|
Penyampai radio dan pengacara Sharifah Shahira mengakui anaknya iaitu Auddra Zulkufli membuat keputusan untuk berhenti sekolah dan belajar di rumah atau home school.
Memetik mStar Online, Shahira atau mesra dipanggil Shiera berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira minat Auddra atau Oddah lebih kepada bidang hiburan sejak kecil lagi. Sementara itu, Shiera berkata anaknya kurang menyerlah dalam bidang akademik namun menonjol dalam aktiviti persembahan. “Oddah (panggilan Auddra) memang sudah berhenti sekolah. Dia ni memang sangat minat hiburan. Dari umur lima tahun pun cikgu selalu cakap dia jenis banyak tidur di kelas. “Bila saya tanya dia, dia kata penat… dia pada waktu malam memang suka berjaga dari kecil. Dia memang suka sekolah yang warna-warni. “Dia tak boleh sangat bab akademik, tapi bila bab persembahan dia memang lain macam. Memang aktif betul. Banyak juga dia wakil sekolah untuk aktiviti macam tu,” katanya. Terdahulu, Oddah berkata dia sudah pun berhenti sekolah namun belajar secara homeschool untuk menduduki SPM. Sumber: mStar Online, Rotikaya
|
brainbiru replied at 3-6-2026 07:25 PM
Soalan : dia memang kaya 7 keturunan ke? Mai mana?

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-6-2026 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.187596 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.