CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guna ‘Jalan Tikus’ Ke Makkah Tanpa Permit Haji, 5 Warga Malaysia Dicekup

21-5-2026 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1385| Komen: 23

 


Cubaan lima warga Malaysia memasuki Makkah tanpa permit haji berakhir dengan penahanan selepas mereka dikesan menggunakan laluan tidak berturap dan kawasan lembah bagi mengelak sekatan pihak berkuasa, lapor Saudi Gazette.

Menurut kenyataan pihak keselamatan haji, kesemua individu terbabit ditahan kerana melanggar peraturan musim haji 2026 yang menetapkan hanya pemegang permit sah dibenarkan memasuki kota suci itu sepanjang musim haji berlangsung.

Pihak berkuasa memaklumkan tindakan perundangan telah dimulakan terhadap semua yang terlibat.

Direktorat Jeneral Mujahideen menegaskan semua pihak perlu mematuhi peraturan dan arahan yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan serta kelancaran urusan jutaan jemaah haji yang berada di Tanah Suci.

Malah, agensi itu turut mengingatkan bahawa sebarang cubaan melanggar peraturan termasuk memasuki Makkah tanpa permit sah boleh dikenakan tindakan undang-undang dan hukuman tertentu mengikut peraturan semasa Arab Saudi.

Dalam masa sama, orang ramai turut diminta bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang pelanggaran peraturan haji.

Bagi kawasan Makkah, Madinah, Riyadh dan Wilayah Timur, laporan boleh dibuat menerusi talian kecemasan 911 manakala kawasan lain di seluruh Arab Saudi menggunakan talian 999.

Sumber: SAUDI GAZETTE, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 21-5-2026 02:06 PM
memalukan
Quote adeqbun 21-5-2026 03:11 PM
nak buat ibadah tp x ikut undang2..xpk ke benda tu salah..
Quote adeqbun 21-5-2026 03:12 PM
nak buat ibadah tp x ikut undang2..xpk ke benda tu salah..
Quote prince_marhaen 21-5-2026 04:01 PM
ni mesti yg acah2 traveller, pastu balik buat buku....dari malaysia ke mekah.. haha.. jenis yang ikut kepala sendiri, takde kerja tetap, feeling2 travel naik basikal, naik RV, main redah je....dalam buku tulis perangai masyarakat bla bla bla... bila sangkut minta fund rakyat malaysia..
Quote Firenzza 21-5-2026 04:30 PM
Teringat last year ada rkyt indon buat live dlm TikTok jln kaki ke mekah nk buat hj, x tau la hajat kesampaian ke idok
Quote prettyuglybabe 21-5-2026 04:34 PM
geng terpaling travel antivax ke
Quote 3chanceno 21-5-2026 04:39 PM
Tiap tahun ada kes cam gini....tahun lepas banyak kes sampai kena sidai kat jeddah! hujung2 cakap dah cuba masuk, tapi tu lah tak de rezeki lagik! Padahal tak ikut peraturan yg dah ada

Tunggu komen konsulat kat jeddah pulak.
Quote supernaturalee 21-5-2026 04:42 PM
kenapa korang berpaling

tunjukkan lah muka tu

malu? sedih? kecewa? terkilan?




bila ko langgar undang2 dan kantoi, ko expect ape nyah???



ni karang ada plk enabler pi funding

bukak tabung lah ape lah

why malaysians?????? why??????


Quote Decaffeinated 21-5-2026 04:59 PM
lepas ni jgn pulak suruh PMX telepon sana sini macam sumud flotila. pandai buat, sendiri tanggung la.
Quote ninja boy 21-5-2026 07:43 PM
Edited by ninja boy at 22-5-2026 08:29 AM

Zaman dulu2 15 tahun dulu ada yg aku kenal pakcik kerja arab sana setiap tahun buat haji diy masa belum permit2, tahun bila start permit tahun 2012 2013 2014?
Quote tahanie 21-5-2026 10:36 PM
prettyuglybabe replied at 21-5-2026 04:34 PM
geng terpaling travel antivax ke

Antivax boleh dpt permit ke? Kita kan kena amik vax
Quote Rdizz 22-5-2026 12:34 AM
Haji th 2023 ada sorang malaysian naik motor pegi mekah dan disambut jugaklah bila sampai, dijamu mkn oleh org kita, mungkin masa tu belum lagi strict visa haji kot.

Jenis beria2 nk buat haji cara teruk badan ni nk bagi viral utk populari ke, tak kira langgar undang2, status haji tu camna, apa niat sebenarnya.
Quote emera 22-5-2026 07:58 AM
tahanie replied at 21-5-2026 10:36 PM
Antivax boleh dpt permit ke? Kita kan kena amik vax

Boleh. Cari doc yg boleh bg pengesahan palsu. Ramai buat servis ni.
Quote prettyuglybabe 22-5-2026 10:39 AM
tahanie replied at 21-5-2026 10:36 PM
Antivax boleh dpt permit ke? Kita kan kena amik vax

tak boleh kecuali dengan menipu or jalan kaki
Quote Supersirap 23-5-2026 11:08 AM
Semoga perkara ini dijadikan sempadan buat semua
Quote kelapaparut 23-5-2026 12:05 PM
Nanti kjaan saudi blacklist jemaah malaysia.. Dieorgpunye pasal ler ni
Quote telracs 23-5-2026 02:34 PM
prettyuglybabe replied at 22-5-2026 10:39 AM
tak boleh kecuali dengan menipu or jalan kaki

Dapatkah mabrur hajinya kalau menipu, eh?

Quote gideoncross 24-5-2026 05:37 PM
prince_marhaen replied at 21-5-2026 04:01 PM
ni mesti yg acah2 traveller, pastu balik buat buku....dari malaysia ke mekah.. haha.. jenis yang iku ...

Pstu nnti bila llaki2 mcm ni d reject oleh prmpuan, msti prmpuan tiba2 kna cap "mmilih" & "cuma nakkan yg brduit je"
Quote gideoncross 24-5-2026 05:40 PM
telracs replied at 23-5-2026 02:34 PM
Dapatkah mabrur hajinya kalau menipu, eh?

Klau niat dh slh, dh tntu smua jdi slh

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2026 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.060607 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top