CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ajal pekerja gudang, motosikal terbabas langgar lubang

29-5-2026 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 197| Komen: 1

 


GUA MUSANG – Seorang pekerja gudang maut selepas motosikal yang dia tunggang terlanggar lubang sebelum terbabas di Jalan Kampung Kerinting di sini kelmarin.

Mangsa, Muhammad Ashraff Rosmadi, 23, meninggal dunia di Hospital Gua Musang di sini kira-kira pukul 10.38 malam tadi selepas hampir 23 jam bertarung nyawa akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, kejadian pada pukul 11.30 malam kelmarin itu berlaku ketika mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari arah Bandar Lama menuju ke Kampung Kundur.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai terlanggar lubang sebelum kenderaannya hilang kawalan dan terbabas.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di kepala sebelum dibawa ke Hospital Gua Musang bagi mendapatkan rawatan lanjut.


“Selepas hampir 23 jam bertarung nyawa di hospital, Muhammad Ashraff disahkan meninggal dunia pada pukul 10.38 malam tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Sumber:– KOSMO! ONLINE

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote liyamariska 30-5-2026 05:51 AM
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2026 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.047465 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top