CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘RM8,000 bil hospital bayar sendiri, saya tak halalkan’ - Wafariena

9-6-2026 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1011| Komen: 3

 



“Saya tak reda, tak halal dan takkan maafkan mereka.”

Demikian kata pelakon Wafariena apabila kemelut kecederaan di lokasi penggambaran melibatkan dirinya masih belum menemui titik noktah apabila pihak produksi yang terlibat didakwa melarikan diri daripada tindakan undang-undang.

Wafariena, 31, meluahkan rasa kecewa apabila penerbit dan syarikat produksi terbabit bertindak ‘ghaib’ serta mengosongkan pejabat mereka bagi mengelakkan diri daripada bertanggungjawab.

“Saya dah keluarkan surat tiga kali, tiba-tiba syarikat itu hilang. Peguam pun dah pergi periksa, memang pejabatnya kosong.

“Selepas itu, penerbit pun dah hilang. Tak boleh buat apa pun.

“Peguam saya dah berinteraksi dengan peguam mereka sendiri tapi hujungnya peguam sana yang tarik diri,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran dan sidang media filem The Real Mamu, semalam.

Dalam masa sama, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu terkilan apabila terpaksa melunaskan sendiri bil rawatan hospital.

Lebih perit, baki bayaran lakonannya untuk naskhah berkenaan masih belum dijelaskan sehingga ke hari ini.

“Separuh (kos hospital). Saya bayar ketika itu RM8,000 lebih saya keluar duit saya.

“Selebihnya bayaran terakhir saya kira-kira puluh ribu pun tak dapat sampai sekarang.

“Tak reda, tak halal, tidak maafkan pun. Orang buat kita, penat dengan sakit lagi,” ujarnya lagi.

Ekoran kemelut terbabit, Wafariena mengesahkan naskhah tersebut tidak dapat ditayangkan kepada umum sebaliknya terus tergantung tanpa penyelesaian.

“Tak boleh tayang sebab tak habis. Sampai sekarang saya punya VO (voice over) masih ada.

“Mereka tak bayar bayaran terakhir saya tak boleh bagi, benda itu tergantung.

“Kalau keluarkan cerita itu jadi salah sebab saya keluarkan saman,” jelasnya.

Pada tahun 2022, Wafariena mengalami kecederaan iaitu tisu bahagian punggung cedera, manakala perutnya koyak selain berlaku pendarahan sewaktu melakukan aksi lagak ngeri dalam sebuah drama lakonannya.

Ibunya, Suzana Hamad berasa marah atas kejadian yang me­nimpa anak gadisnya lebih-lebih lagi terhadap pengarah yang didakwa tidak berperikemanusiaan dan lepas tangan.

Apa yang membuatkan wanita itu terkilan apabila pengarah tersebut tetap mahu meneruskan penggambaran bagi dua lagi babak dan meminta pelakon itu turun ke set penggambaran walaupun kesakitan sehingga tidak boleh berjalan. 

Sumber:– KOSMO! ONLINE.

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 9-6-2026 01:01 PM
Che Ya gitau ecah kisah ni okay. Ecah kan nak jadi pelakon. Sian pelakon ni kena gaslighting dgn penerbit tu.
Quote sleepandream 9-6-2026 01:12 PM
risiko keje dgn syrkt asal boleh...
gaji tak dpt, kene keluar duit byr lawyer lagi...
sbg pengajaran sila la ambil medical card yach...
Quote KamikuP 10-6-2026 11:30 AM
Cer reveal sempudal tu semua acik Wafa supaya org lain tak terkena

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-7-2026 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.095009 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top