|
PENGARAH filem iaitu Ghaz Abu Bakar meluahkan rasa sedih susulan karya terbaharunya berjudul Konspirasi dihentikan di pawagam Malaysia. Tidak tahu punca sebenar, Ghaz, 50, berkata, dia masih belum mendapat sebarang jawapan daripada pihak penerbit berhubung perkara berkenaan. "Sejujurnya saya sendiri tak tahu kenapa. Saya hanya dapat mesej daripada penerbit dan apabila ditanya, mereka tidak membalas. "Setahu saya, syarat wajib tayang sepatutnya membenarkan minimum dua minggu tayangan. Filem ini baru masuk seminggu semalam (Khamis). "Saya sangat sedih tetapi positif dengan apa yang berlaku," komennya ketika dihubungi mStar pada Jumaat. Ghaz pada masa sama akur karyanya itu menerima pelbagai respons daripada penonton selepas ditayangkan pada 21 Mei lalu. Sebagai seorang pengarah berpengalaman, baginya setiap komen bersifat subjektif dan mengikut selera penonton. "Komen daripada yang sudah menonton terbahagi kepada dua, satunya suka sangat dari segi jalan cerita. "Ada juga yang memberi ulasan negatif seperti penggunaan AI (teknologi kecerdasan buatan) yang mana saya tak dapat elakkan kerana pelakon lagak ngeri mengalami kemalangan. "Pada saya itu adalah subjektif. Apa pun, saya dan kru produksi sudah memberikan yang terbaik," ujarnya. Terdahulu, beberapa perkongsian termasuk selebriti di media sosial, mempersoalkan kenapa filem berkenaan tidak lagi ditayangkan di pawagam. Filem terbitan Elepfilm Entertainment dan Asia Tropical Films ini membariskan pelakon seperti Datuk Adi Putra, Sarimah Ibrahim, Hisyam Hamid, Alicia Amin, Shiqin Kamal dan Amir Nafis. Sumber – mStar |
lanacondor replied at 30-5-2026 11:33 PM
Ada baca kat socmed, org komen sb ada dialog dlm tu ayat lebih kurang mcm ni:
"Perdana menteri Pon ...
BungaKencana replied at 3-6-2026 10:54 AM
harap masuk netflix.. GSC skrg pun dah tak byk showtime & hall yg dia buka wlpn cite maikel jeksen.. ...
dekmieDandy replied at 3-6-2026 11:48 AM
bukan GSC je, TGV pun dah takde midnite movie ni
musim public holiday/cuti sekolah ni baru dia bu ...
BungaKencana replied at 3-6-2026 12:18 PM
yeke, bosannye... midnite la best lps abes tgk movie blh lepak mamak

lanacondor replied at 30-5-2026 11:33 PM
Ada baca kat socmed, org komen sb ada dialog dlm tu ayat lebih kurang mcm ni:
"Perdana menteri Pon ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-6-2026 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.197255 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.