mengingatkan bahawa kekuatan sesuatu bangsa lahir daripada kesatuan rakyat, kesetiaan kepada institusi Raja-Raja Melayu serta keikhlasan berkhidmat demi agama, bangsa dan negara.

“Semoga UMNO terus kekal sebagai wadah perjuangan yang menyatukan rakyat, mempertahankan maruah bangsa, menjunjung agama dan memelihara kedaulatan Raja-Raja Melayu,” ujarnya.

Beliau menegaskan UMNO akan terus menjadi “Rumah Bangsa” dahulu, kini dan selamanya. 


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purestteam1 11-5-2026 05:44 PM
ermmm.. bakal gabenor melaka. haha
Quote Decaffeinated 11-5-2026 06:44 PM
Beliau menegaskan UMNO akan terus menjadi “Rumah Bangsa” dahulu, kini dan selamanya.


'bangsa' ikut istilah indon itu nation, mereka ada bangsa indon sementara kita setakat ini cuma ada bangsa johor, bangsa malaysia masih di alam impian. UMNO masih stuck dengan konsep bangsa zaman penubuhannya - ada bangsa melayu, ada bangsa pendatang termasuk wak jahid.
Quote prince_marhaen 12-5-2026 09:55 AM
leluhur wak jahid pun masih kat kawasan perkumuhan indon lagi masa umno tertubuh...takyah lah terkenang sangat punnnnn...
Quote adiwarna 12-5-2026 10:46 AM
a picture speaks a thousand words girtuhhhhhhhh
Quote ninja boy 12-5-2026 11:14 AM
Edited by ninja boy at 12-5-2026 11:28 AM

Berasap kubur pengasas umno taw, rasa umno dikembalikan keturunan pengasas, afiz onn disuruh jadi mb dibagi tugas dan pengalaman kerja diperkenan sultan kot, melatih menteri muda pelapis, yg tua2 saki baki sepenggal ja
Quote supernaturalee 12-5-2026 12:22 PM
Purestteam1 replied at 11-5-2026 05:44 PM
ermmm.. bakal gabenor melaka. haha

say what????????

u mean TYT?



btw exmb perak pun dilantik jawatan tertinggi di negeri lain (penang)



Quote alesandra 12-5-2026 02:02 PM
yelaa .boleh la kot masuk muzium pasni...
Quote kemaruk 12-5-2026 04:20 PM
hidup pekembar!   

hidup amanu!

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2026 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.062764 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top