CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Penat, dulu masa saya buat orang kata beria-ia’ - Hairul Azreen

29-5-2026 01:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3441| Komen: 46

 

TANGGAL 21 Ogos 2023 menjadi detik penuh beremosi, terutama peminat setia, apabila aktor kesayangan mereka, Hairul Azreen mengumumkan keputusan mengundur diri dari dunia seni. 

Keputusan tersebut diambil demi memberi komitmen sepenuhnya terhadap keluarga tercinta serta empayar perniagaan yang sedang dibina. 

Meskipun sudah hampir tiga tahun berlalu, ramai masih merindui kelibat Hairul di layar perak, terutama ketika genre aksi tempatan kini dilihat kembali rancak.

Bagi pemilik nama lengkap Hairul Azreen Idris, 38, pintu hatinya untuknya kembali mewarnai dunia lakonan sudah tertutup rapat. 

Dia bahkan mengakui fasa hidupnya kini berada dalam keadaan yang sangat bahagia.

“Tak (akan buat kemunculan semula),  sekarang saya tengah gembira dan bersyukur dengan apa saya buat. 

“Apa saya nampak orang sekarang semua buat filem aksi. Paling seronok apa yang saya tinggalkan iaitu kena buat latihan (bina badan) sebelum penggambaran, mereka mula faham dan lakukan. 


“Dahulu masa saya buat orang kata kenapa nak beria-ia dan penatkan badan padahal pelakon saja. Tapi bila buat latihan dan hasilnya lagi bagus saya rasa,” katanya kepada HibGlam pada majlis ulang tahun ke-10 jenama Cakenis, baru-baru ini. 

Mengimbas kembali era kegemilangannya, bintang filem Malbatt: Misi Bakara itu tidak menafikan pernah dilabel sebagai terlalu ‘beria-ia’ hanya kerana meletakkan standard yang tinggi dalam setiap naskhah aksi yang dijayakan.

“Dahulu bagi orang kenapa nak bersungguh buat latihan. Saya ada tanda pagar #HairulTrainingForFilem sebab saya ada matlamat dan sasaran. 

“Saya nak bawa industri kita pergi jauh tapi orang tak faham. Orang rasa beria-ia,” katanya lagi. 

Pada masa sama, Hairul mengakui perkara tersebut dilakukan kerana mahu menaikkan industri perfileman tempatan ke peringkat lebih jauh. 

“Sebab itu dahulu masa dalam industri saya nak buat orang nampak filem Malaysia sebagai genre aksi yang dipandang tinggi. 

“Menerusi Wira dan Paskal, saya dapat bawa benda itu jauh dan sampai hari ini juga orang masih lagi bercerita tentang filem tersebut.

“Jadi saya rasa sudah letakkan satu kenangan yang seronok di situ. Budak-budak sekarang pun ‘training’ untuk filem,” jelasnya. 

Sukan Hyrox 

Menariknya, sifat disiplin dan ketaksuban suami kepada pelakon Hanis Zalikha itu terhadap sasaran fizikal kini dialihkan sepenuhnya kepada sukan kecergasan berintensiti tinggi, Hyrox.

“Sama juga macam Hyrox. Saya nak target dapat sub 65 minit sampai saya tulis di atas kertas dan tampal dalam tandas. 

“Itu memang perangai saya tapi kalau orang tengok mesti cakap saya beria-ia. Alhamdulillah saya dapat masa yang bagus untuk Hyrox,” tuturnya yang menyelesaikan sukan tersebut di Barcelona baru-baru ini.  

Berkongsi mengenai Hyrox, hasratnya untuk beraksi dalam perlumbaan tersebut bersama isteri terpaksa dibatalkan pada saat akhir atas faktor penerbangan dibatalkan. 

“Sepatutnya Hyrox pertama saya bersama ‘teman wanita’ (isteri) saya di Poland tapi penerbangan kami dibatalkan. 

“Tak ada rezeki nak buat sebab krisis sebelum ini, mungkin sebab peperangan,” jelasnya.  

Tambah bapa kepada dua orang cahaya mata itu, kepuasan sebenar menyertai sukan ekstrem tersebut adalah apabila dapat mencabar had keupayaan fizikal diri yang pernah terjejas akibat kecederaan lama.

“Kepuasan adalah bila kita tahu apa yang kita boleh buat atau tak boleh buat. 

“Saya sendiri sebenarnya tak yakin boleh buat atau tidak sebab ACL kiri dan kanan saya dah putus.

“Jadi, saya tak tahu sama ada saya mampu habiskan atau tidak. Namun, bila saya berjaya buat, saya rasa gembira, alhamdulillah,” tutupnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bedahmenjuyah 29-5-2026 02:16 PM
Berlakon pun kayu. Ada hati konon trendsetter puihhh
Quote AnnaSendin 29-5-2026 02:31 PM
Sendu di aidiladha
Quote sphinx 29-5-2026 03:09 PM
'mengimbas kembali era kegemilangannya..'

heols ada era mehh???
wartawan pun ikut suka je menulis eyhh..
Quote slyfynx 29-5-2026 04:24 PM
Apa saya nampak orang sekarang semua buat filem aksi. Paling seronok apa yang saya tinggalkan iaitu kena buat latihan (bina badan) sebelum penggambaran, mereka mula faham dan lakukan.


Ko pikir ko trendsetter ke?
Ko tgk cite P Ramlee, body bape ramai yang kekar. Sibuk konon ko tinggalkan legasi. Berlakon macam kayu, suara cam pondan.
Quote slyfynx 29-5-2026 04:25 PM
Edited by slyfynx at 29-5-2026 04:30 PM

Sorry... double post.
Forum cari slow mcm siput
Quote riyadhK 29-5-2026 08:43 PM
Aiyoooo bercakap lepas piu piu ke ni
Quote antaradua 29-5-2026 10:20 PM
Macam la filem aksi kat Malaysia ni wujud sebab ko.
Quote sukacactus 29-5-2026 11:51 PM
HA dan perasan berpisah tiada
Quote silampumeja 30-5-2026 01:16 AM
Ada juga post ni akhirnya . I tertunggu sebab rindu kak kangkung. Nak bukak benang sndiri, hormati musim raya korban, ku korbankan niatku. .

Tapi dengar dia puny statement memang tak leh lah ek.... Nk jerit panggil kak kung tau
Quote silampumeja 30-5-2026 01:18 AM
Dalam video media hiburan tu kan, dia bleh cakap di tak tengok movie action skrang... Pastu komen sebagai legend filem aksi malaysia. I rasa wartawan yg bagi soalan pun memang saje nak trigger dgr dia punya konon humble brag... Eyuwwe weh
Quote missyL 30-5-2026 01:46 AM
1. Die ni n bini dia
2. Apis n bini die capikaainaaa
3. Aeeril n bini die wawawaa

Semua mmg meluat tgok
Quote lanse 30-5-2026 05:53 AM
Dia ni memang ada peminat ka?
Quote kmbg 30-5-2026 08:42 AM
Dia ni kalau bercakap mcm lembam..ke mmg ada neurological issue
Quote miracle_forever 30-5-2026 09:07 AM
Edited by miracle_forever at 30-5-2026 09:08 AM
sphinx replied at 29-5-2026 03:09 PM
'mengimbas kembali era kegemilangannya..'

heols ada era mehh???

Yg iols ingat zaman kena kecam kat cari je. Asal ada thread dia atau keknis, abis satu keluarga kek kenakecam berjemaah. Xperasan HA lembam ni dah retire berlakon. Ada ke tidak, sama ja
Quote brainbiru 30-5-2026 09:14 AM
THE BEST NEVER REST kesayangan kekung @Kangkung1M
Quote Purplehaz 30-5-2026 01:14 PM
muka dia berlakon jd Ustaz boleh
Quote sukanyanyi 30-5-2026 05:57 PM
lanse replied at 30-5-2026 05:53 AM
Dia ni memang ada peminat ka?

Meols penah terminat heols mase drama setia hujung nyawa n muvi gila2 remaja 2 sbb heols iras bopren meols pada waktu itu. Heols yg versi cintan cintun je meols suka. Yg versi action tak minat langsung.. skrg meols mcm tertanye2 dah kenape aku minat dia dulu..malunya nak ngaku
Quote LembingDayanti 30-5-2026 06:05 PM
anak lelaki dia slow ke kita nampak video org post kat event mak dia launch baju aneh kat mall
Quote mawarberbisa 1-6-2026 01:55 AM
hanis zalika tak malu ke dpt laki lembam perasan camni weh

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2026 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.336202 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top