CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Tak Dapat Pun RM200,000, Tapi Dapat Malu, Anak-Anak Dicaci” - Norish Karman

28-5-2026 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2739| Komen: 13



Pelakon Norish Karman meluahkan rasa kesal susulan timbul dakwaan dia menerima bayaran sehingga RM200,000 menerusi sesi siaran langsung.

Menerusi Mingguan Wanita, Norish berkata tuduhan berkenaan mengundang kecaman terhadapnya dan anak-anak turut menerima termpias sehingga dicaci.


“Saya tak dapat pun RM200,000 tu tapi dapat malu. Bukan saja saya, anak-anak turut dicaci. Nak dapat RM200,000 sekurangnya kena jualan cecah sejuta. Tapi kami beberapa jam saja.


“Kami datang bekerja dan dibayar. Sebagai ibu, saya mahu yang terbaik buat anak-anak termasuk kenderaan yang baik untuk kemudahan mereka termasuk pergi berniaga.

“Belum rezeki mereka lagi tapi saya sentiasa ingatkan anak-anak percaya pada takdir Allah dan kita cuma perlu berusaha,” katanya.

Semenara itu, Norish berkata dia masih menggunakan kereta lama yang kini berbunyi-bunyi serta bermasalah namun dia tidak malu memandu kereta tersebut.

“Kami tidak ada kereta mahal. Kereta saya kalau bawa memang bunyi macam-macam. Tapi saya okey, saya tidak malu. Kerana saya masih Norish Karman. Keluar kereta saya masih Norish Karman, masuk kereta saya masih Norish Karman,” katanya.

Terdahulu, Norish berkata dia hanya berangan seandainya mempunyai wang sebanyak itu dimana dia mahu belikan kereta selesa untuk anak-anak.

Sumber – Mingguan Wanita, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote likilu 28-5-2026 07:16 PM
Tokvida seorang ibu tunggal dikagumi sebab dapat besarkan dua orang anak seperti saiz mereka sekarang dan 200 pekerja belikan anak hadiah birthday jutaan ringgit

Tapi anak anak berenam tak dapat jaga norish karman seorang

(See kalau time time gini gigih i datokkan si acik tu)
Quote penmerah 28-5-2026 07:58 PM
Phuiiiiiihhhh
Selayaknyalah

Engko anak beranak dah berbulu rajin2 carik kerja mak guard, keje cashier econsave ke

Tak hingin percaya Satu hape pun keluar dari mulut pompuan ni dan anak beranak
Moga takde nitizen bodo menderma kat keluarga sangkak mcm ni

Ramai je gol b40 m40, anak2 lepasan spm, tak malu jadik rider, keje2 kencam utk sesuap nasik
Phuiiiiiihhhh for this family
Quote seri_mawr 29-5-2026 02:52 PM
style achik norish ni mcm berlagak sikit...tu yang x berapa nak dapat sambutan meniaga...
dgn style anak mcm gitu..jadi x berapa nk kesian...

spa Q dulu best kan achik ni berlakon....Nelydia senrose anak spa Q ni..
Quote kmbg 29-5-2026 05:01 PM
Buku bertemu ruas,tok alip menunggang orang yang tak reti bersyukur..si acik norish ni mmg sejak azali kalau bercakap meningi diri
Quote Zeatyisaac 30-5-2026 05:48 PM
penmerah replied at 28-5-2026 07:58 PM
Phuiiiiiihhhh
Selayaknyalah


Kerjalah apapun asalkan halal. Even cleaner pun, rezeki yang berkat pasti akan cukup.
Quote willowbe 31-5-2026 08:32 AM
Pernah jumpa Norish & anak2 at an outdoor wedding , semua pakai baju sedondon ,datang naik vellfire ! IRL she cantek .
Quote Bulanbaru 1-6-2026 04:10 AM
Betul2 tarak hotak siNK ni. Ingat dapat duit aje, nak beli kete utk anak.

Kete tu worst investment ever. Lebih2 lagi kalo kete baru. Keluaq showroom aje, rugi 20%.

Naik Grab aje la.

Atau semestinya anak yg cukup umur bawalah Grab utk tolong family.
Quote red_velvet 1-6-2026 08:39 AM
Edited by red_velvet at 1-6-2026 08:40 AM

Indirectly tolip keluarkan vtt "mungkin saya salah menolong orang".. Kahhhh Padan muka.. Saling menunggang masing2 pun.. Helokkkkk la terkena ngan acik arrogant ni...
Quote nazurah 1-6-2026 08:48 AM
NK ni dulu kt Singapore jadi pengacara Selamat Pagi Singapura, helok aje. Ada bakat, ada suara, kenapa tak terus berlakon aje? Pi la buat voice over ke apa, dia dah dikenali…pi sign up kat memana talent agent
Quote mizzmimi 1-6-2026 08:36 PM
dah sihat ke acik NK?

iols tak caci tawww..
Quote rayray28 1-6-2026 08:55 PM
Bila berckp bunyi mendongak aje...menurun ke anak berckp style sama..bezamse live dgn dato alif tuhairi..sodeh sgt
Quote kucingitam 3-6-2026 11:55 AM
kalau masa toklip tny dpt 200k tu nak buat apa, kau jawab nak bayar hutang dan guna utk modal berniaga mesti ko boleh dpt sales bnyk. tapi dah kau jawab nak beli kereta baru...sapa je yang tak bengang..
Quote awenda507 4-6-2026 01:09 AM
Hidup susah pn masih nk bongkak lg. Mcm bagus je

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2026 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.078256 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top