|
Pelakon Siti Khadijah berkata dia kurang selesa untuk melakonkan babak berkemban dalam filem Khadam serta meminta pihak produksia sediakan kardigan khas bagi menjaga penampilannya.
Memetik BH Online, Khadijah berkata dia terbuka untuk berbincang dengan pihak produksi jika ada babak atau kostum yang kurang sesuai dengan prinsipnya. “Memang ada babak berkemban dan mereka ada tanya saya sama ada okey atau tidak. Sudah tentu saya tak okey, jadi saya bertanya sama ada boleh tutup atau lapik dengan sesuatu. “Kita juga mahu nampak realistik. Jadi apa yang mereka boleh buat adalah menyediakan kardigan khas untuk saya,” katanya. Sementara itu, Khadijah berkata dia berharap penonton memahami keputusannya bagi menyesuaikan babak dengan keselesaan dirinya. “Saya harap bila netizen tengok filem ini nanti, mereka faham kenapa ada kardigan itu. Memang zaman dulu tak ada kardigan, tetapi ia diwujudkan bagi memenuhi keperluan penggambaran. “Saya juga seorang yang menjaga penampilan dan tak pernah berlebih-lebihan. Jadi apabila ditawarkan babak berkemban, memang saya akan letakkan syarat tertentu,” katanya. Dalam pada itu, Khadijah juga tetap dengan pendiriannya untuk menukar penampilan seandainya pakaian yang perlu dipakai dilihat mencolok mata. “Kalau ada kostum yang terlalu ketat atau seksi, saya akan minta supaya ditukar. Rasanya orang yang pernah bekerja dengan saya pun sudah tahu mengenai perkara itu. “Tetapi kalau ia benar-benar tuntutan kerja atau watak, saya akan cuba berbincang. Bagi saya semua perkara boleh dibincangkan dan dicari jalan tengah,” katanya. Sumber: BH Online,Rotikaya
|
nazriatie replied at 14-6-2026 10:41 AM
Dah tgk cite ni smlm. And blh jumpa jgk pelakon2 cite tu smlm. X tahu plk si melor tu artis femes in ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-7-2026 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.066809 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.