CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Cuba Berubah Secara Perlahan-Lahan, Saya Dah Mula Beli Tudung” – Azeva

9-6-2026 09:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 617| Komen: 8

 


Anak kepada penyanyi Ameng iaitu Azeva berkata dia menerima teguran bapanya secara terbuka mengenai penampilannya yang tidak berhijab.

Memetik mStar Online, Azeva berkata dia mengakui kesilapannya dan sedang berubah secara perlahan-lahan serta memohon maaf seandainya kecewakan bapanya.

“Saya nak cakap dekat papa (panggilan untuk Ameng) maaf kerana mengecewakan papa. Saya sangat bersyukur papa tegur pasal aurat. Saya tahu ia salah.

“Saya pun sebenarnya tengah mencuba. Kalau anda kenal saya dulu, saya tak menutup (berpakaian) seperti ini,” katanya.

Sementara itu, Azeva berkata dia kini sedang dalam proses memperbaiki diri dan sudah mula membeli tudung.

“Saya cuba untuk berubah secara perlahan. Saya cuma harapkan anda semua doakan.

“InsyaAllah satu hari nanti. Saya pun dah mula beli tudung, kadan-kadang pakai juga sebab suka pakai jubah dengan tudung,”katanya.

Sumber: mStar Online, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 9-6-2026 10:12 AM
Relax lah dik...tak payah explain menda2 ni... yang penting adik lawooooo betul..suara sedap.. personaliti disenangi, kelakar...tak over... relax je..
Quote sukanyanyi 9-6-2026 10:55 AM
Sbb ameng org ganu kn, so dia mcm kisah sikit la bab2 ni.. bapak2 retis lain yg retis jgk mcm tak penah sebut benda gini in public kan, tok amy ke tokwie ke.. sokay la, ameng dh jalankan tggjwb.
Quote Mekgadis16 9-6-2026 02:24 PM
Ya netizen pun duk nekan2 ameng tu nasihat anak dia tu dah kenapa. Tahu la dia nasihat anak dia. Sibuk je netizen ni.
Quote kucingitam 9-6-2026 02:44 PM
rileks Azeva jgn bertudung sbb org menekan2. biar ianya lahir dari hati kau sendiri, bukan dr kesibukan badan netizen.
Quote youell 10-6-2026 12:22 PM
Xpernah tgk ttmm ni. Tp TikTok azeva ni dok lalu lalang. Tertengok post dia.. Menarik personality budak ni. Mcm mudah disenangi & tak la mcm influencer² lain yg acah² & gedik. Pakaian pun xde la daring Sgt.
Quote Nenolen 10-6-2026 02:09 PM
Manis ayu Azeva nie…mcm Ratu juga…jenis lembut sopan…harap dpt tgk Azeva dan Ratu bersama berlakun telemovie citer campus life mcm Dunia Baru…
Quote Gianna111 10-6-2026 03:49 PM
kalau tak ready jangan...walaupun dalam islam wajib menutup aurat..tapi pada i..better jangan ..sebab apa?sebab mash darah muda dan panas.budak-budak umur macam ni banyak benda nak explore nak cuba.. i allergic tengok sarung nangka terkinja-kinja.
Quote ardent91 10-6-2026 10:57 PM
dah tu kalo ko bertutup litup pown tapi menyanyi pastu menari terkinja2 atas pentas dikhalayak ramai tu adakah diredhai oleh Allah dan agama, minah woi? xyah terlibat dalam bidang hiburan jerla, senang citer

tu belom lagi bab solat.. nak perform live waktu sekitar 8:30-9 malam camtu sah2 pukul 7 dah nak kena ready backstage untuk pakai costume, make-up bagai.. solat maghrib dah missed.. pastu show habis dah malam, dengan mengantuk + penat bagai most likely solat isyak pown ko miss gak

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2026 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.036099 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top