|
HULU SELANGOR – Seorang lelaki warga emas maut selepas tersepit di bawah kereta miliknya yang mengundur sendiri di hadapan rumah di Batang Kali di sini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 5.30 petang semalam. Beliau berkata, mangsa berusia 67 tahun ditemukan terperosok di bawah kenderaan terbabit selepas mangsa meletakkan kereta di dalam garaj rumahnya. “Mangsa kemudian keluar dari kereta untuk menutup pagar rumah, namun kenderaan itu tiba-tiba mengundur sendiri lalu melanggarnya. “Pelanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh sebelum tersepit di bawah kereta dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi. Menurut beliau, mangsa disyaki tidak menarik brek tangan selepas meletakkan kereta di kawasan landai yang menurun ke arah pintu pagar rumah.
“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. Sumber – KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-6-2026 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.049729 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.