|
Tiada angin tiada ribut, perkongsian pelakon Fify Azmi mengejutkan ramai apabila mendedahkan teman lelakinya berlaku curang. Menerusi perkongsian di Threads malam tadi, Fify berkata dia tidak menyangka akan berkongsikan kisah peribadinya kepada umum. Menurut Fify, tindakannya itu adalah sebagai peringatan kepada wanita lain supaya lebih mempercayai naluri sendiri. “Tak pernah terfikir saya perlu berkongsikan perkara seperti ini. Tapi jika dapat membantu seorang wanita untuk percaya naluri sendiri, ianya berbaloi untuk dikongsikan,” tulisnya. Turut menjadi perhatian, Fify memuat naik mesej perbualan dipercayai antara teman lelakinya dengan seorang wanita.
Dapat dilihat perbualan berkenaan mengenai seseorang yang mahu datang ke rumah dan sarapan bersama. Wanita tersebut turut bertanyakan barang apa yang perlu dibawa dan individu tersebut membalas hanya membawa diri sahaja. Dalam pada itu, Fify berkata dia sudah pun ‘move on’ dan berpendapat ketenangan jauh lagi berharga daripada memaksa kesetiaan daripada orang yang salah. Menerusi hantaran lain, Fify turut menulis inisial nama ‘NZ’ serta mendoakan agar segalanya dipermudahkan dan mereka akan bertemu dengan orang yang tepat suatu hari nanti |

jiwakacau06 replied at 4-6-2026 02:48 PM
Diaorg mmg on off relationship kan...
Nz ada bad rekod dgn ex gf sebelum fify...retis jugak..sampai ...
lanacondor replied at 4-6-2026 03:02 PM
Kalau zaman arwah Mohamed rahmat jadi menteri dulu, habis Korg semua ni kene benam xleh cari rezeki ...
jiwakacau06 replied at 4-6-2026 02:48 PM
Diaorg mmg on off relationship kan...
Nz ada bad rekod dgn ex gf sebelum fify...retis jugak..sampai ...
MarryPottet replied at 4-6-2026 01:03 PM
Si penyondol bersiri, minah bedak nyonya dgn mamat "JANGAN TINGGAL SOLAT" bawah ni ke?
si nyonya ni merata dia ada
hasniey replied at 4-6-2026 09:24 PM
Awek dah cantik comel pi cari bedak nyonya jgk dh kenapaaaa.sbb dpt free ke

LadyCarefree replied at 5-6-2026 02:24 AM
Hahahaha karma is real. Pipik ni lagi teruk dulu dah tunang dah nak kahwin tapi caught red handed by ...
AWEKSAMURAI replied at 4-6-2026 05:39 PM
Sampai gila si Noni tu hahaaha.... Pada. Lah Noni pun ada kes kan kacau laki org dlu kan sampai ce ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-7-2026 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.135214 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.